Ilmu sains sudah lama menjadi mangsa lukisan. Terlalu banyak gambar menunjukkan manusia prasejarah kelihatan macam beruk. Jadi sampai hari ini, orang ramai menyangka manusia prasejarah kelihatan macam beruk, hidup macam beruk dan tidak berakal macam beruk. Saban dekad ilmu sains bertambah dengan penemuan baru. Gambar pula malangnya tidak berkembang sama macam ilmu sains. Itu masalahnya.

Jadi sebelum bercakap pasal Lucy, kena buang habis gambaran daripada filem dan lukisan atas talian. Kena faham fakta daripada fakta – bukan sumber selain fakta. Lucy adalah rangka yang ditemui pada tahun 1974 di Ethiopia.

Rangka ini walau bagaimanapun tidak penuh, sekitar 40 peratus sahaja (Johanson & Wong, 2009). Kajian mendapati Lucy adalah daripada zaman 3.2 juta tahun yang lalu, sebahagian daripada spesis Australopithecus afarensis. Kira Lucy bukan jenis Homo pun. Tidak banyak yang diketahui pasal Australopithecus. Malah saintis sendiri tidak boleh berkata secara tuntas mereka ini hidup di atas pokok (Ruff, et al., 2016).

Rangka Lucy.

Hal yang demikian, Lucy tidak dapat disahkan sebahagian daripada manusia prasejarah… atau makhluk seakan-akan manusia. Teknologi arkeologi masih belum cukup ampuh untuk mengesahkan nilai akalnya. Spesis Lucy masih belum disahkan sebagai nenek moyang Homo secara langsung.

Rangka Lagi Tua

20 tahun selepas Lucy ditemui, seorang pelajar bernama Yohannes Haile-Selassie menempa nama dalam sejarah. Beliau bukan setakat menemui makhluk daripada zaman lebih tua daripada Lucy. Malah beliau menemui jawapan penting yang menenggelamkan habis teori The Missing Link. Ikut fahaman lama, manusia dan beruk turun daripada spesis sama iaitu the Missing Link.

Perhatian. The Patriots sedang mencari manuskrip untuk diterbitkan. Jika berminat, anda boleh kirimkan ke alamat emel seperti dalam gambar.

Namun fahaman ini tidak pernah dipersetujui sains kerana asasnya berpandukan Teori Great Chain of Being. Dan teori ini tenggelam apabila Charles Darwin membentangkan Teori Evolusi.

Teori Great Chain of Being ini menggambarkan Tuhan di atas dan Syaitan di bawah. Manusia berada dibawah malaikat.

Datangnya Teori Evolusi, segala fahaman tentang “turun-temurun daripada spesis sama” terbenam. Dan makhluk ditemui Haile-Selassie mengesahkan pegangan ini. Manusia dan beruk tidak pernah berkongsi moyang yang sama. Makhluk ini dinamakan Ardi, daripada zaman 4.4 juta tahun yang lalu… rangka jauh lebih lengkap dan lama berbanding Lucy.

Penemuan ini memberi asas saintifik jauh lebih mendalam. Ardi didapati mempunyai ibu jari kaki dan tangan yang mirip beruk (opposable). Jenis ini sememangnya untuk memanjat pokok – tetapi masih boleh berjalan macam manusia (Shreeve, 2010). Dan ia juga tidak sama untuk dibandingkan dengan cimpanzi. Ardi mempunyai tulang kecil kahs untuk menguatkan ibu jari kaki.

Makhluk Purba Yang Banyak Rahsia

Saintis tidak tahu kenapa Ardi mati. Punca kematian memang susah disahkan akibat faktor masa. Namun mayatnya (atau bangkainya) ditimbus teruk kerana kawasan itu dipercayai adalah laluan haiwan liar seperti badak air. Lumpur melimpah yang menenggelamkan rangkanya. Kemudian hakisan menyebabkan rangkanya timbul kembali untuk ditemui Yohannes Haile-Selassie.

Rangkanya terlalu rapuh sampai boleh jadi abu jika disentuh dengan lembut. Saintis mengambil langkah sangat berhati-hati semasa mengeluarkan rangkanya. Mereka memotong batu di sekeliling dan angkat rangka keluar dengan batu sekali. Kemudian tulang dikeluarkan satu demi satu milimeter dengan jarum dan mikroskop. Memang kerja susah – dengan tempurung hancur dicantum semula secara digital.

Tempurung yang hancur.

Penyelidikan ini mengesahkan Ardi hidup di darat dan atas pokok dalam sebuah hutan belantara yang penuh dengan burung dan buah tin. Di kawasan ini, saintis menemui lebih daripada 6,000 fosil. Dan semua ini ada kena mengena dengan zaman kehidupan Ardi.

Sebab itulah sains amat penting untuk dikaji. Sains sekarang cakap manusia dan beruk tidak sama. Tetapi peliknya, orang yang sombong pada ilmu sains masih nekad mengatakan sains cakap manusia berevolusi daripada beruk. Sedangkan Charles Darwin sendiri tidak pernah berkata sedemikian. Sampai hari ini sains tidak cakap Ardi dan Lucy sebagai “human”.

RUJUKAN:

Johnson, D., & Wong, K. (2009). Lucy’s Legacy: The Quest for Human Origins. Harmony Books. Halaman 309.

Ruff, C., et al. (2016). Limb bone structural proportions and locomotor behavior in A.L. 288-1. PLOS ONE. 11 (11): e0166095.

Shreeve, J. (2010). The Evolutionary Road. The National Geographic. (218) 1: 38-67.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply