Pernah tak korang tengok rupa Chernobyl sekarang? Rupa yang sama pernah dialami oleh Fukushima atas sebab yang sama iaitu pencemaran radioaktif.
Dunia pernah digemparkan dengan berita kebocoran nuklear pada 11 Mac 2011 selepas gempa bumi yang dahsyat dan disusuli pukulan tsunami telah merosakkan salah satu reaktor nuklear di Fukushima.
Dikhuatiri debu-debu dan sisa-sisa letupan yang mengandungi bahan radioaktif yang tinggi bertebaran di keseluruhan Fukushima terutama bandar terdekat dengannya seperti Tomioka dan Namie.
Dalam masa yang sama, arah angin pada waktu itu menghala ke arah Pasifik menyebabkan rakyat Amerika Syarikat turut cemas jika berlakunya pencemaran nuklear di ruangan udara mereka.
Bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk, lebih 80,000 orang penduduk telah diarahkan keluar daripada kawasan tragedi iaitu di dalam lingkungan 12 batu sebagai zon yang tidak selamat dan tidak dibenarkan masuk.
Arahan itu berkuatkuasa menyebabkan bandar-bandar di dalam kawasan terbabit menjadi bandar hantu kerana tiada penghuni dan kawasannya masih dalam keadaan berselerak.
Walau bagaimanapun, penduduk mendapat kebenaran istimewa untuk melawat ke rumah mereka sebulan sekali tetapi tidak dibenarkan bermalam disitu.
Namun kini, Fukushima semakin pulih dan ramai penduduk kembali menetap di kawasan berkenaan manakala aktiviti berkaitan pelancongan juga semakin rancak.
Berkat usaha pembinaan semula, aktiviti nyah cemar (decontamination) termasuk penurunan tahap sinaran yang dilaksanakan kerajaan Jepun, tempat itu kini selamat untuk diduduki dan bukan lagi ‘bandar mati’.
Kerajaan Jepun secara berperingkat membenarkan kawasan-kawasan di sekitar wilayah Fukushima didiami penduduk, setelah mereka hilang tempat tinggal selepas bencana nuklear Fukushima Daiichi.
Oleh: Azizul Farhan
___
Korang mesti akan terpikat untuk selam lebih dalam seperti era Sengoku, Edo dan Meiji bersama KITAB TAMADUN JEPUN. Buku ni menjadi pintu gerbang bagi anda menuju ke masa lalu Jepun yang memukau!
Dapatkan segera dengan DISKAUN SEHINGGA RM15 di: https://bit.ly/KitabTamadunJepunShopee
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih