Bang Yongguk menarik perhatian netizen bila dia berhenti sebentar masa show untuk hormat azan. Ramai yang puji budi pekerti artis Kpop ni.

Dia ni rapper berumur 33 tahun dari Korea yang datang buat persembahan “Colors Of Bang Yongguk Asia Tour”. Bertempat di Shantanand Auditorium, Kuala Lumpur.

Sepatutnya, konsert dia start dari 7 pm sampai 9 pm. Tapi demi menghormati peminat muslim, dia selitkan rehat 15 minit untuk menghormati azan maghrib. Siapa yang nak pegi sembahyang pun boleh pergi surau sekejap.

Ketika persembahan tu, Bang Yongguk berhenti dan buat pengumuman. Dia nak ambil masa rehat selama 15 minit untuk bagi peluang sesiapa yang nak Solat Maghrib. Jangan risau, takkan kena tinggal. Dia janji lepas peminat solat baru dia sambung show.

Kalau nak tau, auditorium tu memang ada surau.

Dengan rendah hati, Bang Yongguk maklumkan peminatnya: “Kalau di Malaysia, kita ada masa untuk solat bagi orang yang ada kewajiban sembahyang.” Dia siap pujuk peminat luar Malaysia dan mon-muslim untuk faham kenapa kena ada waktu rehat ni.

Kalau perangai reti hormat macam ni, takdelah kerajaan kita nak banned macam yang terjadi pada satu kumpulan mat saleh tu. Korea ni walaupun negaranya maju, lagi beradab dan pandai hormat negara orang. Mantap!

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Korea memang tengah naik sekarang. Bukan sahaja hiburan tau yang sedang meletup, diorang punya teknologi dan tamadun pun maju. Korang kena baca KITAB TAMADUN KOREA untuk tau semangatnya orang Korea. Dapatkan di https://bit.ly/kitabtamadunkoreashopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply