Tersebut dalam riwayat bahawa dalam ramai-ramai Bani Israel, tiada seorang pun yang lebih mengerti dan menghafal Kitab Taurat berbanding Nabi Uzair.

 

Dalam Surah al-Baqarah, diceritakan mengenai seseorang yang masuk ke dalam sebuah perkampungan, yang mana bangunannya telah roboh, lalu dia bertanya bagaimana Allah akan menghidupkan semua ini setelah ianya binasa?

 

Untuk menjawab persoalan itu, Allah mematikan baginda selama 100 tahun kemudian Allah membangkitkannya semula. Orang itu menurut para ulama sejarah dan tafsir, ialah Uzair. Baginda bertanya bukanlah kerana ragu-ragu tetapi kerana ingin mengetahui caranya dan untuk menambahkan lagi keimanannya.

 

Kemudian Allah tanya berapa lama baginda tak sedarkan diri? Dia kata sehari saja, sedangkan sebenarnya 100 tahun. Kisahnya beliau ini mirip dua kisah lain di dalam al-Quran. Pertama iaitu kisah Ashabul Kahfi, kedua seperti kisah Nabi Ibrahim.

 

Allah mengarahkannya untuk melihat makanan dan minum yang dia bawa sebelum ini, ianya masih elok dan tidak basi atau rosak sedangkan masa telah berlalu 100 tahun.

 

Tapi keldai tunggangannya telah hancur binasa dan yang tersisa cumalah tulang-belulang. Lalu dengan kekuasaan Allah, tulang-tulang keldai itu bercantum, kemudian dibaluti daging dan akhirnya menjadi seperti keldai beliau yang asal.

 

Diceritakan baginda balik semula kepada kaumnya, tetapi semua orang tak mengenalinya memandangkan jarak masa yang telah merubah generasi. Puas diterangkan bahawa baginda sememangnya Uzair, tokoh Bani Israel, tapi tiada yang percaya melainkan seorang makcik tua yang berumur 120 tahun. Lalu makcik ni meyakinkan kaumnya bahawa ini memang Uzair.

 

Disebabkan mereka semua tahu yang Uzair ini menghafaz Taurat, jadi mereka minta untuk dikumpulkan semula Taurat yang telah dibakar sewaktu pemerintahan Bukhtunassar. Peristiwa inilah yang membuatkan Bani Israel menggelarnya anak Allah.

 

Malah sebutan Uzair itu sendiri adalah menunjukkan kasih daripada Bani Israel kepada dirinya. Bible yang ada pada hari ini turut mengabadikan nama beliau dalam ‘The Book of Ezra.’

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Kita boleh menyingkap helaian sejarah Yahudi dan Bani Israil di dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan di Shopee kami dengan diskaun menarik sempena JUALAN PASCA PBAKL: https://bit.ly/3MkDT6b


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply