Baru-baru Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) telah mendedahkan sebanyak 72% pelajar memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran selepas tamat sahaja Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Angka ini sangat memeranjatkan kerana selama bertahun-tahun, memasuki universiti dianggan sebagai penanda aras kejayaan seseorang.

Malah satu ketika dahulu, ada ibu bapa yang sanggup bergolok-bergadai bagi memastikan anak mereka dapat memasuki universiti. Orang kampung pula menyambut bagaikan pesta jika ada diantara anak muda mampu melanjutkan pelajaran ke tahap tertinggi. Tetapi hari ini semuanya sudah berubah kerana masuk universiti bukanlah pilihan terbaik.

Persoalannya sekarang kenapa anak muda tidak mahu sambung belajar? Mesti ada yang cakap pasal politik kan? Okay. Sebelum tu, jom kita belajar dulu pasal politik. Kami mengalu-alukan kalian beli buku POLITIK UNTUK PEMULA untuk faham terlebih dahulu beza antara demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Atau monarki dan autokrasi… serta banyak lagi yang menghantui fikrah masyarakat kita. Link pembelian: https://bit.ly/3vK4xw5

Nak sambung belajar pada hari ini bukannya murah kerana melibatkan kos yang agak tinggi. Kalau tak mampu terpaksalah pinjam PTPTN dan nasib baik kita ini sangat prihatin. Namun masalah mula timbul apabila sudah habis belajar apabila ramai diantara kita yang menghadapi kesulitan untuk membayar kembali pinjaman PTPTN.

Dengan susah dapat kerja dan ambil jurusan yang pelik-pelik semasa di universiti, memang tanam anggur sahaja di rumah. Jadi macam mana nak dapatkan duit? Dah lah akan beri kesan dekat rekod CCRIS dan nak loan apa-apa pun susah di masa hadapan. Maka anak muda memilih untuk tidak sambung belajar agak tidak dibebani hutang.

Benda boleh belajar dekat Youtube. Buat apa nak masuk universiti?

Seterusnya, kehadiran internet dan pelbagai platform media sosial hari ini memudahkan anak muda menuntut ilmu tanpa perlu masuk ke universiti. Cakap sahaja nak belajar apa, grafik, menulis, main gitar dan programming sekalipun, semua sudah boleh didapatkan di Youtube. Kalau rasa tak yakin nak belajar sendiri, cari saja orang-orang pakar yang sudi berkongsi ilmu.

Bukan setakat itu sahaja, sudah banyak syarikat yang menawarkan beberapa jurusan yang boleh dipelajari dengan kos begitu murah. Sebagai contoh Google dan Facebook telah tawarkan beberapa jurusan untuk meningkatkan kemahiran anda. Dengan masa belajar yang agak singkat dan murah, kemahiran anda dalam sesebuah perkara akan segera diiktiraf. Dengan pengiktirafan itu, anda boleh memohon lebih banyak pekerjaan.

Di samping itu, peningkatan dalam gig ekonomi juga membuatkan semangat anak muda untuk sambung belajar semakin luntur. Bayangkan sahajalah dengan menaiki motosikal untuk menghantar makanan sahaja, anda boleh perolehi pendapatan sehingga RM5000. Kalau baru graduasi dari universiti, nak dapat gaji RM2000 belum tentu ada syarikat sudi beri. Malah ada yang bagi gaji kecil dengan alasan tiada pengalaman dan terlalu muda.

Maka lebih baik jadi rider sahaja kerana waktu kerja fleksibel dan tiada sesiapa yang akan beri arahan pelik. Nak cuti lama pun senang, tak perlu nak mohon macam biasa yang kadangkala akan direject dengan alasan, “kau masih muda lagi, waktu sekarang inilah nak pulun kerja kumpul duit”. Dia ingat orang muda ini tak ada keluarga dan me time kot sampai kena kerja macam orang gila.

Kerja naik moto pun dapat RM7k. Kau yang hari-hari kena maki dengan bos tu cuma dapat RM1.5k je sebulan

Tambahan pula, tempoh masa untuk sambung belajar di universiti sangat lama. Kalau anda bermula daripada diploma, memang makan sampai 5 ke 6 tahun untuk ke peringkat ijazah. Kalau dari asasi, matrikulasi ataupun tingkatan 6 lega sikit sebab masa lebih singkat. Tapi daripada bazirkan masa bertahun-tahun sambung belajar, lebih baik terus kerja lepas SPM. 4 hingga 5 tahun selepas itu, boleh dapat gaji basic tinggi sedikit dan terus kahwin. Kan nampak simple hidup sedemikian rupa.

Berbekalkan segala halangan yang telah disebutkan di atas, memang perlu ke anak muda tak payah sambung belajar?

Jawapannya walau macam mana sekalipun anak muda perlu berusaha untuk sambung belajar di mana-mana institusi pengajian tinggi. Sambung belajar ataupun masuk ke universiti buka sekadar nak dapat pekerjaan dan gaji tinggi sahaja tetapi terdapat banyak manfaat lain. Apabila sambung belajar, mentaliti anda akan berubah dan boleh jadi lebih bijak.

Sebagai contoh, Khairulaming bangun branding bertahun-tahun secara percuma dan hari ini dia berjaya memperoleh RM14 juta dengan hanya jual sambal sahaja. Alah tapi ponder-ponder yang lain boleh je dapat berjuta-juta ringgit. Jawapannya adalah mereka guna bad marketing dan jual barang dekat agen. Lepas itu claim tak sampai satu jam, produk dah habis dan sales mencanak-canak hingga RM100 juta. Senang cerita walaupun anda tidak dapat kerja yang sama dengan apa dipelajari di universiti, paling tidak pun anda boleh gunakan critical thinking untuk buat benda lain.

Di tempat belajar ataupun universiti, anda boleh bina networking untuk lebih mudah dapatkan kerja. Di situ jugalah anda akan kenal dengan ramai orang daripada pelbagai latar belakang. Kalau tak sambung belajar, sampai ke sudah anda akan duduk dalam circle yang sama. Dah lah sejak zaman British lagi kita dipecah-pecahkan kepada beberapa golongan. Tak kan hari ini masih nak teruskan dengan B40 terus duduk dengan B40 dan T20 juga sama seperti itu. Semakin tidak berkembang masyarakat kita di masa hadapan.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Kesimpulannya, jangan pernah anggap sambung belajar adalah untuk dapatkan pekerjaan dengan gaji tinggi. Itu adalah pemikiran silam yang banyak meracun kita pada zaman kanak-kanak dahulu. Anggap dengan sambung belajar ini, akan buat pemikiran kita lebih kreatif dan kritis untuk bekerja. Jadi letak bawah batu sekalipun, kita masih mampu teruskan kehidupan.

 


 

Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Hello Campus. (2022, Jun 10). How generation z views higher education. Dipetik daripada https://hellocampus.com/post/how-generation-z-views-higher-education

Jenkins, R. (2018, Februari 21). This is why generation z will skip college. Inc. Dipetik daripada https://www.inc.com/ryan-jenkins/straight-to-work-6-reasons-generation-z-will-skip-college.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply