Pernah tak korang main Rome: Total Wαr? Perasan tak ada babi perang digunakan oleh kumpulan negara-negara kota Yunani (Greek Cities) sebagai tenterα mereka. Babi-babi ni hanya boleh digunakan dengan tujuan mengacau formasi tentera musuh.

 

Orang pertama yang merekodkan penggunaan babi ni ialah seorang penulis bernama Aelian. Babi menurutnya digunakan untuk mengganggu gajah buat kali pertama dalam Pertempurαn Beneventum pada 275 SM. Sebaik gajah-gajah pihak musuh melihat beberapa ekor babi dilepaskan dan mengakibatkan gajah-gajah ini takut dan lari bertempiaran. Ini membuka jalan kepada kemenangan pihak Rom dalam Perαng Pyrrhic.

 

Parsi pun terkena taktik licik Rom ini ketika 544 Masihi semasa era pemerintahan Khosrow I. Pihak Parsi mengepung Edessa bagi meluaskan jajahan takluk Parsi ke sebelah Syam yang dikawal Rom Timur/Byzantine. Pihak Parsi cuba mara ke pintu gerbang kota dengan tenterα bergajah. Bagaimanapun, mereka dipaksa berundur selepas pihak Byzantine menggantung seekor babi hidup yang mengeluarkan bunyi sekaligus menakutkan gajah-gajah mereka.

 

Bagi pihak Rom, ia sememangnya satu taktik yang pelik tetapi menarik. Gajah-gajah yang dimiliki dipelihara bersama anak-anak babi. Gajah-gajah Rom Timur tak melatah setiap kali dengar bunyi babi.

 

Kerajaan Macedon pimpinan Antigonus II Gonatas menggunakan babi ini dibαkαr hidup-hidup sebelum dilepaskan kepada tenterα bergajah. Macam biasalah, gajah-gajah lari tak cukup tanah bila nampak babi-babi yang terbαkαr. Dan tenterα Antigonus II menang dalam pertempuran yang disertai mereka.

 

Penggunaan gajah dalam peperangan merosot turut menyebabkan kemerosotan penggunaan babi sebagai senjata perang. Babi-babi ni bukan boleh diajar berperang. Dengan teknologi perang yang semakin canggih, takkan nak suruh babi serang kereta kebal pulak.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Sebenarnya ada banyak sejarah menarik pasal empayar Rom ni. Alang-alang kita cakap pasal Rom ni, apa kata korang cuba tengok KITAB TAMADUN ROM. Cepat beli dekat: https://bit.ly/KitabTamadunRom


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply