Baru-baru ini seruan untuk memboikot produk daripada Sweden seperti Ikea dan H&M telah dilancarkan oleh sesetengah pihak. Semuanya berpunca daripada tindakan seorang ahli politik Sweden yang membakar kitab suci Al-Quran secara terang-terangan. 

Kejadian mendapat kecaman daripada umat Islam seluruh dunia. Kerajaan Sweden pulak hanya mampu berdiam diri sahaja. Persoalannya macam mana Ikea nak atasi masalah boikot dekat Malaysia? Ye lah orang kita bila boikot, memang kosong terus kedai itu. 

Untuk kita boleh tengok peristiwa yang melanda Mekdi pada sekitar tahun 2013 atau 2014. Ketika itu Israel telah menyerang Palestin secara besar-besaran. Pelbagai kecaman telah diberikan oleh rakyat dan negara Islam terhadap tindakan terkutuk Israel. Macam biasa, Israel cuma pekakkan telinga sebab deme tahu kecaman ini tidak beri apa-apa kesan pun.

Di Malaysia pulak telah timbul satu dakwaan bahawasanya Mekdi merupakan antara penyumbang dana kepada Israel. Bermakna segala senjata yang membedil Palestin itu terdapat sedikit sebanyak dana daripada Mekdi. Bila berita ni tersedar terus kecoh satu Malaysia. 

Sebab Mekdi merupakan antara rangkaian makanan segera terbesar di Malaysia. Malah Mekdi menjadi tempat lepak anak-anak muda dan ibu-bapa yang nak bawa anaknya makan. Bermula daripada tersebarnya dakwaan tersebut, Mekdi terus diboikot oleh hampir keseluruhan rakyat Malaysia. 

Rakyat Malaysia punya boikot memang bersungguh-sungguh. Mekdi yang sebelum ini terlalu padat, terus jadi kosong macam tempat yang dalam lama ditinggalkan. Orang pun takut yang singgah makan di sana sebab akan dituduh bersekongkol dengan Israel. 

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Paling teruk sekali Mekdi terdedah dengan vandalisme. Katanya itu sebagai balasan atas dana yang diberikan kepada Israel. Para pekerja juga tidak terlepas daripada kecaman dan cacian oleh segelintir rakyat Malaysia.

Bagi memastikan gelombang boikot ini tidak membesar sehingga menjejaskan perniagaan, mereka telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mekdi Malaysia tiada kaitan dengan pemberian dana kepada Israel. Mekdi Malaysia bukan beroperasi di bawah mana-mana syarikat daripada Israel. 

Tapi kita ni tak nak dengar fakta yang benar sebegitu. Maklumlah sikit-sikit kata ada the hidden hand lah dan semuanya telah dirancang. Disebabkan kita jenis sangat nak beremosi, nak dapatkan balik kepercayaan pun kena guna emosi. Mekdi laksanakan promosi beli 1 percuma 1. Secara perlahan-lahan Mekdi kembali dipenuhi dan orang ramai mula melupakan boikot. 

Bagi Ikea pula, mereka agak bijak. Sebab tak keluarkan apa-apa kenyataan mengenai tindakan ahli politik Sweden dan boikot. Dalam nak boikot ni juga ada kelemahannya tersendiri. Antaranya adalah boikot ni sangat sukar untuk bertahan dalam masa yang begitu lama. Apabila sudah tepu, boikot akan dilupakan dan kedai kembali dipenuhi pelanggan.

Seterusnya boikot ni juga akan beri masalah kepada pelanggan. Sebab deme perlu cari pengganti yang sama ataupun sesuai dengan kedai yang telah diboikot. Macam kes Ikea ni, tak ada lagi kedai yang seumpama itu di Malaysia. Biasanya kalau kita masuk ke kedai perabot mesti akan rasa serabut. Kita pun tak lah nak pergi kedai perabot selalu.

Ikea ni gamenya lain sikit sebab dia gunakan makanan terutamanya meatball untuk pancing orang datang beli perabot. Kalau tak beli perabot pun, paling tidak beli lah makanan lain. Dekat sini kita nampak meatball ni menjadi daya penarik untuk lebih ramai pelanggan datang. 

Ikea pun sekali lagi guna taktik yang sama untuk melawan gelombang boikot. Apa yang Ikea buat adalah lancarkan makanan baru iaitu Beef Wellington yang berharga RM46. Makanan baru ni bukan suka-suka je Ikea nak lancarkan. Sebab sebelum ini Gordon Ramsay Bar & Grill telah dibuka di negara kita. Antara menu paling popular adalah Beef Wellington tapi harga dia sangat mahal. 

Jadi Ikea lancarkan Beef Wellington versi mereka sebagai alternatif. Secara tak langsung pelanggan mula memenuhi Ikea kembali demi Beef Wellington. Seruan boikot perlahan-lahan akan hilang.

Apa boleh kita belajar adalah tawarkan perkara ataupun benda yang diperlukan oleh masyarakat. Mereka pun terus tak ada sebab nak boikot.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply