Persekutuan (“federation”) ialah satu jenis negara yang diwujudkan menerusi gabungan beberapa entiti yang cukup sifat negara (samada secara “de jure” atau “de facto”). Contoh Persekutuan selain Malaysia ialah USA. Nama penuh USA, “United States of America” itu sendiri bermaksud “Negara-Negara Amerika yang bergabung”.

 

USA pada asalnya terdiri daripada 13 “state” yang merdeka daripada British pada tahun 1776: ada “Commonwealth of Massachusetts”, “Commonwealth of Virginia”, “State of New York” dan “state” lain yang masuk lambat seperti “California Republic” dan “Republic of Texas”. Semua merupakan entiti berdaulat yang mempunyai kerajaan sendiri, perlembagaan sendiri, presiden sendiri. Cuma pada tahun 1789, mereka bergabung jadi sebuah persekutuan.

 

Tradisi persekutuan dah wujud dalam sejarah Peradaban Melayu. Kita ada persekutuan tertua di dunia (yang masih wujud) iaitu persekutuan Negeri Sembilan yang wujud pada tahun 1773. 16 tahun sebelum USA.

 

Asalnya Negeri Sembilan memang betul-betul ada 9 negeri atau “luak”: Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, Jelai, Kelang, Naning, Segamat dan Ulu Pahang. Sistem 9 negeri agak unik kalau berbanding dengan negeri-negeri lain yang wujud pada masa itu misalnya Johor. Negeri Sembilan memilih sistem persekutuan dengan menjemput Raja Melewar dari Kerajaan Pagaruyung di Tanah Minangkabau untuk jadi pemimpin mereka.

 

Gelaran pemerintah Negeri Sembilan, “Yamtuan” bermaksud “Yang Di-Pertuan”, yang dijemput untuk jadi tuan. Yang lagi unik, Negeri Sembilan tak macam negeri lain mengamalkan sistem warisan “primogeniture” (putera sulung sebagai pewaris takhta). Ketua-ketua luak atau “Undang” akan melantik dan menabalkan Yamtuan dari kalangan diraja melalui Majlis Undang. Ada unsur demokrasi di situ kerana suku dan luak yang berbeza akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan ketua negara.

 

Cara persekutuan diaplikasikan oleh Frank Swettenham ke atas 4 negeri Melayu yang menerima naungan British. Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan digabungkan jadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British cuba mengubah persekutuan kepada sistem kesatuan menerusi Malayan Union pada tahun 1946, tapi terpaksa tukar balik kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 akibat tentangan hebat orang Melayu dan juga orang British seperti Swettenham yang lebih faham tentang tamadun Melayu.

 

  • Dalam Persekutuan Tanah Melayu kita boleh nampak unsur-unsur yang ada pada Persekutuan Negeri Sembilan: Majlis Raja-Raja memainkan fungsi Majlis Undang untuk memilih pemerintah yang bergelaran “Yang Di-Pertuan Agong”, dengan kata lain, Yamtuan Agong. Dan YDPA pertama Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ialah Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Nak tahu lebih banyak lagi fakta menarik tentang budaya dan sejarah orang Melayu? Baca je KITAB TAMADUN MELAYU, sekarang kami ada Jualan PASCA PBAKL dengan diskaun istimewa. Cepat klik dekat https://bit.ly/40FLVup


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply