Hujung 2015, Warmbier bercuti lima hari, empat malam ke Korea Utara. Selepas ketibaan, Warmbier dan kumpulan pelancongnya dirampas kamera dan telefon pintar mereka.
Pihak berkuasa baru sahaja merakam rakaman CCTV. Beberapa orang yang tak dikenali sedang mencabut poster propaganda di kawasan larangan hotel.
Tak semena-mena Otto Warmbier dituduh sebagai pelaku. 2 Januari 2016, pegawai Korea Utara tepuk bahu Warmbier dan membawanya pergi semasa pemeriksaan imigresen di Pyongyang sebelum menaiki pesawat mereka kembali ke China.
Akhir Januari barulah kerajaan Korea Utara mengesahkan mereka telah menangkap Warmbier.
Warmbier di dalam siaran televisyen berterima kasih kepada kerajaan Korea Utara atas peluang untuk meminta maaf atas jenayah, untuk memohon pengampunan, dan memohon bantuan untuk menyelamatkan nyawa saya.
Warmbier menangis dan berkata dia cuba mencuri poster propaganda sebagai “trofi” untuk gereja Methodist di rumah.
Tapi cerita dia tak konsisten, Warmbier seorang Yahudi dan takde hubungan dengan gereja Methodist. Nampak sangat yang kata-katanya tu direka dan bukan cerita sebenar.
Mac 2016, Korea Utara jatuhkan hukuman kerja keras selama 15 tahun atas jenayah terhadap negara itu. Amerika Syarikat berkempen mendesak kepulangan Warmbier.
Ia mengambil masa lebih setahun, tetapi delegasi Amerika akhirnya berjaya bawa pulang Warmbier pada Jun 2017.
Tapi, Warmbier dah cacat. Menurut jururawat yang menjaganya di Korea Utara, Warmbier dah koma sejak sehari selepas perbicaraan pada Mac 2016. Dia tak pernah sampai ke kem buruh.
Korea Utara nafikan dakwaan mereka membantai Warmbier dalam apa cara sekalipun. Mereka dakwa Warmbier dijangkiti botulisme dan mengalami reaksi alahan terhadap ubat. Dia meninggal dunia pada 19 Jun 2017.
Mak bapak Warmbier percaya anak mereka diseksa secara fizikal semasa di penjara. Walau bagaimanapun, pemeriksaan perubatan mendapati tiada tanda-tanda Warmbier dipukul, dia koma selepas mengalami kekurangan darah dan oksigen ke otaknya.
Oleh: Azizul Farhan
…
Korea banyak mengalami anjakan paradigma dari zaman ke zaman. KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah Korea hingga kini. Boleh beli dengan diskaun sempena Jualan PASCA PBAKL di:
https://bit.ly/tamadunkorea
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih