Solat Jumaat merupakan acara keagamaan mingguan yang amat dinantikan pada era Turki Uthmaniyah. Ia bukan saja peluang buat pemerintah Uthmaniyah mempamerkan prestij mereka di hadapan rakyat dan warga asing semasa bergerak ke masjid. Tetapi ini juga peluang untuk rakyat mengemukakan petisyen aduan mereka yang dikenali sebagai petisyen api.

Kebiasaannya, petisyen rakyat akan dikutip oleh seorang pegawai khas baginda selepas pemerintah Uthmaniyah selesai mengerjakan solat Jumaat. Kadangkala, ada yang menaikkan jerami atau kain yang dibakar sebagai cara menarik perhatian dan mahukan petisyen mereka dikutip. Perbuatan ini yang menjadi asal-usul nama petisyen api.

Disebabkan perbuatan ini juga, mana-mana rakyat yang merasakan diri mereka dizalimi oleh pegawai-pegawai kerajaan akan menggunakan frasa seperti “Saya akan membuat petisyen api” atau “Saya akan bakar jerami” sebagai cara mengingatkan mereka.

Petisyen api bukan hanya dikutip pada waktu solat Jumaat. Malah, pembuat petisyen boleh menghantar petisyen sekiranya bertuah bertemu pemerintah Uthmaniyah di dua kawasan. Pertama, Rumah Agam Yali di kawasan dermaga yang berhadapan dengan kejiranan Galata. Kedua, Rumah Agam Alay, sebuah bangunan abad ke-16 yang terletak berhampiran dengan Istana Topkapi.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Tetapi jika ada yang menyifatkan tradisi ini hanya berlaku pada era Turki Uthmaniyah, anda salah. Hakikatnya, tradisi membuat petisyen api sebenarnya telah bermula sejak era Rom Timur/Byzantine. Seperti pemerintah-pemerintah Turki Uthmaniyah, pengadu boleh saja membawa petisyen untuk diserahkan kepada maharaja-maharaja Byzantine setiap kali mereka berangkat ke Hagia Sophia atau mana-mana lokasi yang dituju mereka.

Mengikut prosedur era Uthmaniyah, sebarang aduan yang dikemukakan termasuk ketidakcekapan pegawai akan dibawa kepada pengetahuan gabenor terlebih dahulu. Sekiranya itu gagal memuaskan si pengadu, hal tersebut akan dibawa kepada Divan-ı Hümayun (Dewan Diraja) di Istanbul. Memandangkan semua pegawai yang menganggotai dewan berkenaan diberi kuasa oleh pemerintah Uthmaniyah untuk menyelesaikan masalah, maka sebarang aduan yang timbul mampu diselesaikan di sini.

Tetapi jika si pengadu masih tidak berpuas hati, maka petisyen api dianggap langkah terakhir. Di sini, pengadu boleh mengadukan hal mereka kepada baginda dan diberi jaminan semua solusi yang dicadangkan bersifat adil dan saksama kepada semua pihak berkenaan.

Sebarang keputusan yang dibuat baginda tidak dipengaruhi oleh unsur jantina, agama atau status pengadu. Setelah ia dibawa kepada pengetahuan sultan Turki Uthmaniyah, solusi akan dimuktamadkan sebelum ia dilaksanakan oleh pegawai di peringkat bawahan. Jika ada yang cuba mengelat, amat malang kerana pemerintah-pemerintah Uthmaniyah memantau solusi setiap petisyen menerusi wazir-wazir mereka.

Salah satu kisah petisyen api yang terkenal ialah kisah rombongan pedagang England yang tiba bersama tujuh kapal geliung mereka pada 1648. Mengikut perjanjian perdagangan yang dimeterai antara kedua-dua kerajaan, duti kastam akan dikenakan sebanyak 3% untuk barang dagangan yang dibawa dari England. Malangnya, rombongan ini dikenakan duti kastam sebanyak 6% – lari daripada apa yang dipersetujui. Selain itu, kos barang dagangan juga tidak dibayar.

Hal ini memeningkan kepala pedagang Inggeris kerana mereka telah membuat aduan kepada gabenor atau Divan-i Humayun tetapi tidak berhasil. Duta England ke Turki Uthmaniyah ketika itu, Sir Thomas Bendish diberitahu tentang situasi mereka sebelum mengajarkan mereka tentang petisyen api.

Lantas, kapal-kapal geliung dibawa berlayar sehingga berhampiran dengan kejiranan Galata. Mereka kemudiannya menaikkan bendera putih dengan semua krew berkumpul di dek sambil membawa baldi gangsa yang dibakar. Tindakan mereka dapat disaksikan dari Istana Topkapi sekaligus mendorong pemerintah Uthmaniyah ketika itu, Sultan Mehmed IV mengutuskan pegawai-pegawai ke kapal untuk mengetahui apa yang berlaku.

Selepas menceritakan apa yang berlaku, baginda mengarahkan lebihan duti kastam yang dikenakan dipulangkan semula dan hutang bayaran mereka dilunaskan. Bagi memastikan ia dijalankan, Mehmed IV telah mengarahkan wazir baginda ketika itu, Koprulu Mehmed Pasha menyegerakan perlaksanaan semua keputusan baginda.

Sultan Abdul Hamid II sentiasa memastikan setiap hal yang diadukan dalam petisyen api berjaya diselesaikan dan memuaskan hati semua pihak yang terkesan.

Hal sama turut dipandang serius oleh Sultan Abdul Hamid II. Bagi memastikan petisyen api disiasat dan segala tindakan bertepatan dengan keadilan, Field Marshal Osman Nuri Pasha dilantik sebagai pegawai khas baginda untuk hal ini. Malah, Abdul Hamid II turut menyediakan sebuah kediaman khas di Istana Topkapi bagi memastikan semua aduan tidak terlepas.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Kali terakhir petisyen api dibuat ialah 29 Februari 1924. Hari tersebut merupakan kali terakhir sultan Uthmaniyah ketika itu, Sultan Abdul Mejid II berangkat ke masjid sebelum dibuang negeri ke luar negara. Tatkala ramai merasa sedih dengan peristiwa itu, seorang wanita mengemukakan petisyen api kepada baginda dengan harapan dapat meraih keadilan untuknya.

Bagi penulis Turki Münevver Ayaşlı yang menjadi saksi kejadian itu, ia merupakan sesuatu yang memilukan. Tiga hari selepas insiden itu, Sultan Abdul Mejid II dan kerabat diraja Uthmaniyah disingkirkan sebagai warga Turki dan dipaksa duduk dalam buangan oleh rejim Mustafa Kemal Ataturk.

RUJUKAN

Bugra Ekinci, E. (2021, 21 Oktober). What is ‘the fire petition’ in Ottomans?. Daily Sabah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply