Bayangkan pada tahun 1832, seorang lelaki dari Cardiff bernama Joseph Thompson, membawa isterinya ke pasar tempatan. Biasanya mereka yang pergi ke pasar semestinya membeli bahan makanan untuk bekalan rumah, tetapi tidak bagi Thompson. Niat Thompson hanya satu saja, iaitu menjual isterinya sendiri.

Thompson kemudian membuka apa yang dipanggil sebagai ‘pasar lelong isteri’. Dia membida dahulu dengan jumlah 50 shilings (syiling lama British), kemudian memberikan pelung kepada pembeli membida. Sebab Thompson menjual isterinya ialah isterinya melayan kasar dan sentiasa mengganggu dia sepanjang hari.

Agak tragis dan tidak munasabah, bukan? Namun budaya menjual isteri sememangnya diamalkan dalam dunia Barat.

Asal-Usul Budaya Menjual Ister

Ilustrasi wanita menjualkan dirinya dan diperhatikan oleh para pembida. (Sumber: Ancient Origins)

 

Budaya ini pernah direkodkan seawal tahun 1553, namun sesetengfah sejarahwan Barat menyatakan budaya ini telah lama diamalkan sejak abad ke-11 atau ke-12 Masihi, di mana kaum Anglo-Saxon adalah pelopor kepada budaya menjual isteri.

Di England, pasar lelong isteri mula dibuka bermula pada tahun 1750 hingga 1850. Di Amerika Utara juga mengamalkan budaya ini atas pengaruh dari British sendiri. Pasti kita fikir budaya sebegini sangat ditentang oleh kaum wanita kerana ia dilihat sebagai bentuk penindasan oleh suami yang tidak bertanggungjawab. Tetapi yang sebenarnya, si isteri memang berniat menjual dirinya. Kedua-dua pasangan harus bersetuju sesama sendiri sebelum menjual isteri.

Apa yang menyebabkan si suami sanggup menjual isterinya? Mengapa si isteri sanggup berbuat sedemikian? Adakah akibat hasutan si suami sendiri supaya mendapat kepentingan sendiri tanpa fikirkan keluarga?

Pada sekitar abad ke-19 Masihi, wanita Victoria yang berstatus isteri biasanya digelar dengan nama ‘feme covert’. Gelaran ini diberikan kepada isteri yang tidak mempunyai hak terhadap harta benda, pendapatan, dan juga hak mendapat persetujuan dari si suami. Jika si isteri nak failkan penceraian, terdapat lagi halangan yang menyukarkan penceraian tersebut: kos cerai yang tinggi dan undang-undang England yang ketat.

Jika pasangan suami isteri England perlu bercerai mengikut saluran yang betul, mereka harus melalui dua undang-undang ini: Act of Parliament dan Private Separation Act. Act of Parliament digunakan jika terdapat kes si suami bermasalah dalam hubungan rumahtangga seperti kecurangan dan jarang balik rumah. Manakala Private Separation Act digunakan jika berlaku kes masalah memberi markah dari suami.

Dua undang-undang ini begitu rumit jika digunakan untuk menyelesaikan kes penceraian, tambahan lagi kos memfailkannya amat tinggi, iaitu 1,000 ponds. Rakyat kelas pertengahan pasti tidak mampu membayar kos tersebut kerana rata-rata gaji mereka dalam seminggu be kerja hanyalah 75 pounds. Pasangan suami isteri memerlukan sekarang-kurangnya 13 minggu untuk membayar kos memfailkan penceraian mereka.

Jika si isteri telah bercerai secara sah, dia memperoleh status ‘feme sol’ iaitu status di mana bekas isteri mendapat haknya semula selepas bercerai. Inilah status yang si isteri inginkan setelah merasa hubungan perkahwinan tidak lagi seindah dahulu.

Dengan undang-undang yang leceh dan kos yang begitu tinggi, apakah jalan mudah untuk pastikan si suami menjatuhkan cerainya? Caranya ialah mengambil amalan nenek moyang mereka, iaitu melelong isteri.

Bagaimana Budaya Ini Dipraktikkan?

 

Suasana pasar melelong isteri. (Sumber: Ancient Origins)

Untuk pastikan si suami melelong isterinya, si isteri haruslah membuat onar seperti menjadi bengis, tidak keruan, memaki suami, dan seumpamanya yang boleh membuatkan si suami tidak suka. Apabila suami mula tidak rasa ingin bersama pasangannya, si isteri telah mencapai ‘kemenangan’ untuk menjual dirinya.

Untuk melaksanakan penjualan isteri sendiri, si suami haruslah mengiklankan penjualannya. Dia akan mengupah beberapa orang sebagai penyebar berita terutamanya kepada para pembida yang berkemampuan. Penyebaran iklan ini bergantung kepada usaha si penyebar berita, sehingga sanggup koyakkan iklan asal dalam surat khabar kemudian menampalkan kertas tentang iklan penjualan isteri.

Biasanya pengiklanan yang berjaya membawa dari ratusan hingga ribuan orang pembida datang ke pasar lelong isteri. Pada hari lelongan, leher si isteri dipasangkan kolar tali, kemudian si suami menarik isteri seperti membawa haiwan ternakan, mengelilingi para pembida supaya mereka boleh melihat lebih dekat. Selesai mengelilingi isterinya, seorang pakar yang diupah oleh si suami atau suami sendiri memberitahu kebaikan si isteri seperti mahir mengemas rumah, memasak, tekun bekerja dan sebagainya.

Si suami juga harus memberitahu keburukan si isteri supaya para pembida berfikir masak-masak sebelum membida. Si suami terangakan betapa buruknya tebiat isterinya seperti suka memekik, melawan cakap, dan tidak melayan suami. Kemudian, pembidaan pun bermula. Tidak semestinya wang syiling digunakan untuk membida. Apa-apa benda pun boleh asalkan si isteri ada nilainya.

Namun begitu, si isteri yang menjual diri mempunyai ‘kuasa veto’nya. Kuasa veto itu ialah dia berhak menentukan pembida manakah dia berkenan. Jika isteri tidak suka kepada pembida yang menbidanya, si suami akan rendahkan nilai bidaan. Kuasa veto ini mempunyai kelebihan pada si isteri kerana dapat memastikan dia dapat dibida oleh pembida yang dia nak.

Kebanyakan wanita yang telah dijual dan diberikan kepada pembida yang membelinya sangat gembira kerana biasanya pembida yang memiliki si isteri adalah salah satu ahli keluarga isteri supaya mereka dapat pulangkan si isteri ke pangkuan keluarga. Terdapat juga teman lelaki si isteri menyamar sebagai pembida dan berjaya memiliki si isteri. Dalam rekod pada tahun 1760 hingga 1880, terdapat 218 kes si isteri yang relakan dirinya dijual manakala 4 kes melibatkan isteri yang dijual secara paksa.

Terdapat beberapa rekod tentang lelongan isteri zaman Victoria. Nilai isteri paling rendah ialah 1 pound dan seekor anjing Newfoundland pada tahun 1832. Terdapat juga nilai isteri bersamaan dengan satu jar bir pada tahun 1862. Nilai isteri paling tinggi ialah isteri dari Ripon dengan nilai 25 shillings.

Setelah temui pembida yang layak (membida nilai paling tinggi), pengesahan pertukaran isteri harus dilakukan sama ada melalui peguam untuk tandatangan kontrak penukaran atau pemberian resit jualan.

Populariti Yang Membawa Padah

Pasar jualan isteri menjadi popular dalam kalangan suami isteri kelas pertengahan sehingga menimbulkan ketidakselesaan terhadap golongan lain, sehinggakan aktiviti ini diberitakan dalam surat khabar Times pada tahun 1796, meminta pihak berkuasa membendung aktiviti yang dianggap sebagai memperdagangkan isteri.

Golongan kelas atasan juga tidak menyukai penjualan isteri yang dianggap sebagai ‘ritual merendahkan nilai kemanusiaan’. Rakyat England kelas rendah juga tidak terkecuali membenci budaya tersebut walaupun ada kalangan mereka melakukannya. Jika ketahuan, mereka akan menghukum mereka yang terlibat dalam urusan jual beli isteri. Contohnya di kampung Yorkshire pada tahun 1860, di mana seorang lelaki bersama isteri yang dia ‘beli’ telah dibakar hidup-hidup oleh penduduk yang membenci tindakan lelaki tersebut.

Untuk mencecah budaya yang tidak bermoral ini, undang-undang baru digubalkan demi memudahkan urusan penceraian. Pada tahun 1857, Matrimonial Act digubal untuk memberikan hak yang sah kepada si isteri yang minta penceraian. Status dari ‘feme covert’ ke ‘feme sol’ diterapkan dalam undang-undang ini supaya si isteri yang bercerai mendapat hak-hak tertentu seperti kebebasan dan pemilikan harta.

Tahun 1870 pula undang-undang bernama Married Woman’s Property Act digubal bagi memastikan si isteri memperoleh pendapatan sendiri tanpa mengharap pendapatan si suami. Si isteri juga mendapat hak yang sah dalam pemilikan harta pustaka dari kedua-dua keluarga.

Penggubalan undang-undang yang mementingkan hak wanita bercerai mampu mengurangkan jumlah wanita menjual dirinya, di mana hanya 17 orang isteri saja menjual diri sekitar tahun 1870 hingga 1879 dan hanya 9 orang isteri dari tahun 1900 hingga 1909.

Masuk tahun 1913, hanya seorang isteri saja yang menjual diri. Tahun tersebut menjadi tahun terakhir kemudian pupusnya budaya melelongkan isteri. Dengan undang-undang baru yang mengutamakan hak wanita bercerai dan kemudahan urusan penceraian, budaya melelongkan isteri tidak menjadi keutamaan.

Walaupun budaya ini juga menguntungkan wanita sendiri kerana kerelaannya demi keluar dari hubungan tidak serasi dengan suami, namun budaya ini tetap melanggar norma masyarakat terutamanya dalam kehidupan berpasangan.

RUJUKAN:

Jack Leigh-Howarth. 11 May 2022.Why Did Victorian Women Willingly Sell Themselves at Wife Auctions? Ancient Origins.

 

 

 

 

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply