Dah layan The 100 musim ke-5 episod terkini? Dalam tu ada cerita tentang apa yang kumpulan fanatik mampu lakukan demi ketua pujaan mereka. Biasanya ia melibatkan kultus. Itu yang berlaku pada Octavia Blake yang menjadi ketua untuk 1200 orang manusia yang berlindung di dalam bunker daripada letupan nuklear kedua dalam sejarah manusia.

Octavia Blake, ia adalah contoh perkembangan watak terbaik dalam mana-mana naskah karya di televisyen. Pada awal musim pertama, kau akan dihidangkan dengan watak gadis lurus yang menjadi mangsa kepada dasar overpopulation kerajaan, yang kemudian akan menjadi “spoiled brat” kerana dimanjakan. Namun, gadis lurus ini, selepas menjalani pelbagai peristiwa yang melanda hidupnya, ia membentuk karakter yang berkembang daripada sisi lurus ke jurang kegelapan. Akhirnya pada musim ke-5, selepas segala-galanya, Octavia menjadi seorang pemimpin untuk bangsanya yang merupakan gabungan para puak yang cuba survive pada dunia pasca-perang nuklear.

Tapi nanti dulu, gadis ini bukan lagi gadis lurus lagi. Tetapi dia adalah seorang pemerintah diktator yang tidak keterlaluan kalau aku letakkan sebagai, fasis. Lagipun untuk menjaga keamanan dalam bunker itu, Octavia berpendapat kejam, tegas, dan menggunakan apa sahaja cara demi menyelamatkan bangsanya Wonkru.

Hatta mewujudkan sebuah arena ala-ala gladiator untuk membasmi populasi di dalam bunker, yang juga berfungsi mewujudkan ketakutan orang padanya. Sesiapa yang melawan dasar menyatukan seluruh bangsa Wonkru, membawa bangsa ini ke faedah tertinggi dan tentunya melawan pemerintahannya, akan berhasil dengan… KEMATIAN.

“You are Wonkru or you are the enemy. Choose…” Kata Octavia untuk para penentangnya.

Dan itu nanti akan dipegang oleh para pengganut kultusnya. Sesiapa yang tidak bersama mengidolakan ketua mereka, dianggap sebagai musuh abadi. Sahabat handai, ahli keluarga, dan sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan pandangan kultus adalah musuh.

Anehnya, seperti kebanyakan kerajaan fasis diluar sana, Octavia juga akhirnya mewujudkan sebuah kultus menyelubungi tubuhnya. Hitler pernah dipuja seperti dewa. Ramses II menganggap dirinya sebagai TUHAN. Dinasti Kim di Korea Utara masih lagi disembah oleh rakyat Korut.

Orang yang menganggotai sebuah kultus sanggup mati untuk ketua mereka. Dalam cerita The 100, betapa setiap pegawal peribadi dan tentera yang berkhidmat untuk Octavia sanggup menjadikan diri mereka perisai hidup kepada Octavia (dengan mengelilingi dan mengitari Octavia yang sedang cedera) sambil ribut kaca yang maha dasyat sedang mengitari mereka yang akhirnya berakhir dengan kecederaan dan kematian. Mungkin sebab itu betapa dikatakan bahawa fanatikal ini akan membentuk tentera terbaik yang sanggup mati demi tokoh atau idealogi yang mereka taksubkan.

Para ahli kultus biasanya akan pekakkan telinga mereka pada kritikan yang dilontarkan ke atas ketua mereka. Mereka tidak nampak pada setiap kelemahan ketua mereka. Kata-kata ketua mereka adalah wahyu walau betapa sejarah membuktikan betapa kontradiknya antara satu sama lain. Kalau perlu untuk menebas lidah-lidah yang menghamburkan kutukan, cacian dan makian ke atas idola mereka, mereka akan jadi orang pertama yang melakukannya.

Kebiasaan yang dapat dilihat pada pemimpin yang mewujudkan kultus disekitarnya tentunya memerintah dengan kuku besi dan ketakutan. Lantas dari ketakutan itu, mereka mampu mengawal rakyat mereka. Dari ketakutan itu juga, kerja-kerja propaganda dapat diteruskan dan digerakkan.

Lantas dari itu, sekiranya pemimpin kejam mereka ini dapat membawa mereka keluar dari apa-apa bala bencana, tragedi dan seumpama dengannya, perasaan itu akan bertukar menjadi kekaguman lantas, perlahan-lahan menerbitkan taksub dan fanatikal melampau.

Atau seperti yang dipropagandakan di Korut, betapa pemimpin mereka berjaya anak-anak Korut keluar dari belenggu penjajah USA, berhadapan dengan musuh-musuh yang tidak boleh melihat bangsa Korut menjadi maju atau masih teguh berdepan dengan pengkhianat bangsa seperti Korsel.

Pemimpin negara yang berjaya mencipta sebuah kultus menyelubunginya biasanya akan terkenal juga sebagai membina monument-monument hebat. Kerana monumen-monument ini bersifat seperti berhala untuk para rakyat mengaguminya. Contohnya, Ramses II, firaun yang mendakwa dirinya TUHAN terkenal dengan pembinaan-pembinaan pelbagai projek mega diseluruh Mesir Purba.

Dari pembinaan monument ini, ia menerbitkan rasa kagum pada rakyat padanya, dan kagum ini kalau tidak dikawal dengan keserderhanaan, akhirnya berakhir dengan pemujaan yang jika tidak dikawal, sehingga mencapai tahap menganggap pemimpin seperti TUHAN!

Sekarang, aku tak sabar-sabar nak tengok sejauh mana fanatikal kultus Octavia ini mampu membawa mereka sisa-sisa umat manusia yang tinggal menghadapi dunia post-apocalypse fasa baru selepas api Praimfaya menyambar seluruh bumi. #Duniabaharu untuk umat manusia…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.