Baru-baru ini akhbar Utusan Malaysia memetik kenyataan Abdul Halim Mansor, selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Pandangan beliau mudah difahami: “majikan Malaysia paling kedekut di Asia Tenggara”. Hujah beliau adalah dengan membandingkan pembayaran gaji secara statistik. Malaysia membelanjakan 25 peratus daripada KDNK untuk gaji, jauh di belakang Singapura (40 peratus), Indonesia (84 peratus) dan Filipina (76 peratus).

Isu gaji ini bukan benda baharu. Zaman Najib Razak adalah zaman media sosial. Semasa zaman beliau lagi, benda ini sudah berkumandang. Kalau tidak, untuk apa Pakatan Harapan berjanji untuk menaikkan gaji minimum? Sebab suara rakyat sudah berbunyi. MTUC mengambil kedudukan pengukuh dalam isu ini.

Jika fikir balik, MTUC melihat kata kunci majikan dalam negara “bukan masa sesuai untuk naikkan gaji”. Alasan majikan – kesukaran ekonomi kerana COVID-19. Ayat “kesukaran ekonomi” sudah berbunyi dari dulu lagi. Naiknya Najib katanya “ekonomi meleset” kerana Krisis 2008. Selepas PRU13, benda sama berbunyi – “ekonomi meleset” kerana Ringgit jatuh. Jatuhnya Najib pun sama – “ekonomi mendap” sebab tukar kerajaan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Tetapi bukan main majikan dapat manfaat kerajaan semasa COVID-19. Itu yang disampaikan MTUC. Alasan standard ditunggang untuk sembang lebat. Dan ini sememangnya satu isu sangat besar. Kerajaan baru saja meluluskan kenaikan gaji minimum ke RM1,500. Tetapi pelaksanaannya selewat-lewatnya hujung tahun. Belum laksana lagi, banyak barangan naik harga.

Dari Januari lagi sudah berbunyi yang harga ayam akan naik (Farhana, 2022). Masuk Februari, bunyi yang sama mendendangkan lagu dondang sayang (Hazira, 2022).

Paparan ayam di pasar basah. (Kredit: Bernama/Astro Awani)

Pejam celik, pejam celik, hari raya dah tiba. Tiba sehari awal pula. Dan masalah bekalan ayam masih berlaku. Apabila bekalan terjejas, harga pun naik. Belum lagi sembang pasal kenaikan harga gandum. Atau harga ikan dan sayur yang turut terkesan (Hasbi, 2022).

Itu gaji minimum belum terlaksana lagi. Kalau dilaksanakan, silap-silap hal itu pun ditunggang sekali untuk menaikkan harga barangan. Kenapa? Kerana majikan Malaysia paling kedekut di Asia Tenggara sampai berat bayar gaji. Tanpa gaji yang mencukupi, orang ramai akan berhutang. Soalnya, macam mana nak bayar hutang jika gaji tidak setimpal dengan roda hidup?

Orang ramai tidak perlu diberitahu tentang kepentingan gaji. Namun faktor gaji itu sendiri menentukan segala-galanya dalam roda ekonomi. Produktiviti menjana ekonomi negara yang dizahirkan dalam bentuk gaji. Dengan gaji, rakyat layak membuat pinjaman perumahan yang mencipta duit baru dalam ekonomi. Maka apabila kerajaan menaikkan paras gaji minimum ke RM1,500, macam-macam spekulasi ditaburkan.

Namun spekulasi ini tidak begitu penting sangat akhirnya… kerana kenaikan gaji minimum (belum dilaksana lagi) belum pasti boleh membantu orang ramai. Gaji minimum yang naik. Bukan gaji naik. Sesiapa dibayar gaji yang lebih daripada RM1,500 takkan mungkin akan naik gaji. Tetapi harga barangan sudah naik melangit.

Artikel Sinar Harian bercerita tentang kenaikan harga tepung.

Situasi ini membawa petanda buruk pada lapisan sosial… apabila lepasan universiti berijazah pun selamba terima kerja bergaji antara RM1,000 hingga RM1,500 (Lim & Ayamany, 2021). Kemudian kerajaan sembang lebat suruh anak muda bayar PTPTN. Mana mungkin boleh bayar PTPTN dengan gaji sedemikian rupa? Itu satu hal. Bayangkan jika anak muda generasi seterusnya mula memandang enteng terhadap Ijazah Sarjana Muda. Akhirnya mereka sendiri enggan belajar tinggi-tinggi semata-mata untuk dapat gaji yang begitu rendah.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Penat-penat belajar. Hutang bukan main banyak. Alih-alih gaji sama macam lepasan SPM. Sekurang-kurangnya lepasan SPM tiada hutang pengajian. Bayangkan nasib negara jika roda gila ini berterusan.

RUJUKAN:

Farhana, Y. (2022, Januari 7). Harga ayam dijangka naik awal bulan depan. Sinar.

Hasbi, A. (2022, Mei 13). Pengguna mengeluh harga barang naik lagi. Berita Harian.

Hazira, A. (2022, Februari 2). Peniaga resah harga ayam naik, bekalan berkurangan. Berita Harian.

Lim, I., & Ayamany, K. (2021, April 14). For at least a decade, monthly wage as low as RM1,000 the norm for Malaysian fresh grads. The Malay Mail.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply