Ya, Darwin tak pernah cakap manusia berasal daripada monyet. Korang pergi semak buku ‘Origin of Species’ yang Darwin tulis tentang teori evolusi, dan korang takkan temukan pun claim pasal manusia daripada monyet tu.

 

Dah tu, siapa yang claim benda tu? Musuh musuh dia.

 

Selalunya bila saintis siapkan kajian, mereka akan tulis kertas kajian journal untuk bentangkan hasil kajian mereka dan akan disemak oleh ilmuwan ataupun untuk pelajar universiti, pembentangan VIVA. Zaman Darwin pun ada benda ni, dan ‘Origin of Species’ tu kira hasil kajian beliau lah. Masa kajian ni disemak tu la Darwin kena serang dengan orang yang tak bersependapat dengannya.

Misalnya, ada seorang ilmuwan ni tak puas hati dengan teori evolusi oleh Darwin. Nama dia Robert Owen. Sebab member takleh lawan fakta teori evolusi Darwin, jadi dia pilih untuk serang Darwin dan penyokong beliau. Contohnya, Owen panggil Thomas Huxley, kawan Darwin sebagai ‘penyokong manusia berasal dari beruk’. Bila kajian Darwin ni makin dikenali ramai, maka orang pun mula berbalah pasal idea teori evolusi. Ada yang sokong, ada yang tak. Sebab benda ni, muncul lukisan yang menggambarkan Darwin berbadan monyet dan beruk.

Padahal kalau baca buku Darwin tu, beliau tak sebut langsung pun pasal manusia berasal dari monyet. Beliau cuma cerita yang evolusi ni takde beza pun macam kita buat baka lembu baru, cuma baka lembu tu sebab campur tangan manusia. Kalau evolusi semula jadi ni pulak sebab campur tangan alam dan Tuhan. Lembu dengan kerbau ni rupa nak dekat sebab mungkin diorang ada nenek moyang sama. Monyet dengan manusia pun mungkin macam tu jugak, cuma Darwin tak terangkan lebih lanjut sebab beliau tak selesa nak cerita pasal evolusi manusia.

Pendek cerita, Darwin bukan sahaja tak pernah cakap manusia berasal daripada beruk, malah beliau jugak tak suka nak cerita pasal evolusi manusia. Tak memasal kena fitnah hidup hidup sampai sekarang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply