Normal jika kita makan benda pedas atau makan terlalu laju, kita akan tersedu. Kebiasaannya, ia akan berlaku selama beberapa saat atau minit sebelum ia berakhir. Tetapi bagi seorang lelaki bernama Charles Osborne, dia perlu mengharunginya selama 68 tahun sehingga ia direkodkan dalam Buku Rekod Dunia Guinness!

Lahir pada 1893, lelaki ini mula mengalami sedu semasa sedang menimbang seekor babi. Kejadian tersebut berlaku di sebuah ladang berhampiran Union, Nebraska pada 13 Jun 1922. Semasa sibuk menggantung babi seberat 350 paun itu sebagai persediaan untuk dilapah, tiba-tiba Osborne terjatuh ke lantai.

Pada mulanya, dia rasa tidak apa-apa. Tetapi selepas menjalani pemeriksaan dengan seorang pakar perubatan bernama Dr Terence Anthoney, Osborne diberitahu salur darah di otaknya yang bersaiz pin pecah – lebih tepat satu bahagian kecil yang terletak pada bahagian pangkal otak. Dr Anthoney percaya disebabkan kecederaan pada bahagian tersebut, ia menjadi pencetus sedu yang dialaminya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang asal-usul manusia, ayuh beli buku GENESIS II yang sudah tiba di Shopee – https://shopee.com.my/Genesis-II-Sapien-Neo-Manusia-(Zamir-Mohyedin)-i.238336777.21215814073

Untuk beberapa dekad pertama, Osborne mengalami sedu sebanyak 40 kali sehari. Tetapi selepas dia beradaptasi dengan keadaannya itu, dia hanya mengalami sedu sebanyak 20 kali sehari. Walaupun kadar sedu yang dialaminya itu berkurangan sehingga setahun sebelum kematiannya, ia masih lagi membuatkan Osborne merasa tidak selesa. Secara keseluruhan, dia mengalami sedu sebanyak 430 juta kali sehingga 1991. Ya, anda tidak rabun. 430 JUTA KALI!

Bukan tidak ada ikhtiar yang diusahakan oleh peladang itu. Tetapi semua cara yang dicadangkan oleh pakar-pakar perubatan tidak berhasil dari minum air hinggalah bernafas dengan perlahan. Satu-satunya cara yang diketahui Osborne sebagai berkesan ialah dengan meletakkannya dalam kebuk yang diisi gas oksiden dan karbon monoksida. Tetapi kaedah ini memerlukannya bernafas dengan gas beracun – satu perkara yang boleh saja membunuhnya.

Atas sebab itu, satu-satunya alternatif Osborne ialah mempelajari satu teknik pernafasan khas bagi mengurangkan bunyi ‘hic’ (bunyi sedu). Caranya ialah meregangkan dadanya sebanyak tiga atau empat kali setiap minit dan bernafas bagi setiap selangan sedu. Kaedah sebegini memang menyeksakan tetapi sekurang-kurangnya Osborne tidak lagi mendengar bunyi sedu setiap kali dia tersedu.

Kes Osborne menarik perhatian ramai pakar perubatan dengan setiap pakar mempunyai teori tersendiri mengapa sedunya tidak hilang-hilang. Ada mendakwa ia berlaku disebabkan kecederaan rusuk yang dialaminya selepas terjatuh akibat kemalangan mengangkat babi pada 1922. Ada pula mendakwa ia dicetuskan oleh penyakit strok lebih-lebih lagi jika dipadankan dengan simptom seperti sakit dada dan pening kepala.

Yang pasti, sedu berpanjangan seperti yang dialami Osborne boleh mengakibatkan si penghidap merasa letih dan berdepan kehilangan berat badan. Perkara ini disedari Osborne kerana sedu mengakibatkan dia sukar menelan makanan. Justeru, bagi mengatasi masalah itu, makanannya terpaksa dikisar bagi membolehkan dia menikmati setiap hidangan yang disediakan. Tambah menyukarkan pakar-pakar perubatan ialah punca sedu berpanjangan  berbeza mengikut kes-kes yang berbeza.

Jair Bolsonaro merupakan antara orang terkenal yang pernah mengalami sedu berpanjangan. Sumber: Palácio do Planalto/CC BY 2.0

Antara contoh punca yang mencetuskan sedu berpanjangan ialah kanser, diabetis, kerosakan saraf atau pemberian ubat tertentu. Salah satu kes sedu berpanjangan yang diketahui baru-baru ini membabitkan Presiden Brazil Jair Bolsonaro. Bolsonaro didakwa mengalami sedu berpanjangan selama 10 hari pada tahun lepas sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Beliau percaya punca sedu yang dialaminya ialah ubat-ubat tertentu yang diambil bagi membantu pemulihannya selepas menjalani proses pembedahan gigi.

Di sebalik perkembangan terbaru dalam dunia perubatan, masih tiada lagi ubat yang sesuai untuk penghidap sedu berpanjangan. Dalam sesetengah kes, ada doktor yang menggunakan sedatif sebagai cara menghentikan sedu tetapi itu membuatkan si penghidapnya merasa mengantuk. Pada akhirnya, setiap doktor mempunyai cara tersendiri dalam merawat sedu di mana ia turut dipengaruhi pengalaman peribadi mereka.

Artikel akhbar 1978 yang menceritakan penderitaan Osborne. Sumber: The La Crosse Tribune via Newspapers.com

Kisah sedu berpanjangan yang dialami Osborne bukan sekali menarik perhatian media arus perdana. Kisahnya pernah disiarkan di rancangan radio Robert Ripley’s Believe It or Not dan program televisyen The Tonight Show Starring Johnny Carson. Ini mendorong orang ramai menulis surat bagi menyatakan rasa simpati terhadap Osborne dan menawarkan pelbagai tips untuk menghilangkan sedu yang dialaminya. Walaupun menghargai sentimen mereka, sedu yang dialaminya masih menggila.

Tetapi akhirnya, pada tahun 1990, sedu yang dialami Osborne hilang secara misteri. Tidak diketahui apa puncanya tetapi ia sekurang-kurangya memberi kedamaian yang dicarinya untuk sekian lama. Di sebalik penderitaan sedu selama 68 tahun, Osborne menjalani kehidupan yang baik dengan dia pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan lapan orang cahaya mata. Pada Mei 1991, dia kembali menemui Penciptanya selepas dihantui sedu selama berpuluh-puluh tahun.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Felton, J. (2021, 15 Julai). The Man Who Had Constant Hiccups For 68 Years Straight. IFLScience.

B. Gormly, K. (2022, 13 Jun). The Curious Case of Charles Osborne, Who Hiccupped for 68 Years Straight. Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply