Ninja, atau lebih dikenali sebagai shinobi oleh orang Jepun merupakan tentera upahan yang mahir dalam kerja risikan, sabotaj & membunuh secara senyap. Bermula abad ke-12 Masihi, khidmat ninja diperlukan oleh para daimyo (tuan tanah) untuk melaksanakan misi rahsia.

 

Sehingga masuk keshogunan Tokugawa atau fasa Edo, ninja tidak lagi diperlukan dan generasi kemudian tidak lagi mewarisi ilmu Pembunuh senyap ini. Rasanya dah tak wujudkan mereka yang warisi ilmu ninja sekarang?

 

Tapi, merujuk kepada rekod Muzium Ninja Igaryu, orang terakhir yang mewarisi ilmu ninjutsu yang asli secara turun-temurun merupakan seorang bekas jurutera berusia 74 tahun bernama Kawakami Jinichi.

Kawakami ialah ketua keluarga atau puak Ban, iaitu puak ninja yang mengamalkan ilmu ninjutsu aliran Koga dan Iga. Beliau juga memegang jawatan pengetua sekolah shinobu Banke atau ‘Banke Shinobinoden no soke’ iaitu sekolah ninjanya.

 

Bekas jurutera inj mendakwa bahawa beliau adalah satu-satunya pewaris ilmu ninjutsu asli yang masih hidup hingga kini. Kawakami sendiri bukanlah mewarisi darah keluarga ninja, akan tetapi mewarisi ilmu tersebut sejak berusia tujuh daripada Ishida Masazo, yang merupakan seorang sami Buddha & pembuat ubatan herba.

 

Sebelum dia berusia 19 tahun, Kawakami sudah mewarisi gelaran sensei (guru) & mewarisi skrol-skrol rahsia ninjutsu. Beliau berlatih mendengar bunyi jarum yang jatuh di lantai bilik sebelah, memanjat dinding, melompat dari tempat tinggi dan belajar bagaimana mencampur bahan kimia untuk menciptakan bahan letupan & bom asap.

 

 

Kawakami pernah mengambil pelajar untuk belajar ilmu ninjutsu. Tapi sejak tahun 2012, beliau tidak lagi mewarisi ilmu ninjutsunya kepada sesiapa kerana ilmu ini tidak sesuai diamalkan pada zaman moden ini. Sekarang beliau bertugas menjaga muzium ninja Iga-ryu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply