Genghis Khan yang dulunya dikenali sebagai Temujin ada sorang sahabat bernama Jamukha. Rapat sangat dah macam adik beradik. Jamukha ni jugak yang tolong Temujin masa bini dia kena culik.

 

Temujin dan Jamukha bergelut nak menyatukan semua puak Mongol selama beberapa dekad, dan akhirnya, Temujin yang berjaya. Temujin terpaksa bunuh Jamukha dengan cara yang tak berdarah kerana Jamukha berdarah Khan, dan orang Mongol pantang menumpahkan darah diraja.

 

Macam mana semua ni bermula?

 

Temujin dan Jamukha dipersaudarakan dalam satu upacara tradisi Mongol. Temujin tinggalkan gaya hidup memburu dia dan ikut Jamukha yang mengembala haiwan. Status Jamukha lagi tinggi sebab datang daripada keturunan pengembala.

 

Hubungan diorang berakhir bila Temujin lari ke tempat lain lepas hampir 2 tahun bersama Jamukha. Borte dan ibu Temujin pujuk Temujin dan percaya Temujin boleh jadi Khan. Cuma Jamukha je yang akan kacau Temujin untuk jadi Khan.

 

Jamukha asalnya nak menyatukan puak Mongol bersama Temujin. Tapi Temujin pulak lari dan kumpul pengikut-pengikut dia. Di usia 19 tahun, Temujin dapat berkuasa dan dihormatu sebagai pahlawan. Dalam cita-cita Temujin nak jadi seorang Khan, perang saudara meletus antara 2 pahlawan Mongol paling berkuasa ketika tu iaitu Temujin dan Jamukha.

 

Tahun 1189, pada usia 24 tahun, Temujin telah dipilih sebagai Khan. Jamukha tak mengakui Temujin sebagai seorang Khan. Dia masih ada pengikutnya sendiri, dan Jamukha menyatukan ramai bangsawan.

 

Tahun 1190, pertempuran berlaku antara pasukan Jamukha dan Temujin. Jamukha menghalau Temujin dan paksa pasukan Temujin larikan diri melintasi padang rumput, tapi Jamukha tak melayan tentera Temujin dengan belas kasihan.

 

Tahun 1201, Jamukha cuba mengambil alih kuasa. Dia menyatukan banyak suku, tetapi Toghrul, pakcik kepada Temujin, sokong Temujin. Khususnya, golongan bangsawan menyokong Jamukha dan memanggilnya Gur Khan, atau pemerintah sejagat Mongol.

 

Jamukha dikhianati orangnya sendiri dalam Pertempuran Chakirmaut. Temujin dan Toghrul akhirnya menang perang pada tahun 1205, walaupun Temujin memenangi perang, dia nak maafkan Jamukha dan ajak untuk sertai Temujin sekali lagi. Jamukha tolak dan minta dibunuh oleh Temujin.

 

Temujin merayu dan mengaku salah dia khianati Jamukha. Jamukha tetap dengan pendirian dia. Akhirnya, Temujin mengalah dan terpaksa bunuh Jamukha “tanpa menumpahkan darah” dengan mematahkan tulang belakang Jamukha. Temujin kuburkan Jamukha bersama barang yang pernah dia berikan kepada Temujin.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Banyak lagi cerita menarik, misteri dan luar biasa pasal Mongol yang saya pasti korang belum tahu. Jadi jom tambahkan ilmu mengenai Mongol bersama KITAB TAMADUN MONGOL. Boleh beli di: https://bit.ly/3KhafNU


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply