Maharaja Rom, Basil II (958-1025) memang layak diheret ke mahkamah dunia atas jenayah perang kalau baginda masih hidup. Kekejaman apa yang baginda dah buat? Korang baca la sendiri!

Empayar Rom Byzantine mengalami krisis sejak kekalahan pada 681 di Moesia dan Thrace dengan Bulgars. Bangsa ni semakin naik tocang. Dah la Rom kena berjaga-jaga dengan bangsa Arab kat selatan. Sekarang nak kena hadap pulak serangan Bulgars.

Bulgars menjadi pencabar kepada Rom Byzantin di dalam Perang 30 tahun (986-1014). Mereka telah mengalahkan Maharaja Basil II dalam Pertempuran Trajan’s Gates (Ogos 17, 986).

Pertempuran Kleidion (Clidius), Julai 1014 telah mengubah segala-galanya.

Bulgars telah menggunakan strategi yang berulang dengan menghadang laluan di lembah dengan kayu yang disusun. Empayar Rom sudah mengagak taktik ini. Jadi, mereka berjaya menemui jalan untuk mengelilingi bukit dan menyerang tentera Bulgars dari belakang. Akibat terperangkap dengan kepungan musuh, orang Bulgars terpaksa berundur ke bahagian sisi benteng sebelum diserang mengejut oleh tentera Rom.

Kubu Bulgars runtuh. Jumlah kematian mencecah paling kurang 8,000 orang.

Raja Samuel sempat diselamatkan kerana puteranya menaikkan baginda ke atas kuda agar segera melarikan diri.

Saki baki tentera Bulgars ditangkap dan dirantai sebagai tawanan.

Maharaja Basil II yang memang berdendam dengan bangsa Bulgars yang asyik menyusahkan baginda, telah membuat satu tindakan kejam. Baginda mengarahkan tawanan dirantai dalam jumlah setiap kumpulan ada 100 orang. 99 daripadanya dibutakan kedua-dua mata, sedangkan seorang lagi dibutakan sebelah mata. Diorang diarahkan berjalan pulang ke negeri Bulgars.

13,860 orang dibutakan kedua-dua mata dan 140 orang lagi buta sebelah mata.

Raja Samuel sakit jantung bila lihat apa yang jadi kepada para pahlawannya. Dua hari selepas itu baginda mangkat. Kerajaan Bulgars tewas 4 tahun setelah peristiwa ini. Bulgarian menjadi jajahan Empayar Rom Byzantine yang berpusat di Constantinople selama 170 tahun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply