Cerita pasal lanun ini mesti kita biasa dengan wayang bersiri iaitu ‘Pirates of The Caribbean’, wayang yang berkonsepkan fasa keemasan lanun yang menceritakan tentang kisah seorang lanun protegonis bernama Captain Jack Sparrow yang dilakonkan oleh Johnny Deep. Jika terdengar tentang Jack Sparrow mesti kita familiar dengan gelagat Jack yang melucukan semasa dikejar oleh musuhnya.

Poster filem keempat ‘Pirates of The Caribbean’. (Sumber: Peakpx)

Sebenarnya, latar belakang wayang ‘Pirates of The Caribbean’ mengikut catatan sejarah lanun itu sendiri walaupun penceritaan dan sebahagian watak-wataknya fiksyen semata-mata. Sekitar tahun 1650-an sehingga 1730-an iaitu selepas fasa penjelajahan para pelayar Eropah ke pelosok dunia, para lanun mencapai zaman keemasan mereka di mana mereka menguasai perairan kepulauan Caribbean, United Kingdom, Lautan Hindi, Amerika Utara, dan Afrika Barat. Ramai para lanun ini berasal dari Eropah sendiri dan juga warga Amerika, terutamanya kepulauan Caribbean yang pernah menjadi ‘hotspot’ kepada aktiviti pelanunan.

Antara ketua lanun yang pernah menguasai lautan ialah William Kidd yang terkenal dengan harta karunnya yang masih tidak ditemui sehingga sekarang, Bartholomew ‘Black Bart’ Roberts yang pernah merampas 400 buah kapal, dan Edward ‘Blackbeard’ Teach yang sangat terkenal sehingga menjadi buruan utama armada tentera laut British walaupun hanya 2 tahun mengganas di lautan.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Namun, apa yang menarik dalam sejarah fasa keemasan lanun ialah kisah tentang seorang budak lelaki yang bernama John King, menjadi lanun dengan hanya berusia 11 tahun! Bagaimana budak berusia begitu muda ini boleh menjadi seorang lanun yang sentiasa menjadi buruan armada? Adakah dia diugut di mana jika seseorang tidak mahu menjadi lanun, dia akan dihukum?

Kisahnya bermula pada 9 November 1716, di mana John bersama ibunya menjadi penumpang dalam kapal penumpang bernama Bonetta. Pada masa itu, mereka berdua pergi ke Pulau Jamaica dari Pulau Antigua dalam kepulauan Caribbean. Semasa pelayaran, tiba kumpulan lanun merampas kapal Bonetta. Mereka diketuai oleh ketua lanun terkenal bernama Samuel ‘Black Sam’ Bellamy. Bellamy dikatakan adalah lanun yang paling kaya antara lanun-lanun lain.

Wajah Samuel Bellamy, ketua lanun terkaya pada abad ke-18 Masihi. (Sumber: All That’s Interesting)

Semasa kumpulan Bellamy merampas kapal tersebut, John King terpesona dengan mereka terutamanya betapa karismanya Bellamy mengarah para lanunnya, sehingga John bercita-cita mahu menjadi lanun. Demi mencapai cita-citanya, dia meminta Bellamy lepaskan ibunya dan meminta dirinya sebagai salah satu kru lanun bawahannya.

Kapten kapal Bonetta bernama Abijah Savage mengesahkan minat John menjadi kru lanun Bellamy. Jika Bellamy tidak mengambil John, dia mengugut untuk membunuh dirinya atau ibunya. Bellamy melihat betapa tekunnya John berusaha dan juga melihat potensi John akan datang. Maka, dia mengambil keputusan untuk mengambil John sebagai kru lanun baru dan paling muda.

Walaupun John berjaya menjadi lanun, namun tempohnya bersama kumpulan Bellamy hanya 6 bulan saja. Namun begitu, John banyak saksikan aktiviti rampasan kapal oleh kumpulan Bellamy ini. Pada bulan Februari 1717, Bellamy berjaya merampas kapal British pembawa hamba bernama Whydah yang penuh dengan harta berupa 5 tan emas, perak, barang kemas, dan barangan yang bernilai.

John ikut sekali belayar dengan Bellamy, gunakan kapal Whydah ini. Malang tidak berbau, kapal tersebut menjadi saksi kehilangan nyawa John, di mana pada 26 April 1717, berlakunya ribut sehingga tenggelamkan kapal Whydah di pantai Cape Cod, Massachusetts, AS.

Sehinggalah pada tahun 2006, para saintis dari Smithsonian Institution dan Center for Historical Archaeology telah mengkaji tulang yang ditemui dalam kapal Wyhdah yang karam. Tulang fibula yang panjangnya 27 sentimeter (cm) itu ditemui dalam sarung kaki sutera bersama kasut kanak-kanak. Di sinilah mereka temui bahawa tulang ini sememangnya milik John King, lanun paling muda dalah sejarah!

Tulang, sarung kaki sutera, dan kasut kanak-kanak inilah milik John King. (Sumber: Ancient Origins)

Walaupun kisah John King begitu pendek, namun kisah inilah menjadi sebahagian dari sejarah dunia di mana lahirnya lanun paling muda dalam fasa keemasan lanun!

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

McDermott, Alicia. 28 June 2022. Child Pirate of the Caribbean: John King Was Just 11 When he Joined Infamous Pirate Crew. Ancient Origins.

Klimczak, Natalia. 11 January 2016. Samuel Bellamy and the Treasure of Whydah. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply