Perasaan sayu menggenangi dewan PWTC seusai Professor Dr. Syed Naquib al-Attas menutup bicara. Peristiwa ini bakal diingati sebagai ‘The Last Lecture’. Apatah lagi, Prof telah menulis dalam buku Islam The Covenants Fulfilled, ini ialah buku terakhir yang ditulisnya pada usia 92 tahun.
The Saturated Sponge adalah analogi yang paling mengesankan.
Di sini, al-Attas menjawab persoalan dualisme minda dan tubuh yang pernah dibahaskan filsuf barat. Bayangkan span berwarna kuning. Kemudian, air dicurahkan kepada span yang membuatnya kembang. Jikalau dilihat, pada span basah ini ada entiti air dan span itu sendiri. Ia sudah menyatu dan mencipta entiti baru iaitu span basah. Bagaimanapun, air boleh berpisah daripada span jikalau diperah kerana air dan span memang dua entiti yang berbeza.
Begitu juga roh dan tubuh manusia.
Allah telah menciptakan entiti ketiga dari percampuran roh dan tubuh iaitu ‘Insan’ yang membuatnya boleh berfikir dan mengenal dirinya sebagai ‘Aku’. Manusia turut dipanggil hayawan natiq iaitu hidupan yang rasional.
Menjawab tentang minda, al-Attas menyimpulkan yang minda adalah bagian dari roh. Roh apabila masuk ke badan dipanggil nafs, masuk ke renungan rohani dipanggil qalb, masuk ke pemikiran dipanggil ‘aql. Seperti span basah tadi, roh menyatu ke dalam tubuh dan membuat tubuh badan manusia boleh bergerak, merenung dan berfikir.
Syed Naquib al-Attas kerap memetik ayat al-Quran bagi mengingat semula penciptaan manusia sebagai entiti yang istimewa di tengah alam semesta. Manusia bukanlah tercipta dengan sendiri, tetapi mengalami tiupan roh teristimewa dari Tuhan.
Allah berfirman: “Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.” (Al-Hijr, Ayat 29)
Manusia diikat dengan dua perjanjian (covenants).
Perjanjian pertama di alam roh. Perjanjian kedua dengan para Rasul.
Allah berfirman: “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Al-A’raf, Ayat 172)
Allah berfirman: “Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. (Aal-E-Imran, Ayat 81)
Sejak di alam roh, setiap insan telah berjanji dengan Tuhan untuk sentiasa mentauhidkan-Nya. Inilah perjanjian pertama insan dengan Tuhan. Oleh kerana insan mempunyai sifat nasiya iaitu pelupa, mereka akan melupakan janji di alam roh tadi apabila lahir di dunia. Justeru, Allah mengutuskan para Rasul yang mengingatkan semula umat manusia untuk berpegang kepada janji di alam roh dahulu iaitu mentauhidkan Allah.
Setiap Rasul yang datang seperti Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa telah mengingatkan kaumnya dan mengambil janji dari mereka untuk beriman kepada utusan terakhir iaitu Nabi Muhammad (SAW). Perjanjian kedua di atas muka bumi ini bertujuan untuk mengingatkan semula perjanjian pertama yang telah termeterai di alam roh.
Dalam karya terakhirnya ini, Syed Naquib al-Attas telah membawa pembaca untuk menyelusuri kronologi umat manusia dari alam roh ke alam dunia yang semuanya telah diikat dengan perjanjian yang terjadi sebelum dan selepas kelahiran. Sehubungan dengan itu, agama Islam yang dibawakan Rasul terakhir, Nabi Muhammad (SAW) telah menyempurnakan kedua-dua perjanjian agung.
Islam The Covenants Fulfilled sebagai buku terakhir al-Attas telah merumuskan perjanjian kudus yang terjalin antara manusia dengan Tuhan.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Dengan sumbangan pemikiran yang besar, memang layak Syed Naquib al-Attas dinobatkan Professor Diraja. Pulangkan semula ISTAC kepada al-Attas, barulah mantap pembinaan tamadun Islam. Korang kena baca KITAB TAMADUN ISLAM untuk ada semangat ilmu macam tokoh ni. Dapatkan di https://bit.ly/ktislam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih