1. Buku ini diperoleh semasa kunjungan ke Buckingham Palace, London, pada bulan lepas. Buku ini menceritakan secara penuh latar belakang Raja-raja yang pernah memerintah England sejak dari zaman dahulu hinggalah monarki yang memerintah UK pada hari ini, lengkap berserta gambar dan ‘family tree’.

3. Menariknya, buku ini turut menceritakan kedatangan pendatang dari Jerman seperti suku Angles, Saxons dan Jutes yang menyerang selatan England dan kemudian mendirikan Kerajaan-kerajaan (Kingdoms) mereka sendiri, selain Kerajaan yang diperintah oleh Raja pribumi (natives) Briton. Raja pertama ‘King of the English’ iaitu King Egbert, sebenarnya adalah berdarah Saxon.

3. Sepanjang sejarahnya, Raja-raja yang memerintah England/UK juga terdiri daripada Raja-raja yang berasal dari luar Britain. Sebagai contoh, King Sweyn Forkbeard merupakan anak Harold Bluetooth, Raja Denmark. Sementara King George I berasal dari Hanover, Jerman, dan langsung tidak belajar untuk bercakap bahasa Inggeris. Monarki Windsor pada hari ini pula asalnya adalah Saxe-Coburg & Gotha dari Jerman.

4. Raja/Ratu England juga banyak berkahwin campur dengan pasangan yang bukan British. Sebagai contoh, King Edward I berkahwin dengan Queen Marguerite, anak King Philippe III, Raja Perancis. King James I pula berkahwin dengan Queen Anne, anak King Frederik II, Raja Denmark & Norway. Sementara suami kepada Queen Elizabeth II yang memerintah UK pada hari ini (ayah Prince Charles dan datuk Prince William) iaitu Prince Philip merupakan cucu kepada King George I, Raja Greece.

5. Namun begitu, masyarakat Britain amat-amat matang dalam menilai sejarah mereka. Biarpun kota London telah menjadi kota multi-etnik, tetapi tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikan jati diri masyarakat Inggeris dan monarki mereka biarpun dari segi sejarah, masyarakat Inggeris pada hari ini secara amnya merupakan hasil percampuran antara pribumi Briton dengan pendatang Anglo-Saxons dari Jerman.

6. Bandingkan dengan sejarah negara kita. Amat pelik apabila sesetengah masyarakat di negara kita mentohmahkan sesetengah masyarakat Melayu semenanjung yang mempunyai percampuran darah dengan etnik-etnik Nusantara lain seperti Jawa, Bugis, Banjar, dan sebagainya sebagai pendatang dari luar. Sedangkan hakikatnya semua etnik-etnik ini adalah serumpun dengan penduduk di semenanjung Tanah Melayu. Garis sempadan politik moden yang memisahkan Malaysia dan Indonesia pada hari ini pula hanya mulai wujud selepas Perang Dunia Kedua.

7. Begitu juga dengan tindakan sesetengah pihak yang terlalu membesarkan kisah perkahwinan Raja-raja Melayu dengan puteri China, seperti di Melaka dan Brunei. Sedangkan adalah perkara biasa apabila ada Raja-raja Melayu yang memperisterikan bangsa asing seperti Turki, Siam dan Caucasian selain China. Anak-anak Raja Melayu ini tetap membesar sebagai seorang Melayu.

8. Begitu juga dengan tindakan sesetengah pihak yang menjadikan hal beberapa Kesultanan Melayu berdarah Bugis sebagai satu isu. Sedangkan perkara ini langsung bukan isu kerana Bugis juga sebahagian dari Nusantara dan serumpun dengan Melayu.

9. Sekiranya golongan rasis yang seringkali mempertikaikan jati diri Melayu dan monarki negara kita ini datang ke Britain, agak-agak mereka berani tak membuat perkara yang sama terhadap sejarah masyarakat Inggeris dan monarki British di sana?

Artikel ditulis oleh Ibnu Rusydi untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.