Seperti yang telah kita maklum, planet Marikh atau Mars ialah planet keempat dalam Sistem Suria selepas planet Bumi, iaitu satu-satunya planet yang menampung kehidupan. Planet merah ini telah lama menjadi sasaran oleh syarikat teknologi angkasa seperti SpaceX untuk membina koloni pertama dalam beberapa tahun akan datang.

Sebelum nerealisasikan impian ini, banyak mesin meneroka (‘Rover’) sudah beroperasi di permukaan planet Marikh bagi mengkaji keadaan tanah, cuaca, dan menemui sebarang hidupan asing.

Salah satunya ialah Rover bernama Perseverance milik NASA yang baru saja mendarat di planet merah itu pada tahun lepas. Tugasnya ialah mencari landskap berbatu dan berdebu di kawasan kawah bernama Jezero Crater bagi mencari sebarang kehidupan. Namun, apa yang Rover itu temui ialah sampah. Ya, sampah yang biasanya kita membuang merata tempat. Kenapa boleh wujudnya sampah di planet yang bakal menjadi Bumi 2.0 akan datang?

Pada hari Selasa lepas iaitu pada 14 Jun 2022, kumpulan penyelidikan Preseverance telah menge-tweet tentang penemuan oleh rover mereka. Benda yang mereka temui itu ialah selimut haba yang terbiar di lantai Marikh. Selimut itu berfungsi untuk menutupi Rover bagi menghalang sebarang suhu ekstrem setelah berjaya mendarat di permukaan Marikh. Kumpulan penyelidikan begitu terkejut terhadap penemuan tersebut yang telah dikesan sejauh 2 kilometer dari Rover Perseverance.

Inilah foto yang ditangkap oleh rover Perseverance. ‘Sampah’ itu sebenarnya selimut Hana. (Sumber: Science Alert)

Apakah selimut haba itu telah lama dibiar di situ sebelum ketibaan Perseverance? Atau ia ditiup oleh angin dahulu dari tempat asalnya? Mereka masih tidak menemui jawapannya. Tetapi, kehadiran sampah angkasa ini bukanlah kali pertama para saintis berhadapan. Pada 19 April 2022, helikopter angkasa milik NASA bernama Ingenuity telah menangkap foto dari udara dan menemui tinggalan berupa payung terjun dan sisa kapsul yang bersepah akibat pendaratan Rover Perseverance.

Bagi agensi-agensi penerokaan angkasa, kehadiran sampah angkasa ini amat membimbangkan. Serpihan sampah tinggalan misi angkasa yang lepas seperti but, serpihan kapal angkasa, dan cebisan-cebisan satelit mampu mencemarkan permukaan asal sesebuah planet. Orbit Bumi pula dipenuhi dengan sampah-sarap angkasa sehingga terlalu bahawa jika melaksanakan program eksplorasi angkasa di luar Bumi.

Ini foto yang diambil oleh helikopter Ingenuity pada April lepas. Terdapat serpihan kon iaitu kapsul bahagian bawah dan payung terjun untuk rover. (Sumber: Science Alert)

Sampah angkasa di luar Bumi sebenarnya lebih banyak dari sampah yang ditinggalkan di Bulan dan planet Marikh dengan jumlah berjuta-juta keping serpihan. Sampah-sarap angkasa yang terdiri dari satelit yang lama tidak berfungsi, tiub penggalak roket yang tertanggal, cebisan payung terjun angkasa, dan cebisan-cebisan satelit lama mampu merosakkan kapal angkasa jika berada di luar Bumi atau melaluinya.

Perkara ini membimbangkan para kru Stesen Angkasa Antarabangsa atau ISS (International Space Station) kerana khuatir stesen angkasa ini mengalami perlanggaran dengan cebisan-cebisan sampah ini.

Sepatutnya agensi-agensi angkasa ini perlu ada penyelesaian untuk berhadapan dengan longgokkan sampah sarap ini tidak kira atas tindakan kerajaan atau swasta. Tetapi urusan eksplorasi dan misi manusia di angkasa dan juga Bulan serta planet-planet lain haruslah mematuhi perjanjian yang telah dimenterai iaitu ‘Outer Space Treaty’.

International Space Station (ISS). ‘Rumah’ bagi angkasawan serta makmal unik untuk jalankan kajian yang melibatkan angkasa. (Sumber: Flickr)

Perjanjian ini dimenterai pada tahun 1966 bagi memastikan kesejahteraan dan keamanan sejagat dalam misi eksplorasi di angkasa lepas serta membawa kejayaan eksplorasi kepada seluruh umat manusia. Seharusnya perjanjian ini harus disemak semula dan dipinda jika timbunan sampah sarap angkasa menjadi kritikal di luar Bumi, namun sehingga kini masih tiada sebarang usul perubahan.

Cukuplah kita mengotorkan Bumi dan luar Bumi dengan sampah sarap yang kita hasilkan. Cebisan yang tidak dapat dilupuskan alam seperti tanah dan elemen dari angkasa tetap bertebaran sehingga bertahun-tahun lamanya, malah beratus dan beribu-ribu tahun.

Bayangkan kalau planet Marikh mempunyai komuniti manusia pertama, mungkin planet merah ini tidak terkecuali menjadi mangsa pembuangan sisa-sisa tinggalan manusia. Perkara ini harus Elon Musk titikberatkan selaku pencetus program pembinaan koloni di planet Marikh.

Boleh saja beliau mengusulkan masalah sampah sarap angkasa dalam mesyuarat bersama agensi-agensi angkasa dan menyediakan solusi yang bermanfaat menggunakan teknologi dari SpaceX. Boleh saja beliau berganding bahu dengan kerajaan AS serta kerajaan yang terlibat dalam misi eksplorasi angkasa untuk memindakan Outer Space Treaty.

Walaupun begitu, ini terpulang Musk saja jika beliau nak. Bagaimana dengan kita? Kita berdoa sajalah supaya misi eksplorasi kolonikan planet Marikh ini tidak menjahanamkan planet keempat Sistem Suria. Cukuplah kita jahanamkan Bumi dengan sampah-sarap kita.

RUJUKAN:

Paola Rosa-Aquino. 17 June 2022. New NASA Photos Show Human Garbage Littering Mars. Business Insider. Published by Science Alert.

Paola Rosa-Aquino. 29 April 2022. A NASA helicopter took photos of wreckage from a rover that landed on Mars. It’s yet another example of how humans are polluting other worlds. Business Insider.

2222 (XXI). Treaty on Principles Governing the Activities of States in the Exploration and Use of Outer Space, including the Moon and Other Celestial Bodies. Published by United Nation Office for Outer Space Affairs.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply