Apabila buka sahaja media sosial seperti Facebook dan Instagram, pasti akan terlihat ramai kawan-kawan kita gemar memuatnaik gambar bersama pasangan mereka. Bukan itu sahaja, ada yang jenis suka spam gambar pertunangan dan perkahwinan secara berterusan dalam masa 2 hingga 3 hari. Bagi kita yang single ini pula, timbul perasaan sayu dan geram melihat gambar tersebut. Mungkin mereka sengaja muatnaik gambar mesra itu bagi membuatkan kita cemburu.
Tapi jangan risau kerana manusia yang suka tayang kemesraan ataupun keintiman di media sosial sebenarnya ada masalah penyakit. Penyakit tersebut diberi nama sebagai public display of affection (PDA). Sekali imbas memang nampak macam penyakit mental tapi bukan, jadi apa benda PDA tu?
Secara asasnya PDA bukanlah penyakit tetapi satu perbuatan sepasang kekasih yang gemar menayang keintiman secara umum. PDA ini berfungsi mengikut budaya, agama, nafsu dan persekitaran sesebuah negara. Sebagai contoh di barat, bercumbuan di secara umum boleh dianggap salah satu jenis PDA. Manakala di Malaysia, budaya PDA lebih terserlah kepada menonton wayang dan makan bersama.
Dalam era media sosial ini, manusia sudah mula memaparkan penyakit PDA di media sosial melalui gambar dan hantaran yang cringe. Jadi kenapa ada sebahagian manusia gemar menayangkan keintiman di media sosial? Padahal anda boleh sahaja oncall atau keluar bersama di tempat yang lebih privasi tanpa pengetahuan satu dunia.
Ada satu kajian menyatakan ramai pasangan gemar memuatnaik gambar bersama dan bermesraan di media sosial kerana mahu meningkatkan keyakinan mereka. Hal itu penting kerana mereka beranggapan apabila dunia sudah tahu perihal hubungan mereka, keyakinan untuk pergi ke tahap seterusnya akan bertambah.
Di samping itu, mereka juga mahu satu dunia tahu mereka sudah menjalinkan cinta bagi mengelakkan aktiviti sailang berlaku. Bagi sesetengah orang, memuatnaik gambar ataupun hantaran berunsur PDA adalah untuk dijadikan momen yang boleh diimbas kepada pada masa hadapan. Sebagai contoh gambar dimuatnaik pada 1 May 2022 dan pada tarikh yang sama tahun hadapan, mereka boleh mengingat kembali momen pertemuan.
Walau bagaimanapun, tindakan gemar menayang keintiman di media sosial boleh mengundang bala yang amat dahsyat. Macam mana tu? Pemberian hadiah kepada pasangan yang dipaparkan melalui media sosial akan membuatkan pasangan lain berasa tergugat. Hal itu akan menyebabkan tabiat tidak ukur baju di badan sendiri terjadi.
Tambahan pula, memuat naik gambar dan hantaran berunsurkan PDA di media sosial adalah satu tindakan yang kurang waras. Ini kerana anda miliki banyak pilihan untuk paparkan sifat gentleman dan sweet kepada pasangan secara lebih tertutup. Jadi benda boleh je makan berdua di restoran 5 bintang tanpa memuat naik gambar di media sosial.
Sekarang ini memang tak boleh ke nak kongsi momen-momen sweet bersama pasangan di media sosial? Jawapannya adalah boleh tetapi perlu berpada-pada. Jika anda perasaan, kebanyakan pasangan terkena penyakit PDA ini adalah mereka yang sedang hangat bercinta dan baru berkahwin.
Bagi mereka yang sudah lama berkahwin, cinta kemesraan bersama pasangan itu hanya perlu disimpan sesama sendiri. Untuk tayang kepada orang luar, andai kata sakitnya hanya kita berdua sahaja yang rasakan. Tapi kalau nak tayang PDA melalui google form, tindakan itu sangat salah.
RUJUKAN:
Roy, L. (2022, Februari 14). Showing love on social media and the psychology behind it. Outlook India. Dipetik daripada https://www.outlookindia.com/culture-society/valentine-s-day-showing-love-on-social-media-and-the-psychology-behind-it-news-182342
Your Dost. (n.d). Public display of affection (PDA) on social media could be dangerous for your relationship. Dipetik daripada https://yourdost.com/blog/2016/09/public-display-of-affection-pda-on-social-media-could-be-dangerous-for-your-relationship.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih