Jika ditanya kepada segelintir orang, apakah tahun paling teruk dalam hidup mereka pasti jawapannya adalah ketika cinta ditolak oleh crush dan dia berkahwin dengan kahwin baik sendiri. Segelintir orang pula beranggapan keadaan negara yang dikatakan sangat korup pada tahun sekian-sekian boleh dianggap sebagai tahun paling teruk sekali.

Tapi tahukah anda, bumi dan umat manusia juga pernah miliki tahun paling buruk dalam sejarah. Pada tahun 536, bumi dikatakan telah kehilangan sinaran matahari pada waktu siang angkara asap tebal yang menyelubungi. Kalau ada cahaya matahari pun amatlah malap dan bersinar untuk tempoh 4 jam sahaja.

Tambah teruk lagi, musim sejuk yang melanda bumi pada tahun itu sangat luar biasa kerana begitu panjang. Hujan pula tak kunjung tiba hingga menyebabkan pelbagai tanaman sukar nak bertahan. Kesemua hal ini telah menyebabkan berlakukan kebuluran besar-besaran sehingga berlaku banyak kematian kerana ketidakmampuan untuk mencari secebis makanan.

Musibah ini juga turut ditulis oleh tamadun dan bangsa di seluruh dunia. China misalnya menyatakan pada tahun 536, 80% penduduk di wilayah Xi’an telah mati. Baki penduduk yang tinggal dikatakan telah melapah mayat saudara mereka untuk terus hidup.

Bagi negara-negara lain pula data arkeologi menyatakan perubahan cuaca yang ekstrem memang pernah melanda dunia. Buktinya, spesimen daripada sebatang pokok menunjukkan kawasan tersebut pernah dilanda musim sejuk ekstrem pada tahun 536.

Di Eropah pula, bencana yang melanda dunia boleh dianggap sebagai permulaan kepada bala-bala besar yang lain. Antaranya adalah kejatuhan Tamadun Rom didakwa bermula ketika tahun 536 apabila dunia dilanda kebuluran dan penularan penyakit berjangkit. Cakap tentang penyakit berjangkit pula, wabak Justinian dicerita berasal daripada tahun 536 sebelum merebak pada 541 sehingga mengorbankan 100 juta jiwa.

Memang gila betul tahu tersebut dan katanya bencana ini berjalan selama lebih kurang 18 bulan. Cuba bayangkan bagaimana manusia dengan teknologi yang agak primitif nak bertahan? Kalau kita kena bencana seteruk itu pun pasti huru-hara bakal melanda. Persoalannya macam mana bencana itu boleh terjadi dan adakah kerana tangan kotor manusia yang suka merosakkan bumi?

Sebenarnya ada beberapa pendapat yang menyatakan sebab bencana tersebut berlaku. Ada yang menyatakan bahawa semua ini berasal daripada hentaman meteor asteroid ke laut bumi. Teori ini adalah berdasarkan kajian yang dibuat ke atas ais di Greenland. Tapi teori ini agak lemah kerana jika bumi dilanggar asteroid dan terjunam ke laut, pasti akan berlaku tsunami besar. Tapi kejadian tsunami tidak direkodkan berlaku pada tahun itu dan bagaimana pula bumi boleh bergelap.

Teori seterusnya mengatakan letusan mega gunung berapi yang telah menyebabkan satu dunia dilanda bencana. Hal ini agak tepat kerana debu daripada gunung berapi sememangnya boleh bikin bumi dalam keadaan bergelap ataupun samar-samar. Ada yang mendakwa letusan mega gunung berapi tersebut berasal daripada kawasan yang terletak di antara Jawa dan Sumatera.

Namun disanggah kerana sumber yang diperoleh sangat lemah dan akhirnya pengkaji dapat juga jawapan. Mereka mendapati ais sepanjang 72 meter di banjaran Alps ada merakamkan kejadian ini. Hasil daripada kajian di sana, letusan gunung berapi daripada Iceland telah membuatkan bumi dilanda bencana. Debu dan asap daripada situlah yang menyebabkan bumi terus bergelap dan samar-samar. Pasti letusan itu teramat dahsyat kerana bumi bergelap lebih daripada tempoh setahun.

Apa-apapun, kita berharap agak bencana seteruk itu tidak lagi melanda dunia lantas menjejaskan kehidupan sehari. Tapi jika sudah takdirnya begitu, harap kita boleh lalui dengan tenang dan sabar.


Ada banyak buku-buku menarik yang menanti anda di https://shopee.com.my/thepatriotsasia.

 

 

RUJUKAN:

Johnblack. (2022, Januari 11). Year of darkness: The climate cataclysm of 536 you’ve never heard of. Ancient Origins. Dipetik daripada https://www.ancient-origins.net/history-important-events/climate-cataclysm-001360


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply