Richard Olaf Windstedt (1878-1966) atau R.O. Windstedt merupakan seorang pegawai British yang masa hidupnya banyak dihabiskan untuk mengkaji tentang Melayu dan memperkukuh hubungan Tanah Melayu dengan Koloni British atau British Malaya semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu termasuk ketika penjajahan Jepun (1921-1946).

Beliau banyak menulis buku-buku, dan manual atau “handbook” khusus untuk pentadbiran Koloni Inggeris, tentang cara hidup, adat resam dan aturan menggunakan Bahasa Melayu, khusus untuk koloni British, terutama sekali pegawai-pegawai British di Tanah Melayu.

Ini adalah kerana Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi British Malaya ketika itu, bertujuan bagi memenangi hati penduduk Tanah Melayu, orang Melayu terutama sekali para pembesar dan Raja-Raja Melayu ketika itu.

R.O. Windstedt sendiri mahir berbahasa Melayu dan menulis Jawi, selain sangat menghormati para pembesar dan Raja-Raja Melayu. Beliau merupakan antara pegawai British yang menguruskan majlis-majlis rasmi di British Malaya ketika itu, selain sentiasa menjaga hubungan dengan pembesar dan Raja-Raja Melayu dengan menasihati Residen British dalam banyak perkara berkaitan hal ehwal dan bahasa Melayu.

Antara hasilnya ialah penulisan atau panduan Tatabahasa Melayu ini atau “Malay Grammar” yang diterbitkan pada 1913, tahun di mana beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Pilah.

Ia merupakan panduan awal piawai dan diedarkan kepada semua pegawai British Malaya semasa Pra dan Pasca Jepun yang ditugaskan sebagai penjawat awam di Tanah Melayu. Ia adalah panduan bahasa rasmi British Malaya.

Ia menarik dan menunjukkan secara jelas panduan tatabahasa berbahasa Melayu, evolusi Jawi-Rumi merangkumi ejaan, sintaks, adjektif, nahu sebutan, dan hukum penulisan di dalam Bahasa Melayu dengan ejaan Rumi. Ia dipermudahkan dengan struktur buku yang sepadan dengan hukum tatabahasa dalam Inggeris.

Contoh-contoh ayat yang digunakan di dalam handbook ini menggunakan ayat yang dipetik dari hikayat-hikayat Melayu terkenal seperti Hikayat Hang Tuah, Sulalatus Salatin, Hikayat Awang Sulong Merah Muda dan Bustan As-Salatin (lihat Bibliografi).

Selain tatabahasa panduan menulis surat untuk seorang British kepada seorang Melayu, dari petani, ketua kampung, pembesar istana dan raja Melayu. Panduan komprehensif ini juga menjadi rujukan setiap pegawai Inggeris yang perlu lulus peperiksaan Bahasa Melayu jika mahu dihantar bertugas di sini.

Tidak dinafikan ini salah satu cara bagaimana Inggeris memenangi hati orang Melayu bagi menjamin kedudukan mereka di Tanah Melayu, berbeza dengan penjajah lain sebelum (atau selepas) Inggeris tiba.

Namun, ia juga memastikan mereka lebih rapat dan mengenali selok belok sosiobudaya juga menyelami cara hidup masyarakat Melayu ketika itu untuk memudahkan urustadbir pejabat dan pentadbiran seharian British di Tanah Melayu. Penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu lebih ‘lembut’ dan ‘dalam’ jika dibandingkan dengan pendudukan mereka di jajahan lain seperti Ireland, Afrika dan India.

Penentangan yang mereka terima di jajahan lain ini ‘mengajar’ bagaimana menawan hati dan jiwa orang Melayu ketika tiba di sini. Ianya lebih ‘subtle’ dan bersifat lebih ‘accomodating’ jika boleh digambarkan sedemikian rupa, walaupun wujud sahaja kekejaman dan penindasan Inggeris sepanjang tempoh mereka berada di Tanah Melayu.

Tanah Melayu adalah kawasan jajahan atau koloni British paling jauh ke Timur, merupakan pilihan eksotik dan dilihat sebagai cabaran kepada pegawai-pegawai muda British dan dikenali kerana tarikan alam semulajadi, keunikan masyarakat Melayu dan lain-lain komuniti selain memiliki sumber alam yang membuka lebih banyak peluang perniagaan bagi pedagang dan pegawai Inggeris ini tadi.

Hanya pegawai-pegawai muda Inggeris yang melepasi tahap minimum penguasaan lisan dan penulisan Bahasa Melayu sahaja yang dihantar bertugas di Tanah Melayu ketika itu. Tanah Melayu hanya khusus untuk pegawai dari kerajaan British yang benar-benar elit sahaja. Satu ujian bertulis dan lisan digunakan bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Melayu setiap calon yang mahu bertugas di Tanah Melayu.

Handbook ini dan beberapa buku lain membantu pegawai Inggeris ini tadi lulus ujian tersebut.

Bahasa Melayu ketika itu diangkat tinggi sebagaimana selayaknya ia patut diletakkan pada hari ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.