Filem ini sebenarnya sangat dekat dengan bangsa-bangsa Melayu. Kita akan belajar mengenai benang halus antara bangsa Melayu dan Hawaii, sehingga kita menganggap bahawa cerita ini ialah cerita tentang kita juga.

Dalam Around The World With A King (1904), tulisan William N. Armstrong, pada halaman 126, ketika Raja Kalakaua dari Hawaii bertemu dengan Raja Chulalongkorn dari Thailand pada lewat bulan March tahun 1881 ketika raja Chulangkorn bertanyakan dari bangsa manakala Raja Kalakaua ini berasal, tanpa berselindung dengan penuh bangga, Raja Kalakaua mengatakan:

“Darah Melayu mengalir dalam badan beta!”

Lalu disahut: “Orang Thai pun mengalir darah bangsa Melayu dalam diri mereka!”

TETAPI nanti dulu, anda sedang kalau berminat dengan topik mengenai Tamadun Melayu seperti ini, maka belilah buku kami, KITAB TAMADUN MELAYU pada pautan: http://bit.ly/3zPRM5B

Ya kawan-kawan, kita sedang menonton sebuah filem yang sedang menggambarkan kepada kita tentang sebuah saudara jauh kita yang serumpun dari sudut bahasa, sejarah, budaya, dan juga keturunan. Kita sedang melihat sebuah filem yang membicarakan tentang kebudayaan seorang saudara jauh Melayu dan bagaimana mereka melupakan diri mereka setelah sekian lama ditelan oleh sejarah. Ironinya, situasi yang sama turut terlihat pada bangsa Melayu kita sendiri.

Saya cukup memuji Disney dalam kajian mereka mendalam tentang rumpun Austronesia/Melayu-Polinesia sebelum menghasilkan filem ini, sesuatu yang filem mahupun karya Malaysia sangat kekurangan. Sebagai contoh, dalam filem ini anda akan melihat bagaimana babi, ayam, kelapa dan tatu menjadi objek yang selalu dipaparkan seiring dengan perkembangan watak Moana itu sendiri. Mengapakah sedemikian?

Dalam makalah Coconut (Cocos nucifera L.) DNA studies support the hypothesis of an ancient Austronesian migration from Southeast Asia to America tulisan Luc Baudouin dan Patricia Lebrun, dua penulis ini mencadangkan bahawa antara faktor utama yang membuatkan kelapa boleh berada sehingga jauh Ecuador dan Benua Amerika kerana dibawah oleh suku-suku Austronesia/Melayu-Polinesia daripada Asia Tenggara kira-kira 2000 tahun yang lalu.

Siapa suku-suku Austronesia ini? Tentunya nenek moyang kita, orang Melayu dan pelbagai suku-suku pelaut Austronesia yang wujud hari ini. Justeru, tidak hairanlah kalau anda melihat bagaimana kelapa cukup sinonim dengan pelaut-pelaut Austronesia di dalam filem ini.

Tidak cukup dengan itu, misalnya penggunaan ayam dan babi juga sangat berkait rapat dengan tamadun pelaut Austronesia/Melayu-Polinesia itu sendiri. Sebagai contoh, ayam sangat dekat dengan Austronesia/Melayu-Polinesia.

Austronesian Diaspora and The Ethnogeneses of People in Indonesian Archipelago : Proceedings of the International Symposium mengatakan bahawa orang Austronesia/Melayu-Polinesia adalah antara bangsa terawal di dunia yang mula menjinakkan ayam dan mendomestikkan pengunaaan ayam.

Begitu juga dengan babi yang juga dikatakan bangsa Austronesia/Melayu-Polinesia antara bangsa terawal yang mengaplikasikan pengunaan babi berbanding bangsa lain lalu tersebar ke serata tamadun yang lain.

Sebab itu, watak yang mengiringi Moana dalam filem ini berkisarkan seekor babi yang comel dan juga seekor ayam yang mereng yang sangat mencuit hati para penonton. Filem ini sangat jujur mengambarkan betapa suku-suku Austronesia/Melayu-Polinesia ini ialah raja lautan.

Sebagai contoh, ketika Moana terjumpa sebuah gua atas bimbingan neneknya, dan sekaligus memorinya terus terbang tentang siapakah sebenarnya bangsa Austronesia/Melayu-Polinesia.

Sebuah babak yang mengambarkan nenek moyang Moana begitu gigih meredah lautan. Bahkan lirik-lirik lagunya sungguh berhantu dan membuatkan bulu roma saya terus meremang. Saya kongsikan dengan kalian:

“We read the wind and the sky when the sun is high
We sail the length of the seas on the ocean breeze
At night, we name every star
We know where we are
We know who we are, who we are.”
“We keep our island in our mind
And when it’s time to find home
We know the way.”
“We are explorers reading every sign
We tell the stories of our elders in a never-ending chain.”

Apa yang anda dapat daripada lirik lagu di atas? Lagu ini menceritakan kepada kita siapa itu bangsa Austronesia/Melayu-Polinesia itu sebenarnya! Suka saya kaitkan lirik di atas dengan sejarah tentang bagaimana Lynda Shaffler ada memetik dalam buku beliau.

“Bangsa Melayu berlayar dengan bantuan bacaan angin dan bintang, melalui pembacaan akan bentuk dan warna awan, atau melalui pembacaan warna air laut, melalui gelombang dan juga alunan ombak lautan.

Orang Melayu dapat mengenal pasti lokasi sebuah pulau sejauh 30 batu jauhnya melalui pembacaan pada spesis burung, ikan dan batu karang yang ada di dalam lautan, sambil dibantu oleh alunan ombak.”

Babak ini dapat dilihat apabila Maui berlayar merentasi lautan luas bersama dengan Moana. Filem ini menggambarkan ilmu yang dimiliki oleh Maui dan lirik lagu We Know The Way seperti mana yang dicatatkan oleh Lynda Shaffler. Hayati bait-bait lirik seperti:

“We read the wind and the sky when the sun is high
We sail the length of the seas on the ocean breeze
At night, we name every star
We know where we are
We know who we are, who we are.”

Dengan jelas, digambarkan bagaimana Maui mengajarkan Moana bagaimana untuk membaca bintang dan angin, untuk membaca air laut dan menaikkan layar dan mengenal pasti bagaimana untuk mengetahui mereka sudah sampai ke bahagian perairan atau tidak. Info tambahan untuk lirik lagu itu, kalau anda turut mendengar dan memasang telinga lirik dalam Bahasa Hawaii, anda akan menjumpai perkataan2 dalam Bahasa Hawaii yang wujud dalam Bahasa Melayu menjadikan dua bahasa ini sebagai bahasa adik-beradik. Sebagai contoh, Pulau dan Benua.

Tentunya, babak paling berhantu di dalam filem ini ialah di babak akhir yang melibatkan bagaimana Moana berhadapan dengan makhluk yang menjadi batu penghalang antara Moana dan Maui untuk mencapai misi dan objektif mereka.

Ketika Moana sedang memujuk si raksasa yang sedang mengamuk itu, saya cukup tersentuh dengan bait-bait ayat yang berbunyi:

“Mereka rampas hati kau daripada diri kau. Tetapi pada penghujungnya, hanya kau yang mengenali siapa diri kau!”

Saya terus mengaitkan babak itu dengan percubaan penjajah untuk menjatuhkan prestij bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain dalam rumpun Austronesia/Melayu-Polinesia. Saya memandang hati itu sebagai simbolik akar, imej dan identiti rumpun Austronesia/Melayu-Polinesia itu sendiri.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Apabila penjajah menjajah mereka, mereka cuba membuatkan bangsa2ini menjauhkan diri mereka hakikat diri mereka. Sebagai contoh bangsa Melayu, betapa berusahanya penjajah ini cuba mengambarkan siapa diri kita dan mengubah sejarah kita.

Namun, pada penghujungnya hanya kita sahaja yang mengenali diri kita. Kita ialah bangsa pelaut yang menjelajah dan menjajah. Kita mengetahui prestij bangsa kita, dan semoga ia tidak ditelan zaman!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply