Selepas ini, kita kena berhenti menyebut orang Melayu dan sultannya mengkhianati Melaka, dan si pengkhianat sebenar bukannya orang Melayu, tetapi Utimuraja. Ini ialah kisah bapak segala pengkhianat dalam sejarah Tamadun Melayu sendiri, yang datang daripada bukan Melayu.
Utimuraja merupakan orang kepercayaan Sultan Mahmud dan juga Sultan Ahmad. Tetapi dia mengambil kesempatan itu untuk melakukan pengkhianatan. Keduanya Utimuraja ini merupakan orang yang cukup berkuasa. Selain menjadi penghulu kepada orang Jawa di Upeh, Utimuraja juga merupakan orang kedua paling berkuasa di Melaka secara realitinya selepas Sultan. Masakan tidak berkuasa, Utimuraja ini mempunyai seramai 6000 orang hamba dan jika dikira semua abdinya di laut dan di darat boleh mencecah 10,000 orang.
Penduduk Melaka pada waktu itu sekitar lebih kurang 90,000-100,000 orang. Ini bermakna Utimuraja sudah menguasai 1/10 daripada manusia yang ada di Melaka pada waktu itu. Daripada 100,000 penduduk itu pula, hanya beberapa kerat sahaja yang merupakan penduduk tempatan.
Apabila Portugis menyerang Melaka, Utimuraja telah menggunakan kuasanya sebagai penghulu untuk menghasut orang-orang Jawa di Upeh supaya tidak membantu Melaka. Walaupun dia menjadi kaya kerana Melaka namun dia tetap mahu membantu penjajah Portugis. Entah hasad dengki apa yang ada dalam dirinya tidaklah diketahui.
Pada waktu itu pula, orang-orang Jawa ramai yang menjadi askar upahan Melaka. Tidak mustahil Utimuraja turut menghasut askar-askar Jawa ini supaya berpaling tadah. Ada pengkaji sejarah berpendapat, kebanyakan askar Jawa ini tidak menumpahkan taat setia kepada Melaka disebabkan Melaka ini bukanlah tanah air mereka.
Pada saya pendapat ini boleh diterima terutamanya jika ada penghasut yang mencucuk jarum kepada tentera-tentera upahan Jawa ini.
Dan jika benar ada penghasut ini, maka tidak lain tidak bukan penghasutnya tentulah Utimuraja.
Utimuraja merupakan oportunis iaitu orang yang suka mengambil kesempatan berdasarkan keadaan tertentu demi kepentingan peribadi. Sebab itulah dia rela berpakat dengan Portugis untuk menjatuhkan Melaka. Samada Portugis yang mencari Utimuraja atau Utimuraja yang mencari Portugis dahulu tidaklah diketahui tetapi yang pasti Portugis telah menjamin keselamatan diri dan harta Utimuraja.
Selepas kejatuhan Melaka, Portugis terus mengekalkan sistem pentadbiran Melaka. Utimuraja ini dikatakan telah dilantik sebagai Bendahara yang sebenarnya tidak mempunyai kuasa sebagai bendahara pun. Namun lama-kelamaan, Utimuraja merasakan bahawa dia sudah tiada kebebasan di bawah pentadbiran Portugis.
Dia sering diintip oleh Portugis kerana Alfonso sendiri sebenarnya tidak percaya dengannya. Sehinggalah suatu hari, Utimuraja akhirnya kantoi telah berhubung dengan Sultan Mahmud untuk mengusir Portugis dari Melaka. Selepas konspirasi tersebut terbongkar, Utimuraja akhirnya telah dijatuhi hukuman mati.
Kalau anda berminat nak baca mengenai kejatuhan Melaka, buku kami 1511: Kejatuhan Empayar Melaka ialah pilihan paling tepat untuk anda. Boleh baca lebih banyak rahsia-rahsia kejatuhan Melaka sesuai untuk tatapan anda. Beli di: bit.ly/pratempahmelaka
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih