Hari ini, ayam merupakan antara makanan yang paling digemari masyarakat dunia. Tetapi satu masa dahulu, ayam bukan saja menjadi teman setia manusia tetapi turut menjadi sembahan mereka pada Zaman Besi!

Ini berdasarkan pengamatan ke atas sisa ayam yang ditemui di 600 tapak ekskavasi arkeologi di 89 buah negara seperti Iran, Turki, England dan Maghribi. Kajian menunjukkan ayam telah mengalami proses pembelajinakan (domestication) kira-kira 3,500 tahun lalu di Asia Tenggara sebelum tersebar ke sebelah barat termasuk Eropah.

Proses pembelajinakan ini tercetus akibat penanaman padi huma yang menarik minat nenek moyang ayam moden, ayam hutan merah sekitar 1500 SM. Ayam hutan merah masih wujud di hutan-hutan sekitar Asia Tenggara hari ini. Selepas mengalami proses pembelajinakan, ayam domestik bukan saja tidak aktif tetapi tidak agresif kepada haiwan pemangsa. Dua ciri ini mendorong manusia menjadikan ia sebagai haiwan ternakan dari dahulu sehingga hari ini.

Ayam hutan merah merupakan nenek moyang ayam domestik yang dikenali manusia hari ini.

Tetapi sebelum itu, ayam dianggap sebagai haiwan eksotik atas sebab ia berasal dari negara/wilayah yang berbeza. Disebabkan statusnya itu, tidak mengejutkan mengapa pengkaji arkeologi menemui tulang ayam di samping rangka manusia apabila mengekskavasi kawasan perkuburan purba. Masyarakat dahulu terutama pada Zaman Besi percaya ayam boleh menjadi teman si mati semasa berada di alam barzakh.

Sebelum ini, wujud dakwaan proses pembelajinakan ayam bermula 10,000 tahun lalu di Asia Tenggara, China atau India dengan ayam muncul di Eropah 7,000 tahun lalu. Tetapi sekitar 1500 SM, aktiviti penanaman padi huma muncul di Asia Tenggara sekaligus menarik perhatian ayam hutan merah yang berada di atas pokok dan mencetuskan proses yang membentuk ayam yang dikenali manusia hari ini.

Untuk kajian ini, pasukan pengkaji melihat faktor bentuk, saiz dan tanda potongan bagi menentukan asal-usul tulang ayam yang ditemui dan jenis sama ada ia ayam domestik atau ayam hutan merah. Tulang ayam domestik yang paling tua di tapak arkeologi Neolitik Ban Non Wat, Thailand. Pentarikhan karbon menunjukkan ia wujud sekitar 1650 hingga 1250 SM. Ini sejajar dengan teori kemunculan padi huma sebagai pencetus pembelajinakan ayam kira-kira 3,500 tahun lalu.

Pada Zaman Besi Eropah atau alaf pertama SM, ayam amat dihormati bukan saja sebagai sembahan tetapi juga sebagai haiwan peliharaan baik ayam jantan mahupun ayam betina. Ini berdasarkan penemuan tulang ayam bersebelahan rangka manusia di tapak-tapak ekskavasi kubur purba. Tetapi semua itu berubah semasa era Rom di mana ayam dan telur dipopularkan sebagai makanan. Pada ketika itu, ia dimakan di bandar-bandar mahupun kem-kem tentera Rom.

Ayam dikatakan simbol dewa pedagang, pengembara dan penipu Rom, Mercury.

Di sebalik statusnya sebagai makanan, ayam juga dikatakan mempunyai kaitan dengan dewa Rom Mercury. Mercury ialah dewa penaung bagi para pedagang, peniaga, pengangkut barang, pengembara dan penipu. Kaitan keagamaan ini muncul sepanjang era pendudukan Rom di Britain.

Pentarikhan karbon turut menunjukkan ayam hanya sampai ke Eropah sekitar 800 SM. Pengkaji arkeologi percaya ayam-ayam ini dibawa ke benua berkenaan menerusi jalan dagang oleh pedagang Yunani, Etruscan dan Phoenician. Selepas tiba di wilayah Mediterranean, ayam mengambil masa 1,000 tahun lagi untuk bertapak di negara-negara beriklim sejuk seperti Scotland, negara-negara Scandinavia, Ireland dan Iceland.

Satu lagi pengamatan menarik yang dibuat pengkaji ialah perbezaan tulang ayam domestik terdahulu dengan ayam hari ini. Menurut penulis kajian Dr Julia Best dari Universiti Cardiff, ayam hari ini dibesarkan terlalu pantas termasuk lebih berat berbanding ayam domestik terdahulu. Akibatnya, ia memberi tekanan kepada rangka tulang ayam.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Selain itu, ayam hari ini mati lebih awal daripada ayam zaman dahulu. Tidak seperti hari ini di mana orang melihatnya sebagai makanan, ayam dianggap sebagai haiwan istimewa dan patut dijaga dengan rapi. Ini menjelaskan mengapa ayam zaman tersebut dapat hidup beberapa tahun lebih lama daripada ayam moden. Di Eropah hari ini, purata usia ayam yang disembelih ialah sekitar 42 hari. Kajian ini diterbitkan dalam dua buah jurnal iaitu Antiquity dan Proceedings of National Academy of Sciences USA.

RUJUKAN

Fox, A. (2020, 13 April). Hares and Chickens Were Revered as Gods—Not Food—in Ancient Britain. Smithsonian Magazine.

Chadwick, J. (2022, 6 Jun). Chickens were WORSHIPPED rather than eaten in Iron Age Britain: Birds were often buried ceremonially alongside people and weren’t regularly consumed until after the Romans invaded, study finds. Daily Mail.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply