Kalau makan ayam mentah boleh buat sakit perut, tapi kenapa makan sushi ikan mentah tak buat sakit perut? Pernah terfikir tak pasal benda ni?

Benda ni sebab cara penyediaan ikan tu sendiri. Selalunya untuk bunuh kuman, kita kena masak daging tu sampai masak. Tapi, memasak bukan satu satunya cara untuk bunuh kuman. Dia ada cara lain lagi.

Untuk ikan, cara untuk bunuh kuman tu ialah kita bekukan dia pada takat yang sangat rendah. Contoh tersebut ialah kita beku ikan tu pada takat -35 Celsius selama 15 jam atau beku pada takat -20 Celsius selama seminggu. Bila dia buat macam ni, parasit parasit macam cacing dan sebagainya akan mati sebab suhu terlampau rendah.

Selain daripada tu, tahap keasidan sushi tu sendiri pun memainkan peranan. Selalunya nasi kepal sushi yang digunakan dah dicampur dengan sedikit cuka, jadi kuman jadi susah nak hidup sebab berasid. Hasilnya, sushi ni boleh tahan lama sedikit berbanding biasa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply