Masalah lelaki tak cukup satu memang sampai ke sudah tak pernah selesai. Bayangkan jelah masa zaman Mesir Purba, golongan tak cukup satu ni dah wujud.
Cara deme dengan lelaki zaman sekarang sama je. Kalau macam hari ini, lelaki suka tayang kereta macam Honda untuk tarik perhatian perempuan. Lelaki Mesir Purba pula lebih kurang je tapi deme banyak tayang kereta kuda.
Lelaki yang miliki kereta kuda paling laju dan mewah akan terus dikerumuni wanita. Itu je modal yang deme guna untuk bertukar-tukar pasangan dan curang.
Masalahnya lelaki Mesir Purba ni jenis suka kahwin awal. Ingat bila dah kahwin, perangai tu elok lah sikit. Tapi tetap juga dengan perangai tak cukup satu zaman bujang dulu. Dah lah buat kerja tak clean, asal curang je kantoi.
Jadi ramailah wanita dekat Mesir Purba ni minta cerai atas alasan suami main kayu tiga. Dari sinilah bala mula menimpa kerana undang-undang Mesir Purba menetapkan sebahagian besar harta suami perlu diberi kepada isteri jika sudah bercerai.
Bermakna jika lelaki tu ada kereta kuda fd dan bela siakap Sungai Nil, itu semua akan menjadi miliki wanita setelah bercerai. Lelaki pun akan jadi papa kedana.
Nak atasi masalah ni, lelaki Mesir Purba akan berkahwin dengan orang susah. Senanglah sikit nak curang sebab jarang kantoi. Macam biasalah bila orang susah ni dah kahwin dengan orang kaya, hidup deme pun berubah.
Kalau pergi minta cerai, memang kembali kepada kehidupan asal dan terus merana. Deme pun maafkan je lah suami yang banyak kali curang ni demi nak hidup senang.
Lepas ni kalau jumpa lelaki yang jenis tak cukup satu dan suka curang, anggap je lah dia mewarisi perangai lelaki zaman Firaun.
Kami ada banyak buku untuk korang kat Shopee kami. Jemput beramai-ramai ke Shopee untuk tengok buku yang korang suka: https://bit.ly/bukupatriots
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih