Alfonso De Albuquerque percaya nak tundukkan Mekah, Kaherah dan Madinah, Eropah perlu padamkan Kesultanan Melayu Melaka dalam sejarah. Maka itulah yang dibuatnya pada 1511, sehingga jatuhnya Empayar Melayu Melaka.

Jika ditanya pula kepada masyarakat serantau, Alfonso ini juga penjelajah yang menemui Kepulauan Maluku, kemudian membawa rempah rempah untuk dijual ke Eropah dengan harga tinggi.

Disebabkan perbuatan Alfonso, Belanda ketika itu yang cuba untuk meluaskan jajahannya, telah mengadakan ekspedisi ke Indonesia dan berakhir dengan penjajahan.

Susah nak cari buku yang bercerita pasal Melaka? Sekarang tak susah dah, sebab kami terbitkan 1511: KEJATUHAN EMPAYAR MELAKA yang mempermudah perjalanan korang untuk mendalami sejarah nenek moyang kita yang teruk kena pada tangan penjajah durjana. Link: https://bit.ly/MelakaShopee

Sungguh, kemunculan Alfonso di rantau Asia ini telah membuka ruang untuk kuasa kuasa besar ketika itu memulakan kempen perluasan jajahan mereka.

Sebenarnya, apa yang kita tidak tahu tentang Alfonso ini adalah dia merupakan seorang bangsawan Portugis yang diyakini oleh raja mereka untuk menlenyapkan cahaya Islam dia Asia dan Afrika.

Raja Manuel I melihat Alfonso adalah orang yang sesuai untuk mengakhiri peradaban emas Islam di timur bumi. Sungguh mereka memang tidak puas dengan kerajaan Islam yang ada atas kekalahan mereka dalam beberapa siri Perang Salib bersama Dinasti dan Empayar Islam.

Alfonso terkenal sebagai ‘The Great Conqueror’ dan dia sangat membenci Kaum Muslimin dan melakukan segala cara yang ada untuk memusnahkan negeri negeri Islam terutama di Asia, diantaranya India dan Kepulauan Melayu.

Setelah kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia pada tahun 1492 oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella, kesemua peradaban ilmu telah dikaut habis oleh mereka termasuklah ilmu navigasi, ilmu pembinaan kapal, astronomi dan geografi

Disebabkan itu juga para pelaut Eropah menjadi kaya raya dengan menjadi kerajaan atas keberhasilan menjajah Afrika, Amerika dan Asia.Termasuklah Alfonso, dia berangkat dengan kapal kapalnya dengan 3 tujuan misinya iaitu Gold (harta), Gospel (agama), Glory (penaklukan).

Dia juga berusaha untuk menghentikan dominasi Empayar Uthmaniyyah yang menguasai sepenuhnya Laut Mediteranean dan Lautan Pasifik. Orang Eropah ketika itu menganggap dunia sudah dikuasai oleh orang Muslim kecuali tempat mereka berada

Sepanjang perjalanan yang dilakukan Portugis dan Sepanyol mereka menemukan benua benua yang mereka jelajah banyak dihuni oleh penduduk asal yang beragama Islam.

Contohnya, Filipina ketika itu adalah negara Muslim dengan nama Fi Amanillah, Afrika Utara yang dikuasai oleh Kesultanan Islam Maghribi dan Nusantara iaitu Tanah Melayu dan Sumatera ketika itu sebagai rakan kongsi kepada Empayar Turki Uthmaniyyah.

Alfonso menjadi orang pertama yang membuka gerbang penjajahan ke benua Asia. Nekadnya untuk menguasai Laut Merah, Teluk Parsi dan Samudera Hindia kerana inilah laluan pedagang yang strategik.

Dia membangunkan koloni di sepanjang pesisir Afrika dengan niat untuk mengurangkan penguasaan Empayar Turki Uthmaniyyah supaya perdagangan dakwah Islam tidak sampai ke Samudera Hindia yang meliputi di utara dibatasi oleh selatan Asia; di barat oleh Jazirah Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Kepulauan Sunda Kecil, dan Australia; di selatan oleh Antartika.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Di antara cara cara untuk menjatuhkan negeri negeri Islam yang dilakukan Alfonso adalah dengan bekerjasama dengan pengkhianat untuk mengadu domba Umat Islam, kemudian membuat raja raja mereka untuk meminta bantuan dari Alfonso supaya melindungi kepentingan penguasa setempat.

Pada tahun 1507, Alfonso telah bekerjasama dengan Kerajaan Syiah Shafawiyah di Iran untuk melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyyah di timur. Alfonso ketika ini berhasil menguasai Teluk Parsi-Laut Merah dan mengancam untuk menyerang Makkah dan Madinah lalu mencuri jasad Rasulullah.

Begitulah dendam mereka terhadap kerajaan Islam yang didominasi oleh Turki Uthmaniyah yang telah kuat di bahagian Eropah Timur dan Laut Mediteranian

Dalam Kitab Tarikh Al Khalij (Sejarah Teluk Arab), Dr Muhammad Mahmud Khalil mengatakan, “alasan kukuh Portugis menjajah negeri teluk Arab adalah untuk memudahkan jalan menuju Mekah dan Madinah dari timur. Mereka ingin nama Muhammad hilang dari Jazirah Arab selama lamanya.”

Di setiap tempat yang dijajah oleh Portugis, pastinya memberi kesan yang besar kepada sistem masyarakat dari segi sosial, ekonomi dan politik. Tentera Portugis menguasai Goa, India setelah jatuhnya Kesultanan Bijapur pada 15 ogos 1510.

Tapi kenapa Alfonso begitu mahu menakluk Melaka? Bawah satu anekdot menarik untuk dikongsikan.

“Raja Portugal telah mengarahkanku untuk pergi ke Melaka, kerana inilah tempat terbaik memintas perdagangan di mana orang Muslim yang menjalankan aktiviti ini.

Jadi, ini berkaitan servis buat Tuhan kita yang membawa kita ke sini, dengan menakluk Melaka. kita akan tutup ia supaya orang Muslim tidak lagi berdagang rempah ratusnya di sini.

Dan aku yakin bahawa, jika kita rampas perdagangan Melaka dari mereka, Kaherah (Mesir) dan Mekah akan kalah sepenuhnya.” (The Commentaries of the Great Afonso de Albuquerque)

Begitulah kisah Alfonso de Albuquerque yang jelas sangat membenci Islam dan matlamatnya yang jelas telah meranapkan beberapa Kesultanan Islam dengan kerjasama pengkhianat dan musuh Islam yang tidak ingin melihat cahaya Islam ini bersinar terang di Asia.

Akhir kata, ada promosi pra tempah sedang berlansung! Anda akan menikmati penjimatan sebanyak RM 10. Beli cepat sebelum tamat!

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply