Ya, anda tidak salah baca. Memang saintis pada abad kini sarankan kerajaan untuk tubuhkan fasiliti yang bernama ‘bank najis’, iaitu fasiliti yang berfungsi untuk kumpulkan bahan buangan yang terhasil dari pencernaan dalam badan kita. Apa yang saintis maksudkan ialah kita perlu wujudkan ‘bank najis’ untuk memastikan saintis mempunyai tempat untuk menganalisis bahan buangan dihasilkan manusia.

Gilakah para saintis ini? Apakah najis begitu penting sehingga saintis sanggup mengkajinya?

Peminat-peminat alam dan kehidupan luar sana boleh dapatkan buku Biologia melalui shopee kami:
https://shopee.com.my/The-Patriots-Biologia-Pengajian-Tentang-Makhluk-Kehidupan-i.238336777.15557534470?sp_atk=73df0297-a93e-4593-8b79-1bcb6cd367d8&xptdk=73df0297-a93e-4593-8b79-1bcb6cd367d8

Sebenarnya, dalam beberapa tahun lalu analisis makmal terhadap najis menjadi kepentingan buat saintis bagi merawat pelbagai jenis penyakit yang merebak pada abad kini seperti COVID-19 sehinggalah mengkaji proses anti-penuaan terhadap haiwan.

Terdapat teknik bernama ‘fecal microbiota transplant’ atau FMT iaitu memindahkan bakteria dan mikroorganisma dari najis individu yang sihat kepada individu yang sakit. Teknik ini biasa digunakan untuk merawat penyakit berkaitan dengan sistem pencernaan seperti jangkitan bakteria Clostridioides difficile (CDI) dan keradangan usus atau Inflammatory Bowel Disease (IBD).

Namun, saintis percaya bahawa FMT boleh merawat penyakit selain CDI dan IBD. Contohnya ‘autologous fecal microbiota transplant’ atau ‘autologous FMT’. Teknik ini adalah teknik yang saintis usahakan dengan menghantar bakteria dari najis si penderma kepada si penerima yang merupakan individu yang sama, bagi mengatasi masalah ketidakserasian si penerima mendapat bakteria najis si penderma selepas FMT.

Kaedah Fecal Microbiota Transplant (FMT), teknik yang mampu merawat penyakit pencernaan dengan menggunakan najis. (Sumber: Cureus)

 

Autologous FMT juga ada kelebihannya sendiri. Menurut ahli epidemiologi (mengkaji penyakit) dari Harvard University bernama Scott T. Weiss, autologous FMT mampu merawat masalah asma, diabetes, obesiti, penyakit jantung, dan juga penuaan.

Untuk menjayakan teknik ini, saintis perlukan banyak sampel najis dari individu yang sihat dan muda, kemudian menyimpannya untuk kegunaan kepada pesakit akan datang, di mana mereka perlukan bakteria najis individu yang sihat untuk merawat penyakit sistem pencernaan. Dalam erti kata lain, saintis memerlukan ‘bank najis’ yang berfungsi untuk kita menyimpan najis kita, kemudian kita perlukan najis sendiri untuk ubati diri sendiri!

Walaupun cadangan ini agak radikal dan tidak munasabah, namun saintis begitu serius untuk menubuhkan ‘bank najis’ ini. Sebenarnya, pada tahun 2012 ‘bank najis’ telah dibina di negeri Massachusetts, AS. Nama ‘bank najis’ ini ialah OpenBiome. Sebuah fasiliti najis non-profit. Sejak pembinaan fasiliti ini, banyak ‘bank najis’ dibina di seluruh dunia, namun ia dibina hanya untuk perlaksanaan teknik FMT, bukannya autologous FMT.

OpenBiome, fasiliti non-profit yang menyimpan najis di AS. (Sumber: WGBH)

Bagi ahli biologi dari Harvard University bernama Yang-Yu Liu, ‘bank najis’ di seluruh dunia termasuklah OpenBiome harus mempunyai fungsi terbaru iaitu melaksanakan teknik autologous FMT agar visi pencegahan penyakit menggunakan bakteria najis dapat diluaskan lagi. Selain itu, saintis perlu mencari jalan bagaimana najis individu yang disimpan dalam ‘bank najis’ bertahan lama untuk memastikan si pemilik najis mendapatkan teknik autologous FMT menggunakan bakteria najis miliknya pada masa akan datang.

Walaupun cadangan para saintis ini ada kebaikannya dalam jangka masa yang panjang, namun masyarakat dunia harus memahami kebaikan najis sendiri dan perlu jauhkan pemikiran bahawa najis ini hanya semata-mata bahan buangan dari perut. Usaha ini tidak mudah terutamanya kepada warga Malaysia sendiri yang mempunyai larangan kerana undang-undang agama yang diamalkan, terutamanya masyarakat muslim.

Selain memahamkan kebaikan najis, golongan yang mahir dalam bidang agama harus memutuskan apakah hukum menggunakan najis untuk tujuan perubatan. Najis telah sedia maklum adalah perkara yang tidak suci dan tidak perlu terlibat dalam kehidupan beragama seseorang individu. Jika suatu hari nanti najis menjadi penyelamat dalam mencegah sebarang penyakit berbahaya, persepakatan sesama golongan mahir ilmu agama haruslah terlaksana demi kesihatan masyarakat beragama.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Dockrill, Peter. 30 June 2022. Experts Say We Should All Be Storing Our Poo in a Bank, And Here’s Why. Science Alert.

Wei Ting Soo, Robert V Bryant, Samuel P Costello. 1 April 2020. Faecal Microbiota Transplantation: Indications, Evidence and Sqafety. NPS MedicineWise.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply