Ikan sebelah, lidah ataupun sisa nabi merupakan salah satu spesies hidupan laut yang sangat unik. Sebab ikan sebelah ni cuma adalah sebelah badan je dan cara dia berenang sebijik macam ikan pari. Senang cerita ikan sebelah ni berenang secara mengiring dan bukan menegak macam ikan-ikan lain.

Tapi apa yang peliknya, ikan sebelah masa mula-mula lahir normal je. Dia boleh je berenang macam biasa. Masalahnya bila dah jadi dewasa, fizikal dan cara renang ikan sebelah ni terus berubah. 

Ikan sebelah dengan mata dan mulut yang sangat pelik

Elok-elok boleh berenang menegak, jadi ikan pari. Fizikal dia pulak berubah sehingga hanya sebelah badan je serupa macam ikan. Sebelah lagi terus bertukar menjadi warna jernih. Bukan setakat itu je, kedudukan mata dan hidung ikan sebelah turut berubah.

Persoalannya kenapa ikan sebelah cuma ada sebelah badan?

Pada mulanya, perubahan fizikal ikan sebelah ini amat memeningkan kepala saintis. Macam tak ada sebab munasabah pulak untuk ikan sebelah ni berubah daripada bentuk biasa kepada bentuk sebelah. 

Untuk itu, Manfred Schartl daripada University of Würzburg dan Songlin Chen daripada Yellow Sea Fisheries Research Institute in China bekerjasama bagi mengenal pasti fenomena yang dihadapi oleh ikan sebelah.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Hasil akhir kajian mereka mendapati asid retinoik yang wujud dalam badan ikan sebelah menyebabkan warna pigmen kulit berubah kepada jernih. Apabila asid retinoik bertindak balas dengan hormon tiroid, kedua-dua mata dan hidung mula berpindah ke kawasan sebelah.

Seterusnya cahaya juga menjadi elemen yang sangat penting dalam perubahan daripada bentuk ikan biasa kepada ikan sebelah. Caranya adalah cahaya itu tadi akan mempengaruhi kepekatan asid retinoik dalam badan ikan sebelah. Jika asid retinoik semakin pekat, ia akan bertindak balas begitu cepat dengan hormon tiroid. Maka dari situ terhasil lah ikan sebelah. 

Sekarang ni bagaimana pula ikan sebelah berubah daripada bentuk normal ke bentuk sebelah?

Selepas dilahirkan, rupa anak ikan sebelah sama je macam ikan biasa. Mereka berenang dengan sangat normal tanpa kelihatan pelik. Malah mungkin kita sendiri pun tak kenal itu sebenarnya adalah anak ikan sebelah. Beberapa minggu kemudian, anak ikan sebelah ni akan berpindah dari kawasan perairan terbuka kepada dasar laut.

Disinilah perubahan mula terjadi, ikan ini akan kehilangan pigmen kulit pada bahagian sebelah. Lagi sebelah masih normal seperti biasa. Secara perlahan-lahan corak renangan ikan sebelah mula berubah daripada renang secara menegak kepada mengiring.

Apa yang paling unik sekali adalah perubahan mata ikan sebelah. Masa kecik dulu, mata deme serupakan macam ikan biasa iaitu terletak di bahagian sisi kanan dan kiri. Apabila sudah dewasa, otot dalam salah satu mata ikan sebelah ni akan mengembang. Hal itu membuatkan kedudukan mata ikan sebelah mendekati mata yang lain. Kemudian, satu tulang tambahan akan tumbuh untuk menolak mata ikan sebelah ke atas sikit. Lebih kurang macam mata ikan pari juga. Proses itu akan membolehkan ikan sebelah memiliki pandangan yang lebih luas untuk mencari makanan dan lari daripada mangsa. 

Bagi anggota tubuh yang lain macam mulut masih lagi sama tapi agak pelik sedikit. Sebab mulut ikan sebelah ni lebih kurang je seperti ikan biasa dengan dua mata yang berada di sisi yang sama. Kalau macam ikan pari tu okay lah juga, tak ada lah pelik sangat.

Walau bagaimanapun dalam tradisi Islam, ikan sebelah wujud setelah Nabi Musa A.S melepaskan ikan yang telah baginda makan sebelahnya. Atas kuasa Allah S.W.T, ikan yang telah dimakan sebelah badan itu terus berenang dan wujud sehingga ke hari ini.

Kepada korang semua, ada yang pernah makan ikan sebelah tak, apa rasanya? Sebab ada yang cakap tak semua ikan sebelah sedap untuk dimakan.


Alam kehidupan ni sangat menarik. Sebab tu kami terbitkan BIOLOGIA yang bercerita macam-macam pasal haiwan. Jom beli di Shopee: https://bit.ly/biologiashopee

Rujukan 

Maximilians, J. (2016, Disember 5). Why the flounder is flat. ScienceDaily. Dipetik daripada https://www.sciencedaily.com/releases/2016/12/161205110908.htm

Westreich, S. (2020, Oktober 5). This is how flounders become flat. Medium. Dipetik daripada https://medium.com/@westwise/this-is-how-flounders-become-flat-e18b933f9c5d


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply