Alhamdulillah pada hari ini kita akan membahas sebuah pakatan yang unik dalam sejarah dunia apabila menyaksikan kerajaan Kristian Katholik iaitu kerajaan Perancis sanggup berkerjasama dengan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah demi menghadapi kerajaan Suci Roman yang bermazhab sama iaitu Katholik di bawah pemerintahan Raja Charles V yang turut merupakan kerajaan Sepanyol . Pakatan ini juga merupakan permulaan kepada hak keistimewaan yang diberi oleh kerajaan Turki Uthmaniyah kepada kerajaan-kerajaan Kristian Eropah yang lain.
Seperti yang kita tahu pada zaman Sultan Sulaiman Al-Qanuni dari tahun 1520-1566M merupakan zaman kemuncak empayar Uthmaniyah baik dari segi perundangan, pendidikan dan perluasan kuasa. Pada zaman itu kerajaan Uthmaniyah telah mencapai kemuncak dalam perluasan kuasa dengan perluasan kuasa ke atas 3 benua iaitu Eropah sehingga ke Hungary, Asia di Iraq serta beberapa kawasan Iran sehingga menganjur ke Teluk Arab dan kawasan Afrika utara di Algeria, Tripoli dan Tunisia termasuk persisiran pantai Habsyah.
Kegemilangan yang dicapai oleh kerajaan Turki Uthmaniyah telah memberi kesan kepada negara Eropah yang berhadapan dalam konflik agama dan politik. Reaksi negara Eropah terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah pada waktu itu berbeza mengikut kepentingan Politik. Pada waktu itu Raja Charles V Sepanyol yang turut merupakan raja empayar suci roman (kerajaan gabungan negara Kristian Katholik yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan Kristian di Eropah ) bersaing dengan raja Perancis iaitu Francis I untuk merebut takhta empayar suci Roman.
Maka pada waktu itu raja Perancis iaitu Raja Francis I telah menjalinkan persahabatan dengan Kerajaan Uthmaniyah yang berada di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni. Beliau juga mengirimkan surat kepada duta Venice untuk menunjukkan sokongannya kepada kerajaan Turki Uthmaniyah iaitu “ke hadapan duta yang mulia. Saya tidak dapat nafikan betapa besarnya harapan saya untuk melihat Turki menjadi kuat dan bersedia untuk berperang. Bukan sahaja demi kepentingan Sultan Uthmani malah demi melemahkan kuasa Maharaja Charles V serta memberi tekanan kepadanya. Seterusnya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada semua kerajaan yang memetang musuh utama seperti Maharaja Charles.”
Rundingan antara kerajaan Turki Uthmaniyah dan kerajaan Perancis bermula pada tahun 1525 M setelah perang Pavia antara Perancis dan Hasburg, yang menyaksikan raja Francis ditawan. Ibu beliau telah menghantar utusan untuk membawa surat permohonan penyerangan Kerajaan Turki Uthmaniyah ke atas Hasburg dan membebaskan Raja Francis I. Namun bergitu pada tahun 1526 M , Raja Francis telah dibebaskan hasil perjanjian antara Perancis dan Hasburg yang dimeterai di Madrid. Pada tahun 1535 M, Raja Francis I telah menghantar setiusaha beliau yang bernama Jean De la Forest untuk menemui Sultan Sulaiman Al-Qanuni agar diadakan perjanjian dan pakatan antara kedua kerajaan. Perjanjian ini dikenali sebagai perjanjian istimewa Uthmaniyah-perancis.
Antara isi kandungan yang terdapat dalam perjanjian ialah :
1. Hak perjalanan darat dan laut antara kedua kerajaan bagi kapal bersenjata dan tidak bersenjata
2. Hak menjalankan perniagaan dan perdagangan di seluruh empayar Uthmaniyah bagi rakyat Perancis
3. Perancis Membayar cukai2 lain dan caj imigresen secara sekaligus kepada empayar Uthmaniyah
4. Cukai dibayar oleh rakyat Perancis kepada empayar Uthmaniyah adalah sama dengan jumlah dibayar oleh rakyat Turki
5. Berhak menghantar konsul dimana konsul, keluarga dan pekerja mereka mendapat hak kekebalan. Antara hak konsul Perancis ialah
i. Berkuasa mengawasi kes-kes sivil dan jenayah yang melibat rakyat Perancis di kedua2 pihak
ii. Apabila berlaku kes antara rakyat Uthmaniyah dan Perancis maka rakyat Perancis hanya boleh didakwa dan disoal siasat serta dijatuhkan hukuman dengan kehadiran penterjemah dari konsul Perancis.
iii. Dalam kes-kes tertentu keterangan rakyat Perancis boleh digunakan dalam membuat keputusan
iv. Rakyat Perancis berhak menjalankan agama mereka
v. Rakyat Perancis tidak boleh dijadikan Hamba.
Melalui peranjian ini maka armada laut kerajaan Uthmaniyah telah menjalinkan hubungan erat dengan armada laut Perancis.
Pada tahun 1537, Sultan Sulaiman Dan Raja Francis I merancang untuk melancarkan Serangan ke atas gabungan wilayah empayar suci Roman di Itali. Rancangan yang disusun ialah
1. Perancis akan menyerang Lombardi
2. Armada Uthmaniyah akan menyerang melalui laut dari Albania ke atas kerajaan Naples
Namun rancangan ini gagal kerana kerana Raja Francis tidak melaksanakan rancangan menyerang Itali kerana desakan masyarakat Kristian. Pada bulan Ogos, Sultan Sulaiman mengubah rancangannya dengan melakukan serangan ke atas Pulau Kerajaan Venisia di Corfu. Namun serangan ini menemui kegagalan dan perang terhadap kerajaan Venisia di kepulauan Agea terus berlangsung.
Pada tahun 1538, Armada Uthmaniyah di bawah pimpinan Heyreddin Barbarossa berjaya menawan Pulau2 kerajaan Venisia di Agea seperti Naxos, Paros, Santorini dan Andros. Kekalahan demi kekalahan menyebabkan kerajaan Venisia mencari sekutu dan pada bulan Februari gabungan Liga Suci dari Pope III, raja charles V, Raja Ferdinand dari Austria dan Venisia terbentuk. Gabungan sebanyak 600 kapal ini berjaya merebut Kotor di Pantai Dalmasia. Akhirnya armada Uthmaniyah di bawah pimpinan Heyreddin Barbarossa dan Liga Suci di bawah pimpina Andrea Doria ini bertemu di teluk Prevesa, Heyreddin telah mengatur strategi dengan menyerang secara langsung.
Walaupun bilangan tentera yang sedikit namun kapal-kapal Uthmaniyah mampu bergerak lebih laju dan meriam mereka mampu menembak dengan jarak yang lebih jauh. Setelah beberapa jam armada Uthmaniyah mencapai kemenangan dengan melumpuhkan separuh armada Liga Suci. Kemenangan ini mengejutkan ini menyebabkan Andera Doria dan bala tenteranya mengundurkan diri. Kemenangan ini adalah kemenangan paling terkenal Heyreddin Barbarossa menurut Collin Imber. Setelah itu, Heyreddin berjaya menawan Kotor kembali dan perang berakhir pada tahun 1540. Perjanjian telah dilaksanakan menyebabkan Venisia menyerahkan pulau2 ditawan Heyreddin di Agea kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah di bawah pimpinan Sultan Sulaiman Al-Qanuni.
Pada tahun 1543, pakatan antara kerajaan Uthmaniyah dan Perancis diteruskan. Panglima Perancis iaitu Putera Francis De Borbon berada di bawah Heyreddin Barbarossa yang merupakan panglima tertinggi angkatan Pakatan Franco-Ottoman. Pada saat itu, Heyreddin telah menyerang Nice dan mengusir Duke Savoy pemerintah Nice. Nice telah diserahkan semula di bawah kuasa Perancis. Setelah itu Heyreddin telah menjadikan Toulon sebagai markas armada Uthmaniyah. Raja Perancis telah mengarahkan penduduk kota meninggalkan kota itu dan kota itu diserahkan kepada orang Islam. Tindakan Perancis telah menimbulkan kemarahan Kristian. Tentera islam terus berada dalam kota itu sehingga 1544.
Raja Charles telah melakukan serangan ke atas timur laut Perancis tetapi serangan ini gagal di tembok kota Chateau-Thierry. Oleh kerana kemasyuran Charles V semakin malap lebih lagi serangan ke atas Algeria menemui kegagalan pada tahun 1541 kepada rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha Tushi. Maka beliau telah menandatangi perjanjian damai dengan Raja Francis I pada 18 September 1544 di kota Crept-en-Laonnais. Perjanjian menyebabkan Heyreddin telah berundur dari Toulon ke Istanbul. Menurut Collin Imber perjanjian damai dan kerjasama ini telah mengakhiri kerjasama armada Franco-Ottoman.
Hubungan antara kerajaan Uthmaniyah dan Perancis ini telah memberi kesan positif kepada ketenteraan, ekonomi dan politik Perancis. Perjanjian membuka ruang kepada perancis untuk menjalinkan perdagangan di Timur tanpa perlu tunduk kepada Portugal yang memonopoli perdangan di Timur setelah menjumpai Tanjung Harapan di Afrika. Perjanjian ini menyebabkan Perancis berada dalam kedusukan istimewa berbanding negara Eropah yang lain.
Namun begitu menurut Al-Shalabi perjanjian ini tdak menguntungkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan lebih menguntungkan Perancis sahaja. Bahkan Kerajaan Perancis kelihatan semakin naik minyak apabila di zaman Sultan Selim II setelah Sultan Sultan Sulaiman pada tahun 1569, keitimewaan Konsul Perancis ditambah dan Perancis boleh menghantar misi agama Kristian di seluruh wilayah Uthmaniyah yang didiami orang Kristian.
Bahkan ketika Venisia diserang oleh Kerajaan Uthmaniyah di bawah Sultan Mehmed IV (1648-1687M) Perancis di bawah Raja Lois IV (1674M) telah memberi bantuan kepada Venisia dan memberi mengugut kerajaan Utmaniya untuk memperbaharui perjanjian,vizier Uthmaniyah iaitu Ahmad Koprulu telah menjawab ” bahawa hak keistimewaan adalah pemberian bukan perjanjian mesti dilaksanakan”. Maka Perancis terpaksa memujuk Uthmaniyah untuk mengekalkan perjanjian. Bahkan keuntungan Perancis makin bertambah apabila Sultan Mehmed IV sendiri memberi hak kepada Perancis untuk menjaga keselamatan Baitul Maqdis. Pada tahun 1801M, keistimewaan Perancis ditambah lagi apabila mereka bebas berlayar dan berdagamg di Laut Hitam.
Meskipun Sultan Sulaiman Al-Qanuni menganggap perjanjian ini melambangkan ketuanan Kerajaan Uthmaniyah namun baginda tidak tahu kesan perjanjian ini memberi kehancuran kpada Uthmaniyah selepas kemangkatan baginda dalam masa yang panjang. Bahkan sejarawan Greek bernama Wimtri Kitsikis berkata “hak keistimewaan telah menghancurkan ekonomi empayar. Kerana ia menghancurkan sistem percukaian Uthmaniyah yang berpegang pada prinsip memelihara perdagangan tempatan daripada persaingan asing.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih