Kedah ada banyak tinggalan artifak purba. Kelantan pulak duduk sebelah Kedah je. Dua dua ni dulu adalah wilayah Langkasuka. Kalau Kedah ada banyak tinggalan artifak purba, takkan Kelantan tak ada? Terengganu pun ada batu bersurat tertua di Malaysia. Itu persoalan saya dulu semasa melawat tapak arkeologi Sungai Batu.

Saya anggap tipulah Kelantan tak ada artifak purba, dan benda ni terjawab bila UKM menemui kubur purba berusia 13,000 tahun di Lembah Nenggiri, Kelantan. Benda ni menjadikan kubur tu kubur tertua di Malaysia mengalahkan Perak Man. Lembah Nenggiri ni orang nak buat empangan air baru, tapi sebab banyak artifak artifak purba macam tembikar, alat batu dan cengkerang bersepah dekat situ, maka UKM dan TNB mula hantar pengkaji untuk cari penempatan purba di situ kalau ada.

Bila diorang korek Gua Keledung Kecil, diorang jumpa kubur ni. Menurut dapat diorang, kubur ni milik orang perempuan sebab diorang jumpa alat solek dalam kubur tu. Mata perempuan tu pulak ada batu kuarza sebagai ganti mata. Penemuan ni tak pelik sebab Lembah Nenggiri ni terletak di Gua Musang, tempat yang memang dikenali sebagai kawasan yang kaya dengan penempatan purba. Mereka jangka orang yang duduk di kawasan ni hidup zaman Neolitik, zaman orang dah mula hidup bercucuk tanam dan ada tembikar.

Sebelum ni pun, dulu diorang pernah jumpa rangka budak perempuan di Gua Chawan, Lembah Nenggiri yang berusia 6000 – 8000 tahun lepas. Kubur budak perempuan ni guna batu kapur sebagai tempat letak kepala mayat, dan dikelilingi serpihan tembikar tanah dan sisa makanan.

Kiranya memang kawasan Lembah Nenggiri – Gua Musang ni memang kaya dengan artifak dan penempatak purba, cuma tu lah, lepas ni nak buat jadi empangan air. Benda ni mengingatkan saya pada masalah tasik Kenyir. Kawasan tu kaya dengan tinggalan artifak purba, tapi dah kena tenggelam sebab orang bina tasik.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply