Ketika Empayar Mughal diperintah oleh Maharaja Akbar, baginda telah asaskan satu fahaman baru iaitu Din Ilahi. Katanya Din Ilahi ni mampu menyatukan rakyat Empayar Moghul yang menganut bermacam agama.
Apa ke benda Din Ilahi ni?
Din Ilahi merupakan satu fahaman yang mencampuradukkan banyak agama seperti Islam, Hindu, Kristian, Jainisme dan Majusi.
Antara ciri-ciri fahaman Din Ilahi ini adalah larangan menyembelih haiwan yang diambil dari jainisme dan menjadikan api sebagai objek pemujaan yang diambil dari Majusi.
Kenapa Maharaja Akbar cipta Din Ilahi?
Bagi Maharaja Akbar, Islam sepatutnya harus menerima semua unsur dari luar seperti Hindu, Majusi dan lain-lain. Semua ini penting supaya rakyat Empayar Moghul sentiasa bersatu. Lepas ni deme tak bergaduh sangat sebab miliki satu fahaman yang sama.
Selain tu baginda anggap tiada satu pun agama dekat dunia ni bercerita tentang kebenaran. Itu pun selepas baginda dengar perbahasan antara tokoh-tokoh agama di Empayar Mughal. Nak bagi selesai masalah dan mencari kebenaran, baginda gabungkan sahaja semua agama menjadi satu.
Tapi masalah lain pulak timbul sebab masyarakat Islam dekat Empayar Moghul menentang Maharaja Akbar. Malah Din Ilahi dianggap sebagai ajaran sesat lagi menyesatkan oleh masyarakat Islam.
Benda tu langsung tak ganggu fokus Maharaja Akbar untuk menyebarkan Din Ilahi sehingga menjelang kemangkatannya.
Maharaja Aurangzeb yang menaiki takhta selepas itu terus menghapuskan Din Ilahi. Sesiapa yang cuba amalkannya lagi pasti dibayangi hukuman ngeri. Terdapat juga beberapa cubaan untuk hidupkan balik Din Ilahi tapi semuanya gagal.
—
Kalau anda berminat dengan sejarah Islam di India. kami nak cadangkan buku kami, MUGHAL: MUTIARA ISLAM DI INDIA. Boleh beli di Shopee kami di: https://bit.ly/3FcHqQw
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih