Korang tahu tak bahawa antara kekuatan Tamadun Melayu ialah kapal-kapal mereka yang sangat mengagumkan tamadun dunia? Malahan ada, kapal-kapal dari kerajaan Alam Melayu dipanggil sebagai “keajaiban dunia?”

Tapi sebelum itu, kalau korang berminat dengan artikel berkaitan dengan Tamadun Melayu kita yang agung ni, kami nak cadangkan pembelian buku terbaru kami, KITAB TAMADUN MELAYU untuk isi jati diri kita dengan TAMADUN MELAYU. Beli di Shopee kami di: bit.ly/3zPRM5B

 

Kewujudan kapal-kapal Melayu dicatat se-awal tahun 100M di mana seorang pengkaji bintang Yunani bernama Claudius Ptolemaeus, dalam bukunya ‘Geography’, merekodkan kapal-kapal besar yang datang dari sebelah Timur India.

Ini disokong oleh cacatan dalam ‘Periplus Marae Erythraensis’. Kedua-dua catatan ini merujuk sejenis kapal gergasi yang dinamakan “kolandiaphonta”. Perkataan tersebut dikatakan sebagai transliterasi perkataan Cina ‘K’un-lun po’.

Pada abad ke-3, Wan Chen (萬震) dalam ‘Strange Things of the South’ (南州異物志) mencatat kapal besar yang boleh memuatkan 700 orang dengan muatan sehingga 1000 tan.

Beliau mencatat kapal ini datang dari K’un-lun, yang bermaksud negara Selatan atau kepulauan dibawah angin (“Southern country” or “Islands below the wind”). Kapal ini digelar K’un-lun po dan berukuran 50 meter panjang.

Pada tahun 260M, Kang Tai (康泰) mencatat kewujudan jong Melayu yang mempunyai 7 tiang layar dipanggil K’un-lun po (kapal negeri Selatan) yang direkodkan berlayar hingga ke Syria. Perkataan “po” dikatakan berasal dari perkataan Melayu “perahu”.

Niccolò da Conti dalam perjalanan ke Asia dari 1419 ke 1444 mencatat jong yang dijumpainya jauh lebih besar dari kapal Eropah dan mempunyai 5 tiang layar.

Berdasarkan pelayaran Ludovico di Varthema ke Melaka dan kepulauan rempah pada 1505, adalah dicatatkan bahawa nakhoda Melayu kapal besar dari Borneo yang ditumpangi Varthema belayar dengan berpandukan carta nautika yang mempunyai garisan rhumb dan dibaca dengan kompas magnet.

Nakhoda tersebut juga dikatakan mempamir kemahiran dalam belayar dengan menggunakan buruj bintang. Juga dikatakan carta nautika tersebut merujuk kepada kewujudan pulau paling selatan yang kini diketahui sebagai pantai utara Australia.

Empayar Majapahit (1293-1527) dikatakan menggunakan antara 400 hingga 500 jong yang bersaiz antara 70 hingga 100 meter.

Setiap jong dilengkapi meriam dan boleh memuatkan dari 600 hingga 800 bala tentera. Lihat lukisan jong Jawa bawah ini di Banten yang dilakar dalam Hodeporicon indiae Orientalis (1610) yang menggambarkan saiz kapal Belanda yang lebih kecil.

Kapal bersaiz besar juga ada dicatatkan wujud di zaman kegemilangan Kesultanan Melaka. Sultan Mahmud Syah (1488-1511) dicatat memiliki beberapa buah kapal dari jenis jong dan ghali. Ia dinamakan Sairul Amin, Miratus Safa, Sekepar, Batil Suasa, Rancung Mengkuang dan Mendam Berahi.

Kapal-kapal milik Kesultanan Melaka ini dikatakan bersaiz 70 hingga 100 meter panjang dan dilengkapi meriam.

Ianya telah direkodkan belayar ke Majapahit dan seterusnya telah menjelajah ke Bentan, Lingga, Palembang, Jayakarta, Aceh, Inderapura, Brunei, Siam, Sri Langka, India, Cina, Mesir, Jeddah dan juga ke Rum (Istanbul).

João de Barros (1496–1570) mencatat tentera pimpinan Alfonso de Albuquerque telah diserang jong dari Pasai semasa armada mereka berada di antara Lumut dan Belawan di mana Portugis mengambil masa 2 hari untuk mengalahkan jong tersebut.

Portugis kagum dengan jong tersebut dan keberkesanan sistem pertahanan yang dipamerkan dan bertindak melepaskan anak kapal jong tersebut dari tahanan.

Fernão Pires de Andrade (1513) mencatat pertempuran Portugis dengan tentera Pati Unus (Patih Yunus) di mana diceritakan bahawa jong-jong Patih Yunus dari Demak mempunyai antara 3 hingga 7 lapisan kulit kapal yang tidak dapat ditembusi peluru meriam.

Beliau juga mengatakan bahawa jong Patih Yunus begitu besar sehinggakan Anunciada (kapal perang Portugis) yang berada di sebelah jong Patih Yunus tidak lagi kelihatan seperti sebuah perahu.

Kagum melihat jong-jong ini, Alfonso de Albuquerque telah cuba membawa sebuah jong bersama-sama 60 orang tukang kapal Jawa dari pelabuhan Melaka ke Goa bersama-sama….

…konvoi pulang yang terdiri dari kapal Flor de la Mar, Trindade, dan Enxobregas. Malangnya akibat ribut, Flor de la Mar tenggelam pada Januari 1512. Jong yang dibawa bersama telah dilarikan ke Pasai oleh tukang-tukang kapal tersebut.’

Kapal raksasa Nusantara yang terakhir mungkin telah dibina oleh Kesultanan Aceh sekitar tahun 1620an. Kesemuanya 47 buah kapal ghali telah dibina di mana sebuah darinya telah direkodkan terlibat dalam ‘Battle of River Duyon’ atau Pertempuran Sungai Duyong pada tahun 1629.

Ghali tersebut dinamakan Cakra Donya. Ianya berukuran 100 meter panjang, 17 meter lebar dan boleh memuatkan 700 bala tentera. Ia mempunyai tiga tiang layar, 70 dayung dan dilengkapi lebih dari 100 laras meriam dalam pelbagai saiz.

Semasa pertempuran, armada Aceh terperangkap diserang hendap Portugis di muara Sungai Duyong. Ketika itu sebahagian dari tentera Aceh sedang mengepung kota Melaka.

Dicatat bahawa tentera Aceh membuat kesilapan dalam meletakkan keseluruhan 236 buah kapal mereka di muara Sungai Duyong iaitu lebih kurang 3 km dari pelabuhan Melaka, di mana mereka tidak menyangka armada Portugis dari Goa akan datang menyerang mereka disitu.

Akibatnya, 19,400 orang tentera Aceh telah terkorban. Kapal Cakra Donya bersama-sama rampasan perang lain telah dibawa ke pelabuhan Melaka. Kapal tersebut kemudian dibawa ke markas Portugis di Goa, India.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Portugis yang amat kagum dengan kapal tersebut telah menggelarnya sebagai “Espanto del Mundo” iaitu bererti ‘keajaiban dunia’. Sesetengah pengkaji menterjemahnya sebagai “Terror of the Universe” iaitu ‘keganasan alam semesta’.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply