Al-Hajjaj ibn Yusuf As-Tsaqafi. Dikenali sebagai seorang ketua tentera yang kejam dan tak berhati perut. Ada sebuah jasa Hajjaj lakukan yang ramai umat Islam taktau dalam membentuk Al-Quran yang kita baca sekarang.

 

Hajjaj memimpin pasukan tentera Khalifah Bani Umayyah iaitu Abdul Malik bin Marwan ketika berlaku konflik perang saudara Islam diantara Abdul Malik melawan Sayyidina Abdullah bin Zubair yang membawa kepada hancurnya Kaabah.

 

Khalifah Abdul Malik hantar Hajjaj menyerang Abdullah bin Zubair di Makkah. Maka Abdul Malik hantar 20,000 pasukan yang dipimpin oleh Hajjaj ibn Yusuf untuk mara ke Hijjaz.

 

Pasukan Hajjaj kemudian menuju ke Thaif. Di Thaif, Hajjaj menghantar tenteranya bertempur dengan pasukan Ibn Zubair di Arafah yang dimenangi tentera Hajjaj.

 

Kemudian pasukan Hajjaj terus mengepung Abdullah bin Zubair yang berlindung di Mekah. Hajjaj pasang manjanik iaitu alat pelempar batu untuk menyerang pasukan Ibn Zubair yang berlindung di Kaabah. Ibn Zubair semakin melemah.

 

Bekalan makanan terputus dan penduduk Mekah kebuluran. Tetapi dihentikan sementara atas permintaan Ibn Umar ketika musim haji. Hajjaj tak dibenarkan melakukan tawaf oleh Ibn Zubair. Hajjaj berang lalu arahkan manjanik dilemparkan ke atas Kaabah sendiri.

 

Tiba-tiba ribut petir melanda dan pengeboman terhenti. Hajjaj yakinkan tenteranya bahawa ribut ni hanya fenomena semulajadi dan pengeboman disambung semula.

 

Kemudian Ibn Zubair meminta nasihat ibunya, Asma’ binti Abu Bakar. Ibn Zubair yakin apa yang dilakukan sekarang ialah jalan yang benar lalu terus keluar daripada kediaman ibunya dan berperang sehingga terbunuh pada hari itu juga setelah dikepung selama 6 bulan.

 

Kemudian Hajjaj menyalibnya dan mencampaknya ke perkuburan bukan Islam. Tamatlah pemerintahan Khalifah Abdullah bin Zubair selama 9 tahun Kerajaan Zubayriyah.

 

Bila Hajjaj dan tenteranya mengakhiri kepungan, beliau mengutus surat kepada khalifah Abdul Malik bin Marwan memberitahunya bahawa Ibn al-Zubair dah tambah binaan Kaabah dengan memasukkan Hijr Ismail ke dalam binaan Kaabah dan mengadakan pintu kedua.

 

Hajjaj minta izin khalifah untuk kembalikan Kaabah kepada binaan asal yang dibuat Quraisy. Khalifah setuju dengan cadangan tersebut, kerana pada sangkaannya Ibn al-Zubair telah menambahnya mengikut kemahuannya. Maka ditutupnya pintu kedua sebelah barat, diangkat pintu sebelah timur dan dikembalikan kedudukan Hijr Ismail.

 

Abdul Malik bin Marwan bertemu dengan al-Harith bin Abdullah, lantas beliau memberitahu khalifah bahawa apa yang dibuat oleh Ibn al-Zubair ialah berdasarkan hadis yang didengarnya daripada Sayidatina Aisyah (ra). Setelah mendengarnya, khalifah terdiam sejenak lalu berkata: “Kalaulah saya tahu hadis ini sebelum membina semula Kaabah sudah tentu saya tidak akan mengubahnya.”

 

Hajjaj memperbaharui dan menambahbaik penulisan Arab Al-Quran dengan menambahkan titik pada huruf-huruf supaya huruf ب, ي, ن, ت, ث dapat dibezakan kerana semakin bertambah orang bukan Arab (A’jam) yang memeluk Islam dan mengelakkan kesilapan sebutan dalam membaca Al-Quran.

 

Ini berlaku apabila Khalifah Abdul Malik bin Marwan memerintah Hajjaj bin Yusof bersungguh-sungguh menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan salah sebutan tu supaya tak dibaca dalam Al-quran. Al-Hajjaj serahkan tugas tu kepada Nasr bin A’sim dan Yahya bin Ya’mur, dua orang pakar dalam bahasa Arab dan kesusasteraannya termasuk ilmu qiraat.

 

Diorang cipta noktah-noktah untuk bezakan di antara huruf-huruf. Noktah-noktah ini ditulis dengan dakwat yang warnanya bersamaan dengan warna tulisan mushaf itu supaya berbeza dari titik-titik yang direka oleh Abul Aswad Adduali.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Banyak konflik berlaku setelah berakhirnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin terhadap umat Islam. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Cepat borong di Shopee kami: bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply