Bila-bila masa, Dajjal boleh keluar tau. Kalau tengok akhir zaman ni, banyak petanda kiamat dah muncul. Rasulullah bagi amaran tentang bahaya Dajjal, sampaikan sahabat rasa ia muncul zaman mereka. Siapa Dajjal yang digelar fitnah terbesar tu?
Rasulullah (SAW) bersabda: “Sesungguhnya aku memperingatkan kamu tentangnya. Tiada seorang nabi melainkan ia akan memperingatkan kaumnya tentang Dajjal. Nuh memperingatkan kaumnya. Akan tetapi aku akan memberitahu kamu sesuatu yang tidak disampaikan seorang nabi sebelumku. Sesungguhnya Dajjal itu bermata satu dan Allah SWT tidak bermata satu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dajjal memang licik dan penuh tipudaya.
Dia ada kuasa untuk jelmakan bayangan syurga. Siapa yang follow Dajjal akan dijanjikan dapat masuk dan menikmati kelazatan syurga rekaan Dajjal. Dia jugak boleh jelmakan bayangan neraka. Siapa yang istiqamah beriman dan tak nak ikut Dajjal, akan diancam untuk dimasukkan dan diseksa dalam neraka rekaan tu.
Rasulullah (SAW) perintahkan kita, jangan percaya dengan Dajjal. Syurga dia tu sebenarnya neraka dan neraka dia tu sebenarnya syurga. Bahkan siapa yang follow Dajjal tu yang akan tersesat dan terjerumus ke dalam azab neraka sebenar pada hari akhirat esok.
“Sesungguhnya aku memperingatkan kamu tentangnya. Tiada seorang nabi melainkan ia akan memperingatkan kaumnya tentang Dajjal. Nuh memperingatkan kaumnya. Akan tetapi aku akan memberitahu kamu sesuatu yang tidak disampaikan seorang nabi sebelumku. Sesungguhnya Dajjal itu bermata satu dan Allah SWT tidak bermata satu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dajjal keluar dengan siapa?
Rasulullah (SAW) dah bagi hint.
Dajjal keluar dari kota Isfahan (Iran) dari sebuah perkampungan Yahudi. Lalu ia diikuti oleh 70,000 Yahudi bersenjata lengkap. Jumlah pengikutnya semakin ramai setelah 70,000 tentera Monggol (Tatar) dan penduduk Khurasan bergabung dalam barisannya. Setelah itu, orang jahil dan jahat daripada kalangan orang awam mula menyertai tenteranya.
Masa tu, semua orang beriman akan lari ke gunung-gunung. Hanya zikrullah menjadi makanan. Korang dah sedia ke?
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Dajjal memanh fitnah terbesar buat manusia. Dah bersediakah kita? Korang boleh bayangkan situasi fitnah tu dalam THE ARRIVAL. Klik https://bit.ly/3qVhJz2
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih