Hajjaj bin Yusuf ath-Thaqafi (661- 714 M) memang Sigma male! Dia jenis lelaki yang tak peduli apa orang kata, asalkan cita-cita dan kehendaknya terlaksana. Tahu tak Hajjaj pernah campak sorang mamat ke dalam kandang singa. Tapi dia tak sedar mamat tu pulak Alpha male. Gagah perkasa.

Entah-entah pemerintah Iraq memang kena berjiwa besi. Zaman kita ni, ada Saddam Hussein (1937- 2006 M). Bolehlah dikatakan Saddam Hussein setaraf dengan Hajjaj bin Yusuf. Dari segi ketegasan dan kebengisan dalam memerintah rakyat, diorang memang sama-sama kuku besi. Hajjaj kena panggil Syaiton dengan salafussoleh. Saddam pulak kena panggil Diktator dengan media massa.

Ok. Berbalik kepada kisah Hajjaj. Ada sorang penyair nama Jahdar bin Malik dari Bani Hanifa. Lelaki ni mengetuai serangan ke Hajar, sebuah kota di timur semenanjung Arab. Hajjaj terus tulis surat kepada gabenor Yamama bagi mengerah jajahannya fokus memburu Jahdar. Ganjaran besar bakal menanti. Akhirnya, Jahdar berhasil ditangkap.

Hajjaj: “Kau siapa?”

Jahdar: “Akulah Jahdar bin Malik”

Hajjaj: “Kenapa kau buat jenayah yang teruk tu?”

Jahdar: “Kecekalan hatiku, kebengisan sang sultan dan kesengsaraan zaman ini.”

Hajjaj: “Apa yang terjadi sampai hati kau cekal, sultan jadi bengis dan zaman jadi sengsara?”

Jahdar: “Jikalau pemimpin aku melihatku, mesti akan didapati yang aku ni seorang penyokong yang tulen dan pahlawan yang berani. Aku tak pernah jumpa lagi pahlawan yang lebih tangkas daripada aku.”

Hajjaj: “Baik kalau begitu. Kami akau campak kau ke kandang singa yang lapar dan ganas. Jikalau kau dibaham, kami puas hati dengan apa yang kau cakap. Kalau kau yang bunuh singa tu, aku bebaskan kau.”

Bagaimanapun, jangkaan Hajjaj meleset. Jahdar bukan sahaja manis berkata-kata, lelaki Alpha ini juga lincah berlawan walaupun dengan tangan sebelah diikat ke leher. Seperti yang disebut, Hajjaj terpaksa melepaskan Jahdar kerana sudah terlanjur berjanji. Prinsip lelaki Sigma: janji mesti ditepati!

Hajjaj agak berbeza dengan Saddam yang lebih licik dalam berpolitik. Ketika Saddam Hussein memerintah Iraq, ia pernah berjanji untuk mengampunkan menantunya yang menetap di luar negara. Pada tahun 1996, satu berita menggemparkan tersebar. Lt. Gen. Hussein Kamel al-Majid dan saudaranya, Saddam Kamel al-Majid mati terkorban dalam kejadian tembak menembak di rumah kediaman mereka. Hussein Kamel al-Majid adalah ketua program senjata rahsia Iraq, sementara Saddam Kamel al-Majid adalah ketua pengawal istana pemimpin negara.

Tragedi ini terjadi sehari selepas anak-anak perempuan Saddam Hussein meminta cerai daripada mereka. Media telah menjangka yang ini semua helah Saddam. Hanya tiga hari selepas menantunya fly dari Jordan dan mendarat ke Iraq, mereka terus maut dibunuh. Pakej cerai dengan bini sekali. Tambah menyedihkan, bapak diorang al-Majid pun terbunuh. Ini semua bukan kebetulan. Mungkin Saddam dah lama menyimpan sakit hati pasal pemerintahannya kena kutuk dengan diorang kat luar negara. “Aku ingatkan menantu, rupanya hantu!” sumpah Saddam.

Kecoh sampai ke negara luar. Amerika pun kecam. U.S. representative Madeleine Albright: “Saddam Hussein is a brutal dictator and his brutality knows no bounds. The whole way they were welcomed and pardoned and murdered shows a great deal about the way Saddam Hussein deals with people.”

Duta Kuwait Mohammed A. Abulhassan kesal, “Kami tak terkejut kerana rejim bengis seperti ini tidak akan berpegang pada janji.”

Hajjaj Yusuf dan Saddam Hussein adalah tirani Iraq yang telah dihindari ulama’. Hajjaj dibantah oleh Said bin Jubair dan Abdullah bin Umar. Saddam Hussein pula ditolak oleh Syeikh Abu Hassan An-Nadwi dan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply