Dengar macam ni cerita tipu nak kelentong member-member. Tapi sebenarnya ni betul-betul berlaku masa Perang Dunia Kedua.

 

U-Boat 1206 Jerman sangat berteknologi tinggi, mempunyai semua alat latest serta tandas yang canggih.

 

Jerman tak gunakan sistem tangki septik macam British, sebaliknya membangunkan sistem tekanan tinggi tapi sangat kompleks untuk digunakan untuk jimat ruang dan muatan dengan buang terus sisa ke laut. Sistem ni hanya berfungsi bila kapal selam betul-betul dekat permukaan laut.

 

14 April 1945, Kapten Karl-Adolf Schlitt dan anak kapal dia baru berlayar 9 hari dan sesuatu yang pelik jadi dengan jamban kapalnya.

 

Kapten Schlitt tak faham macam mana nak flush jamban tu. Beliau minta bantuan jurutera kapal, tapi dia pulak tersalah pusing injap. Kabin kapal mula dipenuhi air laut dan tahi-tahi terapung.

 

Bateri kapal selam pulak bocor dan menghasilkan tindak balas kimia membebaskan gas klorin yang mampu membunuh. Kapten Schlitt suruh anak kapal naik ke permukaan untuk bebaskan gas.

 

Malang berbau busuk, kapal selam diorang dikesan Tentera Udara Diraja British yang meronda lalu melepaskan tembakan. Kapten Schlitt arahkan semua untuk tinggalkan kapal dan kapal selam tu tenggelam ke dasar laut.

 

Daripada 40 krew, 4 anak kapal lemas. Selebihnya ditangkap dan dijadikan tawanan perang tapi tak lama sebab tak sampai sebulan, Jerman menyerah kalah. Kapten Karl-Adolf Schlitt meninggal dunia pada 2009 pada usia 90 tahun dan kapal selam tu masih di dasar laut sampai sekarang.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Walaupun PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah, perang ni masih tak boleh lari dari cerita aneh-aneh. Korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply