Rangka seorang anak Firaun yang dibaham buaya pernah dibawa ke Turki. Tak lama lepas sampai, Sultan Uthmaniyah suruh buang. Kenapa agaknya?
Begini kisahnya. Selepas mengetahui anaknya dah mangkat, Firaun mengeluarkan arahan. Orang-orang baginda terus keluar mencari buaya tersebut. Dan dapat saja, mereka terus bunuh buaya tu.
Mengikut kepercayaan Mesir Purba, mayat anak Firaun dikebumikan sekali dengan tengkorak buaya tersebut. Ikut kepercayaan mereka, anak Firaun boleh hidup di Alam Barzakh sebagai buaya. Cuma tak pastilah lepas rakam, dia delete tak.
Selepas ditemui, rangka tersebut terus dibawa dari Mesir ke Turki. Sampai saja, ia terus disimpan dalam Istana Yildiz. Sekadar pengetahuan, Yildiz adalah kediaman rasmi Sultan Uthmaniyah. Pada masa tu, sultannya adalah Abdulhamid II. Dan ada satu kejadian yang buat baginda suruh keluarkan rangka tu.
Menurut sejarawan Ibrahim Konyah, penghuni Yildiz satu hari dengar bunyi ketukan daripada tempat penyimpanan gula. Bila siasat, sekali tengok jumpa bahagian tengkorak buaya di atas karung gula! Apa lagi? Kecoh habislah. Asal sampai jer, dah jadi bala.
Benda ni sebenarnya joke jer, dibuat Haci Suleyman kerana pembuat gula-gula taknak tunaikan permintaan. Haci cakap, kalau nak keluarkan tengkorak tu, dia boleh tolong. Tapi bagi gula-gula dulu. Bila ditunaikan, Haci bawa tengkorak tu balik ke tempat asal.
Apabila Sultan Abdulhamid II dengar ramai dah takut, baginda terus titahkan mumia tu dikeluarkan. Akur dengan titah baginda, pihak pengurusan membawanya ke Istana Topkapi. Dan sebab tu lah rangka dua kepala (tengkorak buaya & tempurung anak Firaun) dipanggil The Topkapi Mummy.
—
Korang kalau suka cerita-cerita Sultan Uthmaniyah, ini masanya nak beli UTHMANIYAH DI HUJUNG JARI. Buku ni kami sekarang bagi DISKAUN 10 peratus untuk bantu korang faham tentang kebangkitan dan kejatuhan khilafah terakhir sejarah! : https://bit.ly/uthmaniyah
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci.
Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.