Asal Usul Kisah Aladdin Ada Kaitan Dengan Mongol?
Tahun 1688, Antun Yusuf Hanna Diab (lebih dikenali sebagai Hanna Diab), seorang lelaki Kristian Maronit yang dilahirkan di Aleppo, Syria. Pada tahun 1707, dia bertemu Paul Lucas, seorang warga Perancis yang akan membawanya ke Perancis.
Lucas mengesyorkan Diab menjawat satu jawatan di Perpustakaan Diraja di Paris. Di Paris juga, Diab bertemu Galland pada Mac 1709. Galland telah mencipta namanya dengan jilid pertama Seribu Satu Malam. Walau bagaimanapun dia telah kehabisan cerita.
Hasilnya, dia ajak Diab berkongsi cerita. Kisah-kisah Diab kebanyakannya berdasarkan kenangan zaman kanak-kanaknya.
Aladdin kehilangan bapanya pada awal penceritaan, sama seperti pengalaman hidup Diab. Itu kerana Aladdin yang sebenarnya mungkin adalah Hannah Diab.
Ramai sarjana percaya Aladdin berdasarkan Diab kerana persamaan antara kisah Aladdin dan autobiografinya sendiri. Diab mencipta versi fantasi dirinya: seorang budak lelaki miskin yang jatuh cinta dengan anak perempuan Sultan, jin ajaib yang mengabulkan hasratnya, dan ahli silap mata jahat yang mahu memusnahkan Aladdin.
Diab menceritakan kisah Aladdin kepada Galland, tetapi dia tidak pernah diberikan kredit langsung mengenai Hanna Diab dalam keseluruhan Les mille et une nuits.
Sebenarnya Antoine Galland juga mahukan jawatan Diab. Dia cemburu dengan Diab, seorang pemuda berbakat fasih dalam beberapa bahasa, yang mengancam cita-cita Galland. Galland ambil kesempatan dari hubungan politiknya untuk menyuruh Diab dihantar pulang ke Aleppo.
Autobiografi Diab ditemui di Vatican. Dia juga memberitahu beberapa cerita lain kepada Galland. Mereka adalah sebahagian daripada Seribu Satu Malam. Malangnya, tidak ada yang dikreditkan kepadanya.
Jadi mengapa dia membayangkan Aladdin tinggal di China di bawah pemerintahan Sultan Islam sedangkan China tidak ada sultan. Siapakah Sultan China?
Kekhanan Chagatai, keturunan Mongol telah memeluk Islam. Beberapa bekas kerajaan pengikut Kekhanan Chagatai yang menetap di China kemudian membentuk Kekhanan Kumul, kekhanan terakhir yang didominasi bangsa Turkik.
Kekhanan Kumul (1696–1930) terletak di wilayah Xinjiang moden, China, tanah air kepada penduduk Uighur Muslim.
Konflik ini menunjukkan bahawa sebahagian China berada di bawah pengaruh Islam. Oleh itu, terdapat kemungkinan besar bahawa “Sultan Cina” Aladdin adalah pemerintah Kekhanan Kumul.
Abdullah Beg merupakan salah seorang Khan Kumul yang sezaman dengan Diab dan mungkin merupakan Sultan yang disebut dalam kisah Aladdin.
Oleh: Azizul Farhan
…
Banyak lagi cerita menarik, misteri dan luar biasa pasal Mongol yang saya pasti korang belum tahu. Jadi jom tambahkan ilmu mengenai Mongol bersama KITAB TAMADUN MONGOL. Boleh beli di: https://bit.ly/3KhafNU
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih