Di saat kegemilangannya, tiada siapa yang mampu menyekat kemaraan Mongol. Tapi korang tau tak, bangsa nusantara pernah berjaya mengalahkannya?

Dari tanah Mongolia sampai ke benua Eropah dan tanah Arab, bala tentera Mongol menyapu bersih semua kerajaan yang melawannya. Walaupun dengan reputasi seagung ini, ia masih boleh dicabar. Kekalahan Mongol di tangan lima orang raja, jeneral dan menteri telah membuktikan bahawa tiada kerajaan yang mustahil untuk ditumpaskan.

Sehebat-hebat Mongol, tak mampu menjajah nusantara. Mereka tumpas dengan kebijaksanaan politik dan taktikal Raden Wijaya dari Kerajaan Majapahit (1239).

Kalaulah Mongol tidak dihentika di tanah Arab, boleh jadi mereka akan melanggar kota suci Mekah dan Madinah. Umat Islam terhutang budi dengan Sultan Saifuddin Qutuz dari Kerajaan Mamluk (1260) yang memenangi Pertempuran Ain Jalut.

Setelah membunuh Maharaja Cina, Raja Mongol bercita-cita besar untuk menawan India pula. Mereka berjaya dalam beberapa kempen ketenteraan di India sebelum tersungkur di kaki Alauddin Khalji dari Kerajaan Delhi (1298).

Mongol telah menghantar bala tentera ke asia tenggara dengan sangkaan mereka bakal menang mudah. Tanpa dijangka, langkah mereka dihentikan oleh Tran Thai Tong dari Kerajaan Dai Viet (1284 & 1287).

Mongol cuba menawan negara di seberang laut iaitu kepulauan Jepun. Ia bertukar menjadi mimpi ngeri apabila terpaksa mengalami kekalahan memalukan di tangan Go-Uda dari Kerajaan Kyoto (1274 & 1281)

Kekalahan-kekalahan Mongol di tangan 5 buah kerajaan ini telah menghentikan usaha mereka untuk menyerbu ke negeri tersebut. Mereka telah menumpukan kekuatan pada dekad berikutnya untuk memerintah negeri-negeri yang sudah menjadi jajahan Empayar Mongol.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Sebut je nama Mongol, boleh buat satu negeri demam panas. Korang kena tahu betapa hebatnya Mongol pada zaman keemasannya. Bacalah KITAB TAMADUN MONGOL untuk tahu lagi lanjut. Dapatkan di https://bit.ly/3KhafNU


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply