Layak ke kita gelarkan Rasulullah (SAW) macam manusia biasa? Padahal baginda kekasih Allah yang paling mulia. Rasulullah (SAW) bukan seperti member kita yang cukup dipanggil nama sahaja.

Tahu tak siapa orang paling celaka? Merekalah orang yang malas berselawat kepada baginda bila disebut namanya. Pasal ni kita tak tinggal letak (SAW) bila tulis nama baginda.

Allah berfirman:

Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul diantara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang berangsur-angsur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih. (Surah An Nur ayat 63)

Dulu, orang ramai suka memanggil baginda dengan panggilan “Hai Muhammad! Hai bapak Qasim!” Maka turunlah wahyu ayat di atas. Kaum Muslimin dah dilarang panggil baginda begitu sahaja. Kena hormat. Selepas teguran Allah ini, para sahabat memanggil baginda, “Hai Nabi Allah, hai Rasulullah!”

Ayat clickbait memang sedap, tapi jangan lancang.

Kalau kita bermudah-mudahan dengan adab kepada Rasulullah (SAW), seolah-olah kita telah merendahkan baginda. Kita tak boleh salahkan orang ramai salah faham kalau dari awal niatnya untuk memancing.

Apatah lagi, Allah tegur kita agar jangan sebut ayat yang mengundang salah faham.

Allah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: “raaina”, (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: “unzurna”, dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Baqarah ayat 104)

Adab ummah sudah menghilang. Bila kita mudah menghina ulama, kita akan menghina sahabat. Bila kita mudah menghina sahabat, kita akan menghina Rasulullah (SAW). Waiyazubillah!

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Kalau orang tak kenal Nabi Muhammad (SAW), maka tak hairanlah semakin berkurang adab. Risau kalau kita tak dapat syafaat baginda. Kenal kemuliaan baginda yang tiada bandingan dalam MUHAMMAD: DAKWAH & DIPLOMASI. Dapatkan di https://bit.ly/MuhammadSAWDD


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply