Sudah menjadi kebiasaan setiap kali musim cuti persekolahan, antara tempat yang menjadi tumpuan orang ramai ialah akuarium yang menempatkan pelbagai jenis hidupan laut. Tidak kiralah sama ada di KLCC, Langkawi atau Singapura, akuarium sebegini sentiasa menarik minat kita untuk mengetahui hidupan marin sebegini. Tetapi jika anda perasan di mana-mana akuarium seluruh dunia, mereka tidak membela ikan jerung jenis Great White. Mengapa haiwan yang dianggap pemangsa unggul ini tiada?

Bukan sekali dua cubaan ini cuba dilakukan tetapi kesemua percubaan ini berakhir dengan kegagalan. Pada pertengahan tahun 1950-an, sebuah akuarium di California cuba menjadikan ikan jerung Great White sebagai tarikan utama pengunjung. Bagaimanapun, ikan jerung berkenaan hanya dapat bertahan selama sehari sebelum mati. SeaWorld juga cuba melakukan perkara sama pada tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an tetapi ianya berakhir sama ada jerung tersebut mati atau kembali dilepaskan ke laut dalam tempoh beberapa minggu. Satu-satunya institusi yang berjaya mengekalkan jerung jenis ini dalam kurungan ialah Akuarium Teluk Monterey yang hidup lebih dari 16 hari dan berjaya hidup dan dalam keadaan baik untuk beberapa bulan.

Contoh keadaan ikan jerung Great White dalam akuarium di Okinawa: https://www.youtube.com/watch?v=iO7ZANuUBlo

Ada beberapa sebab mengapa pemangsa unggul ini tidak boleh hidup dalam akuarium. Salah satunya berkait dengan diet jerung itu sendiri. Jerung Great White hanya akan makan mangsa hidup dan hanya memakan apa saja sekiranya merasa kelaparan teramat sangat. Dan jika ia diletakkan dalam akuarium tatapan umum, maka ini sudah pasti menjadi mimpi ngeri jentera promosi. Selain itu, dari segi kos ia amat mahal dan menyukarkan pengurusan mengendalikan diet jerung Great White.

Selain itu, jerung jenis ini perlu berenang sepanjang masa bagi membolehkan air melalui siripnya untuk mendapatkan bekalan oksigen. Jerung Great White boleh membesar sehingga 6 meter panjang dan dengan saiz badan sedemikian, maka ia turut memerlukan bekalan oksigen yang amat banyak. Dan secara semulajadi, haiwan ini berkeupayaan berenang merentasi lautan dengan jarak jauh. Seekor ikan jerung Great White betina bernama Nicole pernah dikatakan mengembara ke Afrika dari Australia dan kembali semula ke tempat asalnya dengan jarak renangan 20,000 kilometer dalam tempoh sembilan bulan. Pengurusan akuarium boleh saja meniru keadaan itu dengan menyediakan tangki untuk meniru keadaan laut tetapi dari segi kos, ianya dianggap tidak munasabah.

Satu lagi sebab mengapa pemangsa unggul ini tidak boleh bertahan dalam akuarium ialah persekitaran buatan sebegini boleh menjejaskan elektropenerimaannya yang tajam. Saraf sebegini membantunya mengesan sebarang pergerakan dan perubahan kecil, sesuatu yang amat membantu jerung Great White memburu mangsanya. Jika ia diletakkan dalam akuarium, pastinya ia tidak akan dapat menangani pelbagai isyarat yang diterima sama ada dari kaca akuarium hingga pengesan elektronik.

Dan jika anda merasakan isu ini tiada kaitan dengan etika, anda salah. Sejak tahun 1990-an, kesedaran orang ramai terhadap keadaan haiwan marin yang dikurung seperti ikan paus orca dan ikan lumba-lumba semakin bertambah dari tahun ke tahun. Ini ditambah dengan penyiaran dokumentari yang dicalonkan untuk Anugerah BAFTA 2013, Blackfish. Dokumentari ini menceritakan perihal pengurusan SeaWorld dan bagaimana mereka menguruskan ikan paus orca yang dikurung.

Selepas mendapat bantahan orang ramai, SeaWorld memutuskan untuk tidak lagi menayangkan persembahan membabitkan ikan paus berkenaan. Saya tak boleh bayangkan persembahan secara langsung membabitkan ikan jerung Great White ini akan menarik perhatian pengunjung. Jika ada yang masih alami mimpi ngeri akibat menonton filem arahan Steven Spielberg, Jaws, ditakuti ada yang lari tak cukup tanah!

SUMBER

Hale, Tom. (2017). IFLScience!. Here’s Why You’ll Never See A Great White Shark In An Aquarium. http://www.iflscience.com/plants-and-animals/heres-why-youll-never-see-a-great-white-shark-in-an-aquarium/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.