Taiwan kritikal kepada keselamatan China. China khuatir sekiranya Taiwan merdeka daripada pengaruhnya, Taiwan akan dipakai oleh musuhnya (US) untuk “chain” jalan laut China. Jadi China anggap lawatan Pelosi berniat beri sokongan moral kepada kemerdekaan Taiwan. Sebelum 1949, Tanah Besar China dan Taiwan berada di bawah pemerintahan kerajaan yang sama: Republik China (ROC). Dari 1947-1949 berlaku perang saudara antara kerajaan nasionalis ROC dan komunis. Komunis menang, dirikan Republik Rakyat China (PRC). Nasionalis undur ke Taiwan.

Sebelum tu, apa kata korang beli buku DUNIA TANPA TEMBOK III? Buku ini adalah keluaran ketiga dalam siri trilogi Dunia Tanpa Tembok yang bercerita tentang isu geopolitik dalam gaya santai supaya mudah difahami semua. Banyak benda sedang berlaku sekarang, hasil daripada isu geopolitik yang sudah lama mendidih. Dengan membaca buku-buku Dunia Tanpa Tembok, korang boleh faham terus pasal isu global tanpa segan silu mampu berbincang secara mendalam. Link pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Dunia-Tanpa-Tembok-3-i.238336777.7938238833

PRC anggap Taiwan ni “unfinished business” dan claim Taiwan perlu disatukan dengan China di bawah PRC. Pengalaman sejarah juga menunjukkan Taiwan yang dikuasai oleh kuasa asing akan melemahkan kerajaan di Tanah Besar China. Cuma, masa 1950an PRC belum ada tentera laut lagi, tak dapat nak takluk Taiwan. ROC juga buat pakatan ketenteraan dengan US untuk mencegah PRC.

Richard Nixon di Taiwan.

Tapi memasuki 1970an, US nak buat pakatan dengan PRC untik menentang Rusia. Maka US meninggalkan hubungan pakatan dengan ROC dan mendirikan hubungan diplomatik dengan PRC.

Richard Nixon bertemu dengan Mao Zedong.

Bila US buat macam tu, negara lain pun ikut. Maka status ROC jadi tergantung. Disebabkan kedua-dua PRC dan ROC pegang kepada prinsip “satu China”, negara hanya boleh pilih nak iktiraf ROC atau PRC. Of course orang nak pilih PRC sebab lebih besar. Dan itu menyebabkan Taiwan di bawah ROC dipulaukan dalam komuniti antarabangsa. Nak masuk UN tak boleh, nak masuk WHO tak boleh. Sebab seat China di pertubuhan-pertubuhan ini dah diduduki oleh China.

Maka muncul gerakan “memerdekan Taiwan”. Gerakan ini anggap tidak relevan lagi nak anggap Taiwan sebagai bahagian China sebab ROC dah tak mampu nak tawan balik China. Taiwan di bawah ROC pun ada sistem politik-ekonomi tersendiri yang liberal, tidak lagi sesuai untuk disatukan dengan China bawah PRC (komunis).

Parti Progresif Demokratik (DPP) yang mendukung kemerdekaan Taiwan telah memenangi pilihanraya 2000 dan kemudian 2016, dan itu menyebabkan hubungan China dan Taiwan semakin tegang. Nasionalis (Kuomintang) masih pegang kepada prinsip satu China dan bantah kemerdekaan Taiwan. Kerajaan DPP (termasuk kerajaan Tsai sekarang) juga cuba dapatkan sokongan US.

Walaupun US dah tak ada hubungan diplomatik dan pakatan Taiwan, tapi dia masih ada hubungan tidak rasmi dengan ROC di Taiwan. Kalau wakil US biasa-biasa, China masih boleh terima dan setakat bising-bising. Tapi kalau Pelosi selaku ahli politik no. 3 US lawat Taiwan, China anggap tu dah keterlaluan dan cabar maruahnya.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Plus China sekarang ada banyak masalah dalaman, tak boleh dilihat lemah lagi. So agak risky sebenarnya US jolok sarang tebuan time macam ni. Kalau Taiwan jadi Ukraine ke-2, kesan dia tak sama ek dengan Ukraine. Ukraine tu paling2 impact komoditi, harga makanan naik. Taiwan tu hub IT, lumpuh ekonomi dunia terus.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply