Ramai orang kata, Hokage ke-3, Hiruzen Sarutobi berdosa sebab makan harta anak yatim, Uzumaki Naruto! Balasan karma untuknya boleh tengok masa dia mati, kena azab sakaratulmaut dengan jutsu larangan. Betul ke?
Naruto ni anak kepada Hokage sebelumnya. Takkanlah Hokage gaji kecik. Mak dia pulak, Kushina adalah shinobi yang banyak menyelesaikan misi penting Konoha. Takkanlah takde elaun? Tambahan lagi, bapak Naruto berjasa besar memenangkan Perang Shinobi, takde anugerah ke? Takkan takde langsung harta pusaka. Paling kurang, ke mana rumah selesa yang menjadi milik Minato dan Kushina sebelum ini?
Naruto hidup susah sepanjang usia kecilnya. Dah la budak ni duduk kat apartment bilik kecik. Hiruzen cuma bagi sampul duit sebulan sekali, banyak tu sajalah perbelanjaan untuk sebulan. Setiap hari makan ramen je. Ada masa Naruto ni lapar dan duit belanja habis, nasib baik pakcik ramen baik hati belanja dia. Lagi sedih bila kena palau dengan kawan-kawan. Hiruzen butakan mata je ke?
Tapi, kalau kita lihat dari sudut lain. Hiruzen sebetulnya nak melindungi Naruto.
Namikaze Minato ada ramai musuh. Hokage ini yang menggagalkan serangan Jinchuriki. Hiruzen risau kalau desa luar tahu yang Kurama sudah disegel dalam badan anak Minato dan diorang cari siapa budaknya, maka nyawa Naruto akan melayang. Sebab tu, Naruto tak boleh tinggal dalam rumah mak bapaknya. Sebab tu, namanya Uzumaki Naruto, bukan Namikaze Naruto. Hiruzen rahsiakan banyak perkara demi keselamatan budak ni. Masa Naruto umur 5 tahun pun, dia masih tak tahu siapa mak bapaknya.
Apa pendapat korang?
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Anime Naruto memang popular kat Jepun. Kalau nak tahu, Jepun juga kaya dengan budaya dan sejarah yang menarik. Korang baca la KITAB TAMADUN JEPUN. Klik https://bit.ly/KitabTamadunJepunShopee
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih