Semalam dah cerita pasal resepi pelik arak taik budak di Korea, tapi jiran dia tamadun Cina ni pun ada resepi yang boleh tahan pelik. Diorang ada resepi telur rebus tonik guna air kencing budak lelaki.

 

Nama resepi ni ialah telur rebus anak teruna (virgin boy egg). Zaman dulu kita mana ada peti ais, jadi setiap tamadun pasti akan ada cara untuk awetkan makanan jadi tahan lama. Antara resepi purba makanan terawet di tamadun Cina ialah telur rebus ni.

Selalunya, tukang jual telur rebus ni akan kumpulkan dulu air kencing budak lelaki. Kemudian, diorang akan perap telur tu dalam air kencing dan direbus sekali. Bila telur tu dah habis rebus, diorang akan kopek kulit telur tu dan rebus balik telur rebus terkopek tu supaya air kencing tu diserap masuk dalam telur rebus tu. Proses ni menyebabkan telur tu terawet jadi tahan lama sebab banyak garam daripada kencing tu dah masuk dalam telur tu. Bergantung pada penjual, kadang kadang diorang akan letak herba sekali sebagai perencah telur ni.

Menurut mereka yang makan telur ni, dikatakan telur ni dapat merawat masalah radang dan penyakit kulat pada kulit. Ada yang kata dia boleh bantu legakan strok haba dan semput. Walau dianggap sebagai tonik, doktor doktor di China sekarang tak galakkan orang awam makan telur ni sebab dianggap beracun dan berpenyakit.

Jadi kiranya, kalau korang nak prank kawan korang yang suka makan telur pindang, mungkin boleh la kot beli telur ni kat dia buat hadiah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply