Bercakap tentang Sungai Amazon, terus terbayang filem seperti Anaconda. Mana tidaknya – sungai ini sangat panjang, lebih kurang 7,000 kilometer melintasi Peru, Ecuador, Colombia, Venezuela, Bolivia dan Brazil sebelum melimpah ke Lautan Atlantik. Kedalaman Sungai Amazon pun boleh tahan juga, dengan paras maksimum sekitar 100 meter. Senang cakap, air Sungai Amazon sememangnya banyaklah. Tetapi banyak mana pun airnya, negara dalam laluannya masih bergelut dengan masalah air – pelik, bukan?

Itu letak tepi dulu. Perbincangan kali ini adalah mengenai satu fenomena pelik yang diamalkan negara-negara disenaraikan di atas. Cuba bayang balik filem-filem yang menunjukkan Sungai Amazon. Tiada satu pun yang tunjuk Sungai Amazon ada jambatan. Perkara ini tidak terjadi secara kebetulan. Ini memang fakta. Sungai Amazon tiada jambatan sebenarnya.

Kepelikan Sungai Amazon Yang Tidak Diketahui Ramai

Memang hairan benar apabila kerajaan tidak bina satu jambatan pun untuk menyeberangi sungai yang begitu besar. Kalau beri kepada negara yang bermula dengan huruf M, memang berjambatan sana sini habis. Tiada sungai pun tiba-tiba boleh ada jambatan. Kemudian lima tahun sekali, wakil rakyat yang entah ke mana selama ini muncul kembali dengan hidung berkilat dan dagu mencacak.

Jangan sentaplah. Tengah cakap pasal Mesir sebenarnya. Semua orang tahu yang Mesir ada Sungai Nil. Dan di Kaherah sahaja, mereka membangunkan sembilan buah jambatan untuk menyeberangi Sungai Nil.

Jambatan Sungai Nil yang terbaru.

Jadi apa masalah Sungai Amazon? Tebingnya berlumpur macam hati ahli politik ya?

Sebenarnya, ya. Amazon tidak boleh dibayang sebagai sebatang sungai yang tunggal. Kelilingnya bukan setakat hutan tebal pun. Ada kawasan berpaya. Ada kawasan berlumpur. Ada kawasan berbatu. Jadi bukan senang untuk bawa jentera berat ke Sungai Amazon. Jangankan bina – pergi saja pun sudah cukup-cukup susah. Belum lagi berbicara tentang tanahnya yang lembut. Untuk menyokong struktur sebuah jambatan, mesti kena ada infrastruktur asas (foundation infrastructure) yang sangat dalam (Phelan, 2022).

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak boleh dijulang sebagai punca tunggal. Ilmu kejuruteraan moden sudah membolehkan pembinaan jambatan di kawasan sebelum ini disangka mustahil. Maka sekarang kena tengok pada keperluan dan kehendak (Shawn, 2022). Buat masa ini, pembangunan semua negara Amerika Selatan ikut mentaliti bandar raya. Semakin lama, penduduk menjauhi luar bandar. Memandangkan Sungai Amazon terletak di zon hutan tebal, sudah pasti tiada siapa perlu sebuah jambatan untuk menyeberanginya. Malah silap-silap pergi dekat Sungai Amazon pun belum tentu lagi.

Tengok sendiri tebal mana hutan di keliling Sungai Amazon.

Walaupun ada belenggu logistik, semua negara Sungai Amazon tidak dapat menjustifikasikan keperluan untuk 1) membotakkan hutan Amazon untuk terus ke sungai, 2) membangunkan jambatan yang tiada siapa atau tidak ramai guna dan 3) menyelenggara jambatan ini pada setiap masa. Daripada bersusah payah bina jambatan, baik makan sendiri saja duit tersebut dengan cara halus.

Macam dicakap, belenggu logistik tetap ada. Ada sesetengah tempat yang bergantung pada bot dan feri untuk membawa barangan terutamanya. Bagi segelintir, bot dan feri dianggap sebagai pengangkutan ketinggalan zaman.

Contoh feri yang menyeberangi Sungai Amazon.

Namun inilah kaedah paling sesuai untuk menyeberangi Sungai Amazon. Bayangkan begini – jambatan mula dibina pada bulan Mac. Kena bina tambak bagai untuk mengalihkan air supaya tidak mengganggu pembinaan. Enam bulan kemudian, tengok-tengok aliran air berubah secara semulajadi. Kenapa? Kerana Sungai Amazon sentiasa berubah-ubah ikut musim (Rehm, 2017). Kalau musim hujan, kedudukan sungai itu sendiri akan teralih.

Cuba bayangkan – penat lelah bina jambatan untuk menyeberangi sungai, tengok-tengok Sungai Amazon pusing ikut tempat lain dan tidak lalu pun dibawah jambatan tersebut.

RUJUKAN:

Rehm, J. (2017, Disember 4). Extreme seasonal changes in Amazon river levels threaten forest conservation by indigenous people. Mongabay.

Phelan, J. (2022, Mei 29). Why are there no bridges over the Amazon River? Live Science.

Shawn, A. (2022, Mei 29). Why are there no bridges over the Amazon River? The Verve Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply